Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
PDF Print E-mail
ABIM Batu Pahat Anjur Forum Perdana Kemerdekaan Bersama Penduduk Kampung
Image
Panel Forum Perdana
21 Ogos 2007, Batu Pahat Johor:
ABIM Daerah Batu Pahat telah dijemput untuk menganjur secara bersama Forum Perdan Sempana Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan di Kampung Linau Batu Pahat.
 
Program tersebut dinaungi oleh YB Dr. Junaidi Abd Wahab. Setiausaha Agung ABIM Pusat, Sdr. Khairul Arifin Mohd Munir merupakan salah seorang ahli panel. Selain itu forum tersebut turut disertai oleh Ustaz Mohd Asubhi Saidon, Imam Masjid Dato Bentara Luar, Batu Pahat. 
 
PDF Print E-mail
Alu-aluan Presiden Sempena Muktamar

yusri mohammad mk.gif

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

"Nabi s.a.w telah ditanya: Apakah yang dapat dibandingkan dengan jihad pada jalan Allah? Nabi s.a.w menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pertanyaan tersebut diulang sehingga dua atau tiga kali. Tetapi baginda masih menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pada kali yang ketiganya baginda bersabda: Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah samalah seperti seorang yang selalu berpuasa dan selalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat-ayat Allah. Beliau tidak merasa letih dari puasa dan sembahyangnya sehinggalah orang yang berjihad pada jalan Allah itu kembali"

Hadis Riwayat Muslim
 
Alhamdulillah dan syukur dengan limpahan dan inayah dari Allah kita mendapat nikmat untuk meneruskan agenda perjuangan menjalankan amal dakwah dan memperjuangkan manhaj berasaskan sunnah junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
 
PDF Print E-mail
Selamat Bermuktamar

Segala puja dan puji adalah milik Allah. Curahan selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad bin Abdullah. Seterusnya kepada sekalian sahabat, tabi`in dan seluruh muslimin dan muslimat yang menjayakan misi risalah ummah.

Selain daripada mengimani amanah risalah dakwah yang dijunjung, golongan du`at amat dituntut untuk sentiasa membersihkan hati dan jiwa mereka melalui tazkiyyah dan tasfiyyah. Kerna kekuatan akal dan kesabaran jiwa hanya boleh didapati melalui pemerkasaan dalaman. Hal ini dengan jelas dapat dilihat melalui pemerkasaan nabawi di dalam surah al-Muzammail ayat 1 - 7 yang bermaksud :

"Wahai orang yang berselimut. Bangunlah (solat) sebahagian daripada malam. Iaitu pada seperdua malam atau kurang sedikit daripada itu. Atau lebih (daripada seperdua) dan bacalah al-Qur`an dengan perlahan-lahan. Kerana Kami akan menurunkan perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam lebih membantu untuk khusyuk dan lebih berkesan. Sementara pada siang hari pula kamu akan menghadapi tugas yang berat."
 


Page 164 of 168

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.