
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menganjurkan Forum Isu Semasa: Analisis Perkembangan Terkini Di Timur Tengah, sebagai respon untuk memahami perkembangan terkini yang melanda Tunisia, Mesir, dan beberapa negara Timur Tengah. Berikut adalah butiran program:
Panelis: Prof Dr Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya & Penganalisis Politik Timur Tengah). Ahmad Azam Abdul Rahman (Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Perpaduan Kesatuan NGO-NGO Islam Sedunia (UNIW), Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH).
Tarikh / Masa: 1 Februari 2011 / 8.00 malam. Tempat: Dewan Besar Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini, sila maklumkan ke nombor 013-3235700 atau 03-41084500.
