|
||||
| ABIM Akan Anjur Syarahan Perdana Sheikh Dr. Abdal Hakim Murad dan Majlis Makan Malam Amal |
|
Program ini akan diadakan pada 27 Mac 2010 bersamaan 11 Rabiul Akhir 1431 Hijrah, di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Majlis dijangka akan bermula dari pukul 6.30 petang sehingga pukul 11 Malam. Sebarang makluman serta pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pejabat Islamic Outreach ABIM di talian 03-42569822. Bayaran dikenakan ialah RM 25.00 (pelajar), RM 100.00 (Individu), RM 150.00 (NGO), dan RM 200.00 (Korporat), untuk setiap individu. |




Islamic Outreach ABIM akan menganjurkan program syarahan perdana yang akan disampaikan oleh Shaykh Dr. Abdal Hakim Murad sempena dengan majlis makan malam amal untuk dana projek pembangunan Masjid Cambridge dan kegiatan-kegiatan dakwah Islamic Outreach ABIM. Majlis ini kemudian diikuti dengan perlancaran "The Traveling Light Series", iaitu siri-siri syarahan berdasarkan kepada karya Ihya Ulumuddin, oleh Imam Al-Ghazali.