Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
PDF Print E-mail
Judi Hancurkan Institusi Keluarga dan Masyarakat: Mohamad Raimi Ab Rahim

Gelombang kesedaran rakyat disegarkan kembali dengan kehadiran lebih 2 ribu orang di Masjid Negara sesudah Solat Asar pada 3 Julai 2010 apabila Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) melancarkan kempen berterusan dalam mendidik rakyat mengenai bahaya dan keburukan judi. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Mohamad Raimi Ab. Rahim mengingatkan para hadirin tentang bahaya judi yang merosakkan institusi keluarga dan masyarakat.

Beliau memaklumkan seluruh rakyat Malaysia merentas kaum dan agama menolak keputusan kerajaan memperjudikan nasib rakyat di tangan beberapa kerat pemilik syarikat judi. Beliau menambah segelintir pihak yang mengaut keuntungan daripada industri judi telah mencengkam kepimpinan negara sejak zaman berzaman.

Perhimpunan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri oleh tokoh-tokoh muda parti politik dan pimpinan NGO antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Muslim Care. GMJ dianggotai oleh kira-kira 60 buah NGO yang tidak bersetuju atas tindakan kerajaan menambah kelulusan lesen judi sukan sempena temasya Piala Dunia yang sedang berlangsung.

 
PDF Print E-mail
Islamic Outreach ABIM anjur Walk For Charity

Islamic Outreach ABIM invites Malaysian community members to sign up for their annual “Walk For Charity” event on Sunday July 25 2010 at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Participants can register by calling 0342569822. The “Walk for Charity”, sponsored by various corporate organizations, including Bank Simpanan Nasional and Maybank Islamic, MAIS, Gardenia and many others, will benefit a number of its activities including Children Welfare & Sponsorship Program, Awareness Through Mosque Tour, Orang Asli Socio-Economic Development Program, Hospital Visit Task Force. Registration for the event is at RM15 and RM10 for students. All participants will receive a “goodie bag” filled by event sponsors with a complimentary event T-shirt.

The walkathon starts at 7:30 a.m., with participant and sponsor registration beginning at 6.30a.m. Sign up is at the registration tent on the corner of the main parking lot. Various viewing stations and tents will be set up along the path for supporters to watch and sponsors to distribute water and other items.

 
PDF Print E-mail
Muhamad Razak Idris:- Jasa Bapa Perlu Dikenang
Seorang bapa mempunyai darjat tinggi dalam keluarga dan lelaki yang tugasnya mencari nafkah serta membahagiakan anak isteri tidak seharusnya diperlekehkan begitu saja, sebaliknya wajar diberi penghormatan. Meskipun ibu lebih dimuliakan selaras sabda Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki ibu, bapa juga perlu diangkat seumpamanya kerana peranan dimainkan selaku ketua dan pemimpin dalam keluarga.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris, berkata generasi Islam masa kini seharusnya mengambil kira perkara berkenaan sebagai asas utama menjadi seorang anak yang baik dan menghormati kedua-dua orang tuanya. Katanya, beliau percaya sekiranya sifat hormat-menghormati diberi keutamaan disusuli kasih sayang dan didikan sempurna, maka institusi keluarga akan menjadi kukuh dengan ibu bapa serta anak saling bergantung antara satu sama lain.

“Malaysia adalah sebuah negara bertamadun, jadi tidak sepatutnya dalam lingkungan masyarakat ini ada pula pihak memperlihatkan wajah derhaka kepada keluarga termasuk bapa kita. “Jika dinilai dari perspektif agama, umat Islam perlu menilai bapa sebagai peluang untuk meningkatkan ibadat kepada Allah s.w.t, yakni dengan berbuat baik kepadanya, menabur bakti dan membalas jasa kerana ini cara kita mendapat pahala.

“Kalau tidak pun, takkan kita langsung tiada sifat kemanusiaan hingga sanggup mencederakan darah daging kita sendiri, tinggalkan terkapai-kapai sendirian begitu saja,” katanya, semalam. Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai beberapa kisah bapa yang diabaikan anak sendiri dan menerima nasib malang kerana disisihkan ketika orang lain bergembira pada Hari Bapa semalam.

Dipetik dari akhbar Harian Metro.

 


Page 6 of 168

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.