Oleh Muhammad Razak Idris
Banyak agenda yang perlu dijayakan dalam membangunkan masyarakat Islam di Malaysia. Satu daripadanya ialah keperluan untuk berusaha memperluas dan mempertingkat kualiti wacana Islam dalam masyarakat. Agenda ini harus menjadi azam semua terutama pendakwah dan institusi pergerakannya. Bagaimanakah masyarakat Islam di negara kita memperoleh pengetahuan mengenai ajaran Islam? Sekiranya kita telusuri, wujud beberapa saluran penyebaran ilmu dan maklumat berkaitan agama Islam yang wujud secara formal atau tidak formal.
Pertama, wacana pengajaran Islam diperoleh secara formal menerusi sistem pendidikan. Bagi kanak-kanak, mereka akan terdedah dengan pengertian dan makna ajaran Islam menerusi subjek pendidikan Islam di sekolah asas dan rendah. Proses ini berterusan hingga peringkat menengah dan universiti.
Pada peringkat ini seseorang akan didedahkan dengan maksud dan kefahaman berhubung ajaran Islam. Wacana Islam pada peringkat ini banyak bertumpu kepada perbahasan mengenai teras keyakinan dan peraturan ibadat dan akhlak. Pada tahap ini juga, seseorang itu akan cuba menghayati hubung kait ajaran agamanya dengan realiti kehidupan masyarakat di persekitarannya. Wacana Islam secara formal akan dilalui kebanyakan pelajar Islam yang mengikuti sistem pendidikan kebangsaan.

Sumber dipetik : www.Bharian.com.my