Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
PDF Print E-mail
ABIM Alu-alukan Penerbitan Buku, "Natrah: Cinta, Rusuhan, Airmata"

9 Mac, Kuala Lumpur :  Angkatan Belia Islam Malaysia  (ABIM) mengucapkan tahniah kepada pengkarya  “Natrah: Cinta, Rusuhan, Airmata”, Datin Seri Fatini Yaacob di atas pelancaran buku tersebut yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yasin di sini. Sebagai tanda sokongan, Muhamad Razak Idris, Presiden ABIM telah menghadiri majlis pelancaran tersebut yang berlangsung di Dewan Besar, UTM International Campus, Kuala Lumpur.

Sesungguhnya, usaha pengkaryaan buku-buku yang boleh membangkitkan kesedaran jiwa umat dan masyarakat menerusi peristiwa sejarah perlu sentiasa didokong dan digalakkan. Karya Natrah ini telah menelusuri secara keseluruhan kisah dan peristiwa bersejarah yang telah menyumbang kepada kebangkitan tentang jati diri dan harga diri umat Melayu di negara ini.

 
PDF Print E-mail
ABIM Akan Bantu Bangunkan Umat Islam Filipina

8 Mac, Kuala Lumpur-  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan bekerjasama menjayakan program pembangunan keupayaan pemimpin masyarakat Islam Filipina yang akan dijayakan oleh Asian Institute of Management (AIM), Filipina. Menurut Presiden ABIM, Muhamad Razak Idris,  ABIM akan menghantar tiga aktivis ke Program Pembangunan Kepimpinan Islam yang akan dianjurkan oleh AIM pada penghujung bulan Mac 2010.

Program ini akan menghimpunkan kepimpinan masyarakat Islam di peringkat akar umbi dan mereka akan dilatih bagi membangunkan institusi Islam di peringkat masing meliputi aspek pendidikan dan kebajikan sosial. Menerusi kerjasama ini, tiga aktivis ABIM yang akan menyertai program ini akan berkongsi pengalaman dan memberikan khidmat pakar dari aspek pembangunan belia, pembinaan masyarakat sivil berasaskan pendekatan dialog antara agama dan budaya serta pembangunan kepimpinan wanita menerusi pendidikan.

 
PDF Print E-mail
Doa dan Tawakal Dalam Konsep Kerja Islam
Konsep Doa dan Tawakal perlu sentiasa diamalkan kerana kedua-duanya merupakan elemen penting dalam budaya kerja Islam. Ini adalah intipati yang disimpulkan oleh Dr. Abu Bakar Sarpon dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), ketika menyampaikan ceramah Maulidur Rasul pada Multaqa' Penggerak Sepenuh Masa ABIM 2010 di Gombak baru-baru ini. Tambah beliau, kedua-dua konsep ini membezakan antara budaya kerja Islam dengan budaya kerja barat, yang menurut beliau hanya mengutamakan kaedah perlaksanaan sahaja.Tanpa kekuatan kerohanian menurut beliau, seseorang individu itu mudah terjerumus ke dalam pelbagai gejala yang meruntuhkan kekuatan umat dalam pelbagai bidang.
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 141

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.