|
Malaysian Islamic Youth Force (ABIM) president Muhd Razak Idris said legalised sports betting would not only encourage a gambling culture but also lead to more gambling activities. "ABIM encourages the government to be considerate with the people's demands against legalising sports betting," he said.
"We are firmly against sports betting because of its impact on society. And from the perspective of Islam, gambling is strictly prohibited as it degrades moral values. It also makes family members turn against one another and in extreme cases, pushes one towards bankruptcy.
"The earnings from legalised sports betting will not return to the rakyat, but instead will circulate among those in the industry. "GMJ will submit a memorandum to our King with the hope our views will be heard and understood," said Razak, adding that the memorandum will be delivered by about 100 supporters. Meanwhile, Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Nasional (TERAS) president Mohd Azmi Abd Hamid said any form of gambling begets a corrupted society.
|
|
|
|
|
ومن أعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة أعمى
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh,
dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan
Mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.
(Taha: 124).
Pada suatu ketika seorang tokoh Melayu-Muslim mendakwa tidak menemukan ayat larangan berjudi dalam al-Qur'an, lalu ramai yang menanggapinya sebagai suatu kelucuan. Tetapi sebenarnya ia adalah hal yang malang dan menyedihkan. Mungkin dakwaan tersebut agak sukar diterima akal, tetapi demikianlah cara pengarah casino terkenal itu berhelah untuk mempertahankan kredibilitinya. Di tengah heboh isu lesen judi ketika ini, terlintas suatu kemungkinan bahawa beliau tidak keseorangan, tetapi ada lagi orang-orang kenamaan Melayu-Muslim yang tidak mengenal ayat judi, atau tidak dapat melihat bahaya dan keburukan judi. Kemungkinan lain ialah lemahnya penguasa politik Melayu-Muslim sehingga tidak berdaya berkata "tidak!" kepada lobi dan tekanan taukeh-taukeh judi. Tentu ada pula sebabnya mengapa mereka menjadi selemah itu apabila berhadapan dengan kekuatan wang. Sikap terhadap judi dan maksiat-maksiat lain sebenarnya sangat ditentukan oleh faktor iman dan ilmu. Kedua-dua faktor itulah yang dapat memberikan kekuatan dan keberanian bersikap dengan benar, sesuai tuntutan iman dan kebenaran ilmu. Andainya kita melihat segala sesuatu dari perspektif Qur'ani, dan andainya Tuhan dan Ayat-Ayat-Nya masih mempunyai erti dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara persoalan ini tidak akan sampai menjadi isu. Tidak ada alasan apa pun yang boleh dipakai untuk menjustifikasikan judi dalam segala bentuk dan modelnya. Larangan berjudi diungkapkan dalam al-Qur'an dengan nada yang cukup jelas, tegas dan keras sekali:
|
|
|
|

Sukacita dimaklumkan bahawa ABIM sedang membangunkan Pusat Pembangunan Belia Islam. Pusat tersebut bertujuan untuk meningkatkan keupayaan ABIM dakwah dalam pembinaan generasi pendakwah muda, membangunkan produk-produk dakwah baru dan menawarkan khidmat bakti kepada masyarakat awam. Oleh yang demikian, sempena penubuhan Pusat Pembangunan Belia Islam, ABIM akan menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Wakaf Lantai Pusat Pembangunan Belia Islam pada 19 Jun 2010/ 6 Rejab 1431H bertempat di Dataran Pusat Pembangunan Belia Islam Malaysia D/a Sekretariat ABIM Pusat, No 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur. Kempen ini dilancarkan bertujuan mengumpul dana untuk:-
1. Melunaskan harga pembelian bangunan sebanyak 4 tingkat.
2. Menampung kos pengubahsuaian bangunan.
3. Menanggung kos penyelenggaraan susulan bangunan.
4. Menampung kos operasi dan pergerakan kegiatan Pusat Pembangunan Belia Islam(PPBIM).
Justeru, ABIM mengalu-alukan sumbangan berupa Saham Wakaf Lantai agar Penubuhan Pusat Pembangunan Belia Islam Malaysia ini dapat direalisasikan. Berikut adalah butiran kaedah sumbangan:-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Page 7 of 168 |