|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah kepada sdr Khairunissa, Staf, Bahagian
Arkib dan Multimedia, Sekretariat ABIM Pusat yang kehilangan kedua
anggota keluarganya, iaitu ibu dan adiknya dalam satu kemalangan jalan
raya di Perak. Semoga Allah swt akan merahmati kedunya dan diberikan
kesabaran kepada keluarga Kharunissa atas kehilangan besar ini.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080107120826/Article/index_html
Tak sempat lihat anak sanding (Harian Metro)
BATU KURAU: “Saya terkilan kerana dia tidak sempat menyaksikan
majlis persandingan anak sulung pada 8 Mac depan , ” kata Zanal
Abidin Zakaria, 61, suami kepada Azizah Ahmad, 57, yang terbunuh
dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Ulu Sepetang-Redang Panjang
dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, anak perempuan pasangan itu, Khairun Nadiah, 20, turut terbunuh.
Kejadian itu berlaku apabila kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu
Azizah dari arah Taiping ke Batu Kurau dikatakan bertembung dengan
sebuah van dari arah b ertentangan.
Pemandu van, Idris Baharu,
48, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Taiping (HT)
manakala Azizah dan Khairun mati di tempat kejadian .
Ketiga-tiga mangsa mati akibat kecederaan parah di bahagian leher, dada dan seluruh anggota badan.
Zanal berkata, majlis persandingan anak sulung mereka, Khairul
Azizi, 27, yang bekerja di Ipoh dengan Umi Maisarah Muayim dari Kampung
Paya, Batu Kurau, dijadualkan berlangsung pada 8 Mac depan.
“Lebih menyedihkan, ar- wah juga tidak berpeluang menyaksikan
pernikahan anak kedua kami, Khairun Nisa, 25, dengan Marzuki Mohamad,
dari Terengganu, sehari sebelum majlis per- sandingan abangnya.
“Arwah begitu gembira pada majlis pernikahan Khairul Azizi pada 31
Disember lalu. Dia juga beria-ria merancang majlis persandingan anak
kami di rumah kami di Batu Kurau.
“Malangnya, dia pergi meninggalkan kami buat selama - lamanya , ” kata Zanal Abidin
ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Zanal Abidin berkata, ke- hilangan dua orang tersayang serentak benar-benar me- nguji kesabarannya.
“Bagaimanapun, saya anggap itu satu ujian dan takdir daripada-Nya.
“Sebagai hamba-Nya, saya reda pemergian isteri dan anak,” katanya .
Katanya, Khairun Nadiah pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Lubuk Merbau, Padang Rengas, Kuala Kangsar .
“Arwah kini sedang men- jalani latihan praktikal dalam bidang
perhotelan dan katering di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR). Saya
juga tidak melihat perubahan dalam tingkah laku arwah.
“Namun
seperti ibunya, Khairun Nadiah seronok ketika menolong membuat
persiapan majlis persandingan dan pernikahan abang serta ka ka knya,” k
at
an y a .
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata anggota dari Ba- lai Bomba dan
Penyelamat Taiping dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit
di dalam kereta selepas remuk di bahagian depan.
“Kedua-dua
mangsa yang menaiki kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian ma-
nakala pemandu van mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Taiping
(HT).
“Mayat ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan parah
di bahagian leher dan dada dihantar ke HT untuk bedah siasat dan
jenazah mereka sudah dituntut ahli ke- luarga masing-masing,” katanya, di sini, semalam.
Jenazah mangsa dikebumikan di tanah
perkuburan Islam Kampung Changkat Semambu dan Kampung Ara kira-kira
jam 11 pagi semalam .
Raja Musa berkata, berdasarkan
siasatan awal, kemalangan itu berlaku apabila sebuah kenderaan
terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung.
Katanya, ketika kejadian, Azizah yang memandu Toyota Corolla dalam
perjalanan pulang ke Batu Kurau selepas mengambil ubat untuk ibunya
di HT.
“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu
Azizah bertembung dengan van dipandu Idris dari arah Batu Kurau ke
Taiping,” katanya .
|