Berita & Laporan Terkini

Seminar Celik Emosi Siri 2 P.Pinang

Seminar Celik Emosi di Pulau Pinang berjaya dilangsungkan pada 13 November 2008, hari khamis di Dewan Seminar, Masjid Negeri. Seminar anjuran Pusat Pembangunan Kecemerlangan Keluarga (FEDEC)-ABIM dan ABIM P.Pinang tersebut dijalankan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Seramai hampir 100 peserta yang terdiri daripada kaunselor sekolah sekitar Pulau Pinang telah hadir  dan memberikan komitmen yang begitu baik. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JPN P.Pinang, dan antara panel yang dijemput adalah Prof. Dr. Sidek Baba, Tn. Haji Hassan Ahmad, PM Dr. Mastura Badzis yang merupakan Naib Presiden (HELWA) ABIM, serta PM Dr. Zainal Ariffin Ahmad dari USM. Sesi bengkel juga telah diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berlegar di kalangan kaunselor sekolah. Seminar Celik Emosi pada kali ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila peserta yang hadir terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Bengkel Evolusi Pembangunan Keusahawan Belia

Pada 8 November 2008 yang lalu, ABIM Selangor dengan kerjasama ABIM Daerah Sabak Bernam dan Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Bengkel Evolusi Pembangunan Usahawan Belia di Kelab Resort Rekreasi Sabak Bernam. Program telah dihadiri seramai 102 peserta terdiri dari belia dan pemimpin masyarakat di Daerah Sabak Bernam dari pelbagai bangsa. Program dirasmikan YB Tuan Yaakob bin Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan. Antara penceramah yang telah dijemput ialah Puan Hajjah Nazeerah binti Mustapa pakar perunding Usahawan MARA yang berpengalaman dari Minutes Concept Sdn Bhd, Saudara Samsuddin Bin Zainal Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Belia Islam Malaysia, Saudara Mohd Zairi bin Mujahid pegawai dari Jabatan Pertanian daerah dan Puan Siti Norwina binti Nawari, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Oleh: Muhamad Muszaki bin Mohd ozir (Setiausaha ABIM Selangor).

Taklimat Pencegahan Aedes dan Denggi

Pada 14 November yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menjemput Dr Mohammad Idris Zamhuri, yang bertugas sebagai pegawai perubatan di unit kawalan penyakit berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, untuk memberikan taklimat khas berhubung dengan wabak aedes dan demam denggi di samping proses pencegahannya.   Sepanjang sessi tersebut, Dr Mohamad Idris yang juga merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah berkongsi pelbagai informasi serta tips berhubung dengan wabak aedes serta kaedah pencegahan dan beberapa informasi berkaitan isu-isu kesihatan lain. 

INSAP Kunjungi Sekretariat ABIM

Pada 6 November yang lalu, Institute of Strategic Analysis and Policy Resarch (INSAP), telah mengunjungi Sekretariat ABIM Pusat, di Kompleks Anjung Rahmat. Sepanjang pertemuan tersebut, kedua-kedua pihak berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai isu dengan Presiden, Saudara Yusri Mohamad, serta beberapa orang exco yang turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Wacana Memperingati Trajedi "KASHMIR BLACK DAY"

Pada 25 Oktober yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Global Peace Mission (GPM) telah mengadakan wacana memperingati peristiwa Kashmir Black Day yang berlaku pada 27 Oktober 1947.  Wacana ini telah diisi oleh Prof Madya Rohana Harun dari UKM serta Prof. Dr. Arif Zakaullah dari UIAM dan dipengerusikan oleh Saudara Noryzal Zainal Abidin.  Menerusi wacana ini, ahli panel yang dijemput telah berjaya mengupas pelbagai isu berkenaan dengan kemelut yang berlaku di Kashmir daripada perspektif yang berbeza bersama dengan para hadirin yang hadir.

Lawatan Delegasi Leaders of Influence, Bangladesh

Pada 23 Oktober 2008 yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),telah menerima kunjungan daripada orang tokoh agama yang berpengaruh dari Bangladesh. Tokoh-tokoh agama ini merupakan peserta program "Leaders of Influence" yang dianjurkan oleh Asian Foundation.Sepanjang pertemuan tersebut, ABIM yang diwakili oleh Saudara Azril Mohd Amin serta Noryzal Zainal Abidin, telah mengambil kesempatan untuk menerangkan latar belakang ABIM serta bertukar-tukar pandanganserta pengalaman dalam pelbagai perkara. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Saudara Mohd Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

ABIM Hantar Delegasi ke NIEW International Forum 2008

Pada 22 dan 23 Oktober 2008, ABIM telah menghantar delegasi untuk menyertai NIEW International Forum 2008 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dianjurkan bersama oleh NAM Institute for the Empowerment of Women ( NIEW), Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Pusat Antarabangsa UiTM. Delegasi ABIM telah diketuai oleh Penyelaras FEDEC, Puan Azini Othman, Saudara Mohd  Firdaus ‘Bob’ Hamsin, Saudara Yusni Mohd Yussof dan beberapa wakil ABIM daripada UIA. Persidangan ini antara lain telah mengetengahkan isu-isu gender dalam konteks  pengupayaan dan sektor pekerjaan. Di samping itu, para hadirin juga telah didedahkan dengan konsep ESQ yang kini semakin mendapat sambutan di Malaysia.

Rumah Terbuka & Sambutan Aidil Fitri ABIM 2008

Pada 17 Oktober 2008, Angkatan Belia Islam Malaysia, dengan kerjasama PKPIM, WADAH, KBI, Pusat Rawatan Al Islam dan beberapa agensi bersekutu telah bersama-sama menganjurkan rumah terbuka di Dewan Seminar, Kompleks Anjung Rahmat. Tujuan penganjuran rumah terbuka ini adalah untuk mengeratkan ukhuwwah dan tali silaturrahim antara kepimpinan tertinggi ABIM, para aktivis dan tetamu-tetamu daripada pelbagai pertubuhan dan institusi.  Majlis ini telah bermula pada pukul 3 petang dan berlanjutan sehingga 7 malam. Pelbagai hidangan dan juadah telah disediakan bagi meraikan tetamu-tetamu yang hadir. Kumpulan Usratika juga turut diundang untuk mengadakan persembahan jemputan dengan lagu-lagu puisi dan berkonsep da’wah.

Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani

Seperti sudah menjadi tradisi, Wacana Pemikiran menjadi program yang 'evergreen'. Wacana yang bertujuan mengupas idea, berkongsi sejarah hidup dan seterusnya mengakar umbikan personaliti atau tokoh dikalangan masyarakat. Tokoh yang ingin diperkenalkan kepada masyarakat lebih bermakna sekiranya beliau meninggalkan khazanah berharga kepada ummat, seperti kitab- kitab, anak murid yang berdedikasi, serta manhaj dakwah yang boleh dimanfaatkan oleh ummat Islam secara keseluruhan.Pada 12 Oktober yang lepas, Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Yayasan Sofa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menganjurkan Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani. Bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta, berjaya mengumpulkan hampir 1,200 peserta. Wacana dirasmikan oleh Dato' Hj Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan.

Iklaneka & Pengumuman

Kenyataan Media ABIM Sabah Berhubung Seminar Serantau Belia BIMP-EAGA Pada 2 – 3 Ogos 2008 Di Kota Kinabalu PDF Print E-mail
sabah 29 Julai 2008, Dalam perkembangan yang berkaitan, ABIM Sabah, salah satu gabungan CONCERN, menerusi Yang Dipertuanya, Muddin Beting menyatakan bahawa ABIM Sabah bersama 13 organisasi lain, termasuk Unit Pengurusan Dana Luar Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Seminar Serantau Belia BIMP-EAGA pada 2 – 3 Ogos 2008 di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Tujuan seminar tersebut adalah untuk memahami latar sejarah dan peranan peradaban Islam di rantau ini, meneroka kerjasama dan mengadakan jaringan dalam kalangan pimpinan generasi muda, sekali gus membincang serta mencadangkan jalan penyelesaian bagi pembangunan sosio-ekonomi serantau. Seminar ini akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Musa Haji Aman.
Di antara pembentang kertas kerja dalam seminar tersebut ialah Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (BIMP-EAGA:  Dari Perspektif Sejarah dan Peradaban Islam Serantau), Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (Belia dan Perubahan Pola Pemikiran : Cabaran Serantau) dan Ahmad Azam Abdul Rahman (Kerja Dakwah Mutaakhir Rantau BIMP-EAGA: Menelusuri Status dan Pencapaian Semasa). Seminar ini juga mengundang Datuk Harris Mohd Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah untuk mengisi sesi pembentangan bertajuk “Sumbangan Tenaga Kerja BIMP-EAGA Terhadap Pembangunan Ekonomi Malaysia: Perspektif Sejarah dan Membina Masa Depan”. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang politik dan perniagaan akan memberikan pandangan dan buah fikiran berhubung langkah-langkah memakmurkan BIMP-EAGA sekali gus strategi menangani isu-isu semasa yang dihadapi sekarang.
 
Sesi pembentangan bertemakan “Dakwah dan Cabaran Serantau” akan diisi, antara lainnya, oleh Dr. Mohammad Noer (Indonesia) dan Sainuri Yahmin (Sabah), manakala sesi pembentangan bertemakan “Potensi Pembangunan Sosio-Ekonomi Umat Islam Serantau” akan disi oleh Dr. Hj. Kasim Hj. Mansur (Malaysia) dan Dr. Muhammad Abdulnasir N. Matli (Filipina).

Seminar ini terbuka kepada orang awam. Walau bagaimanapun, jumlah peserta terhad 500 orang. Penganjur mengalu-alukan penyertaan wakil-wakil jabatan kerajaan, NGO dan orang perseorangan dengan mendaftarkan diri kepada urus setia di talian 088-212080 atau menerusi email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it pada atau sebelum 31 Julai 2008 untuk mendapatkan kemudahan seminar secara percuma.
 
MUDDIN BETING
Yang Dipertua ABIM Sabah

 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

LAMAN AGENSI ABIM & BERKAITAN

 

Kalendar ABIM

<<  November 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
       1  2
  3  4  6  7  8  9
101112131416
17181920212223
24252627282930

Program Terkini

Projek Kewangan ABIM

 
PKA

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online