GK_TOOLS
A+ R A- wide normal
  • Skip to content
Utama
Thursday, 17 May 2012   25. Jamadil Akhir 1433
  • UTAMA
  • PROFIL
    • SEJARAH
    • VISI,MISI & BUDAYA
    • PIMPINAN
    • SEKRETARIAT ABIM
    • SUMBANGAN
    • LAGU ABIM
    • DAFTAR KEAHLIAN
  • PRODUK
  • PERKHIDMATAN
  • JARINGAN
    • ABIM NEGERI
    • AGENSI
    • JARINGAN ABIM
  • MEDIA ABIM
    • VIDEO ABIM
    • ABIM USTREAM
    • RADIO ABIM
  • FOTO GALERI
  • HUBUNGI KAMI

Pendakwah Uganda Kunjungi ABIM

 

ABIM dikunjungi Mr Badru Bashir Kasule Seifu dari Uganda. Beliau merupakan seorang pekerja sosial dan juga seorang Konsultan Pembangunan Komuniti Uganda. Kehadiran beliau disambut oleh saudara Mohd Raimi AB Rahim, Setiausaha Agung ABIM dan saudara Jufitri Joha, Exco Hubungan Antarabangsa ABIM. Mr Badru berkongsi tentang perkembangan umat Islam yang berjumlah hampir 12 peratus khususnya perkembangan dakwah dan pembagunan umat Islam.

Uganda masih jauh ketinggalan di belakang dan Mr Badru menyatakan kekaguman beliau terhadap Malaysia yang membangun secara baik dan mapan. Beliau juga merayu kepada umat Islam Malaysia agar membantu pembangunan umat Islam di sana. Sebagai contoh beliau meminta rakyat Malaysia agar menyumbang komputer terpakai untuk dihantar ke Uganda bagi kegunaan rakyat tempatan.

Sementara itu saudara Raimi menceritakan perkembangan aktiviti dakwah ABIM dan berkongsi bagaimana ABIM membangunkan aktiviti dakwah dan belia secara teratur. Pertemuan selama lebih sejam tersebut diakhiri dengan perbincangan kerjasama masa hadapan antara ABIM dan umat Islam Uganda.

Design By ABIM © Angkatan Belia Islam Malaysia 2012. All rights reserved.