Bangkok Declaration ASEAN NGO SUMMIT “PEOPLE'S CALL FOR JUSTICE AND PEACE”Islamic Center, Bangkok, Thailand October 16th 2009
In the Name of Allah The Most Beneficient and Most Merciful.
WE, the activists and members of the NGOs of the ASEAN region from member organizations of the Nusantara Initiative for Justice and Peace (NADI), on the occasion of the ASEAN NGO Summit in Bangkok,Thailand on the October, 16th 2009,
Remembering the tragic histories of the peoples of Myanmar, Southern Most Thailand and Mindanao and the lessons they offer to the present generations;
Reaffirming ASEAN as a regional initiative for multilateral co-orperation and mutual development;
Cognisant of the need for the encouragement of a people-to-people initiative for justice and peace within the Southeast Asian region;
Reminding all Heads of State/Government on the commitments declared in the 41st AMM 17 - 24 July 2008 in Singapore, on their obligations to the people in undertaking concrete and practical cooperation to address issues of common interests and with the view to build capacity, develop expertise and enhance coordination in areas that can contribute to the region’s collective security objectives;
|
|
|
|
|
Dukacita di maklumkan bahawa Datin Kamariah, isteri kepada Dato' Kamaruddin Jaafar, mantan Setiausaha Agung ABIM telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Jenazah sedang diuruskan di No 2, Jalan SS7/4, Kelana Jaya (berhampiran dengan Kelab Golf Negara Subang - KGNS). Solat jenazah di jangka selepas Zohor. Keluarga besar ABIM merakamkan ucapan takziah kepada Dato Kamaruddin serta keluarga. Moga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat Allah swt. |
|
|
|
Catatan disediakan oleh Jufitri Joha
Saya telah mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menghadiri Persidangan Eropah Mengenai Nasib Rakyat Palestin kali ke-8. Ia merupakan acara tahunan terbesar di peringkat Eropah yang membicangkan isu Palestin. Saya juga dimaklumkan bahawa komuniti Palestin yang menetap di Jerman merupakan yang terbesar di luar Palestin. Angkanya hampir mencecah 100 000 orang yang mana mereka dulunya berpindah ke Jerman dari kem pelarian yang terletak di sekitar negara-negara Arab terutamanya Lubnan. Hampir satu perempat atau 25 000 orang daripada mereka menetap di Berlin, ibu kota yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler ini.
Persidangan julung-julung kali yang dianjurkan oleh Sekretariat Umum Persidangan Isu Palestin ini adalah untuk menuntut keadilan untuk rakyat Palestin dan membawa masyarakat Eropah agar mendapat maklumat sebenar berkenaan isu penindasan Zionis ke atas perjuangan rakyat Palestin. Justeru, selain membariskan tokoh-tokoh pejuang Palestin dan tokoh akademik, apa yang menarik ialah persidangan ini turut membariskan Evelyn Hecht-Galinski, aktivis keamanan yang anti Zionis dan Annette Groth iaitu Jurucakap Hak Asasi berhaluan kiri dalam Parlimen Jerman. Ini menggambarkan rakyat Palestin tidak berseorangan dalam perjuangan mereka bahkan mendapat simpati daripada tokoh-tokoh bukan Islam yang cintakan keamanan sejagat. Namun saya gagal mengambil intipati ucapan mereka berdua kerana mereka menggunakan bahasa Jerman manakala tokoh-tokoh lain menggunakan bahasa Arab. Bahasa Arab bolehlah faham sedikit hasil belajar di UIA dahulu.
|
|
|
|
 Para kakitangan ABIM merupakan salah satu segmen tonggak di dalam keseluruhan struktur pertubuhan ABIM sebagai sebuah pergerakan dakwah yang bersifat massa. Di dalam konteks ini, para kakitangan merupakan Nadi Gerakan. Cita-cita utama ABIM iaitu iltizam untuk membangunkan dan membangunkan umat terbaik atau Khayra Ummah tidak mungkin akan dapat dijayakan tanpa sumbangan fikiran, tenaga dan moral para kakitangan sepenuh masa yang bertugas di segenap peringkat pergerakan ABIM.
Kesempatan ini, saya suka menyebutkan iaitu para petugas ABIM yang berkhidmat secara sepenuh masa telah mencecah hampir lebih 1500 orang di seluruh negara. Kebanyakan para kakitangan ABIM dari kalangan pendidik samada di peringkat asas, rendah, menengah dan tinggi. Ini kerana, sejak awal penubuhan ABIM, bidang pendidikan telah dianggap sebagai satu saluran dakwah yang paling berkesan di dalam usaha membangunkan masyarakat berasaskan nilai-nilai ajaran Islam yang sempurna. Di samping terkenal sebagai pelopor di dalam pergerakan pendidikan Islam, ABIM juga telah menumpukan aspek dakwahnya di dalam bidang perekonomian dan perkhidmatan kemasyarakatan.
|
|
|
|
ومن أعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة أعمى
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh,
dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan
Mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.
(Taha: 124).
Pada suatu ketika seorang tokoh Melayu-Muslim mendakwa tidak menemukan ayat larangan berjudi dalam al-Qur'an, lalu ramai yang menanggapinya sebagai suatu kelucuan. Tetapi sebenarnya ia adalah hal yang malang dan menyedihkan. Mungkin dakwaan tersebut agak sukar diterima akal, tetapi demikianlah cara pengarah casino terkenal itu berhelah untuk mempertahankan kredibilitinya. Di tengah heboh isu lesen judi ketika ini, terlintas suatu kemungkinan bahawa beliau tidak keseorangan, tetapi ada lagi orang-orang kenamaan Melayu-Muslim yang tidak mengenal ayat judi, atau tidak dapat melihat bahaya dan keburukan judi. Kemungkinan lain ialah lemahnya penguasa politik Melayu-Muslim sehingga tidak berdaya berkata "tidak!" kepada lobi dan tekanan taukeh-taukeh judi. Tentu ada pula sebabnya mengapa mereka menjadi selemah itu apabila berhadapan dengan kekuatan wang. Sikap terhadap judi dan maksiat-maksiat lain sebenarnya sangat ditentukan oleh faktor iman dan ilmu. Kedua-dua faktor itulah yang dapat memberikan kekuatan dan keberanian bersikap dengan benar, sesuai tuntutan iman dan kebenaran ilmu. Andainya kita melihat segala sesuatu dari perspektif Qur'ani, dan andainya Tuhan dan Ayat-Ayat-Nya masih mempunyai erti dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara persoalan ini tidak akan sampai menjadi isu. Tidak ada alasan apa pun yang boleh dipakai untuk menjustifikasikan judi dalam segala bentuk dan modelnya. Larangan berjudi diungkapkan dalam al-Qur'an dengan nada yang cukup jelas, tegas dan keras sekali:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 99 |