Terkini MINDA MADANI ONLINE: Membina Pemikiran Islami PDF Print E-mail

Image MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Sila layari MINDA MADANI Online: http://www.abim.org.my/minda_madani

Artikel terkini:

Dialog Antara Agama Dan Peradaban Perspektif Agama Dan Tamadun


Dr. Mohd Farid Shahran, Timbalan Presiden ABIM ( This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it ).

(Dibentang dalam “Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban” pada 22 Januari, 2008, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.)
 


Graduan al-Azhar Pengisi Kebangkitan Islam

Berita Harian; 11 Februari 2007

Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali; Penulis ialah Felo Bidang Pemikiran Islam di Future Global Network, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang juga graduan al-Azhar jurusan Bahasa Arab. (Mantan Timbalan Presiden ABIM) 

MINDA MADANI ONLINE: www.abim.org.my/minda_madani

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.


 
 
Dialog Antara Agama Dan Peradaban Perspektif Agama Dan Tamadun
(Dibentang dalam “Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban” pada 22 Januari, 2008, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.)
 
Mukaddimah: Makna Dialog

ImageDialog pada dasarnya bermakna “perbincangan antara dua orang atau lebih” (conversation between two or more people).  Lebih khusus, seperti yang dikemukakan oleh Leonard Swidler, ia bermaksud “perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama untuk setiap pihak dapat mempelajari dari pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju” (a conversation on subject between two or more persons with differing views, the primary purpose of which, is for each participant  to learn from each other so that he or she can change and grow) 
 
Takrifan di atas, sekurang-kurangnya mengetengahkan beberapa ciri penting serta andaian awal yang terdapat pada dialog. Pertamanya, dialog bertitik tolak dari perbezaan pandangan. Kedua, ia bukan sahaja memerlukan persefahaman di antara pihak yang terbabit akan tetapi juga menuntut perubahan dari segi pendirian dan kadangkala, kepercayaan. Ketiga, dialog juga, dalam banyak keadaan, merupakan tindak balas (reaction) kepada masalah dan kemelut yang timbul, atau dengan kata lain, ia bersifat pragmatik.
 
Graduan al-Azhar Pengisi Kebangkitan Islam

Berita Harian; 11 Februari 2007 

Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali; Penulis ialah Felo Bidang Pemikiran Islam di Future Global Network, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang juga graduan al-Azhar jurusan Bahasa Arab. (Mantan Timbalan Presiden ABIM)

 
ImageMASJID al-Azhar dibina pada 359 hijrah/970 Masihi dengan nama Masjid Kaherah dan tujuan pembinaannya bukan untuk dijadikan universiti sebaliknya sebagai pusat penyebaran dakwah oleh Khalifah Fatimiah. Mereka menjadikan Mesir untuk menyebarkan kefahaman Ahli Bait dan Syiah. Antara orang yang bertanggungjawab mengadakan kelas pengajian di Masjid al-Azhar ialah Yaakub bin Kals, seorang menteri pada masa pemerintahan Khalifah Mu’izzuddin. Pada 378 hijrah, Yaakub bin Kals meminta kepada Khalifah al-Aziz untuk menjadikan pusat pengajian dengan memanggil ulama mengajar di situ dan dibayar gaji. Sejak itu, Masjid al-Azhar menjadi pusat pengajian, terutama mengenai fekah Syiah. Masjid al-Azhar mula menjadi pusat pengajian apabila kejatuhan Baghdad pada 656 hijrah dan pertumbuhan ekonomi Mesir yang semakin mantap, di samping galakan khalifah yang mewakafkan harta untuk al-Azhar, ulama dan pelajarnya.
 
Islam & Masalah Kemajmukan dan Toleransi

Kertas kerja ini disampaikan dalam Forum Pengkaji Pemikiran dan Tamadun (FPPT), yang dianjurkan oleh Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bertempat di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang, Selangor, DE, 31 Januari 2008.

Oleh: Dr. Anis Malik Thoha, Dept of Usuluddin & Comparative Religion, KIRKHS, IIUM

ImageTragedi 9/11 telah banyak mendekonstruksi kehidupan manusia berikut aturan-aturannya secara radikal. Terutamanya aturan-aturan yang berhubung-kait secara langsung dengan ajaran-ajaran agama yang bersifat akidati dan fundamental. Lebih khusus lagi ajaran-ajaran Islam, sebuah agama yang semenjak berakhirnya perang dingin memang telah ditahbiskan sebagai musuh utama Barat, dan kemudian secara arbritrer didakwa dan ditetapkan sebagai yang paling bertanggungjawab atas terjadinya tragedi 9/11 tersebut, sehingga perlu dipaksa untuk mendekonstruksikan-diri sedemikian rupa, agar dapat hidup berdampingan secara civilized, toleran dan damai dengan tradisi-tradisi, agama-agama, dan peradaban-peradaban lain. Dan praktis sejak tragedi kemanusiaan yang paling memilukan dan memalukan di awal millenium kedua itu, stereotype tentang Islam yang pernah mereda sejenak beberapa dekade yang lalu kembali menyeruak dengan intensitas dan frekuensi yang lebih memojokkan, misalnya: Islam itu identik dengan barbarisme, intoleransi, terrorisme, uncivilized dsb.

 

 

 
Sejarah Haji
Oleh Mohd Basri Ahmad Shohimi
 
ImageHaji adalah rukun sebagaimana pegangan akidah muslim. Ibadah ini adalah satu ketetapan Illahi sejak azali lagi dan ianya berkait rapat dengan kepercayaan hari kebangkitan kelak ketika menghadapi tuhan Rabbul jalil.
 
Setiap ibadah mempunyai tatacara dan kaifiatnya yang tersendiri. Islam meletakkan kaedah-kaedah ini setelahmana usul dan qawaid diperbincangkan. Di sana timbullah kaedah "setiap yang bermula ada permulaannya" begitulah yang diungkapkan dari pengucapan bahasa Arab.
 
 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  July 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   1  2  3
  7  8  910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online