Berita & Laporan Terkini

Siaran Media 21 Disember 2008/23 Zulhijjah 1429 - Penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) Wajar Dibatalkan Sahaja.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebagai sebuah institusi rakyat yang prihatin, membantah keras cadangan menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Sdn. Bhd. IJN merupakan satu-satunya pusat perubatan pesakit jantung di negara ini yang menawarkan perkhidmatan yang bermutu dengan kadar bayaran yang berpatutan. Penswastaan IJN yang bermotifkan keuntungan komersial dikhuatiri akan meningkatkan kos rawatan yang seterusnya membebankan pesakit. ABIM menegaskan bahawa perkhidmatan kesihatan adalah berteraskan keperluan umum atau public need yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan secara percuma atau pada kadar yang berpatutan. 

Hari Kedua Di Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM

Bangi 20 Disember2008 - Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM, diteruskan lagi pada pagi ini dengan sesi pembentangan Slot pertama oleh dua Tokoh ABIM iaitu Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dan Tuan Hj. Abd Halim Ismail. Sesi ini di pengerusikan oleh Sdr. Shirajuddin Sirat salah seorang peserta Tamrin. Dimulakan dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dengan kertas kerja beliau yang bertajuk "Tarbiyyah Qur'aniyah Pemantap Kerohanian Dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini".   

Tamrin Nuqaba' Kebangsaan ABIM

Bangi 19 Dis 2008, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sedang mengadakan Tamrin Nuqaba' atau Kursus Pemantapan Iman bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Tamrin ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Yusri Bin Mohamad Presiden ABIM. Didalam ucapannya beliau menekankan agar kembali kepada institusi tarbiyah ruhiyyah. Turut hadir bersama adalah ustaz Hj Zamihan wakil ILIM. Beliau turut mengisi sedikit pengisian tentang realiti umat islam yang semakin keliru dengan cabaran akidah yang dibawa oleh pelbagai fahaman yang bercanggah dengan akidah ahlus sunnah wal jamaah. Semoga peserta Tamrin dapat memanfaatkan apa yang dikongsikan oleh Tn Hj Yusri dan Ustaz Hj Zamihan.

Skuad Prihatin ABIM Di Terengganu

Misi Skuad Prihatin ABIM diteruskan lagi ke negeri Terengganu Darul Iman pada 12-13 Disember 2008. En.Shirajuddin Sirat telah mengetuai misi kali ini beserta 4 orang ahli terdiri daripada Dr. Azlina Mazzita Muhd Mokhtar,Sharil Efendy M.Yunus,Noraliza Bt Effendy dan Noor Azahara Bt Mustafa. Rombongan kali ini tertumpu di kawasan paling teruk di landa banjir iaitu  Taman Desa Pusu III, Gong Badak. Turut di hadiri Oleh YDP ABIM Terengganu Sdr. Zulkifree Ibrahim dan para sukarelawan ABIM Terengganu.Kesemua mangsa masih berasa amat sedih dengan keadaan rumah yang dimasuki air hingga paras pinggang yang mengakibatkan kesemua harta benda mereka rosak  dan bantuan yang belum diterima ekoran kejadian tersebut.Penduduk Taman Desa Pusu III memaklumkan banjir yang  pertama kali berlaku antara satu berpunca dari pembinaan lapangan terbang sultan mahmud Pihak ABIM berasa terpanggil untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan khidmat sosial yang dihulur meliputi membersih kawasan surau dan mengemas surau tersebut. Kebanyakkan anak-anak mangsa  banjir mengalami demam,batuk dan selesema.Pihak kami mengucapkan takziah kepada penduduk Taman Desa Pusu III dan berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mangsa  banjir.

Tinjauan Banjir Di Kelantan oleh Skuad Prihatin ABIM

Pada 6 & 7 Disember lalu Skuad Prihatin ABIM telah melakukan tinjauan ke kawasan banjir di Pantai Timur. Misi ini yang  di ketuai oleh En.Shirajuddin Sirat, turut disertai oleh Yang Dipertua  ABIM Selangor, Ust.Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Dr.Sukarelawan dan Noraliza Bt Effendy. Rombongan itu juga turut disertai oleh Yang Dipertua ABIM Kelantan Ust. Faisal Abdullah. Dalam lawatan ini, rombongan telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Ukur & Tanah Jajahan kelantan bagi mengetahui lebih lanjut tentang banjir di negeri tersebut. Rombongan ini tertumpu di sekitar kawasan Tumpat dan  Rantau Panjang. Misi ini disertai oleh 10 orang sukarelawan  ABIM Kelantan. Rantau Panjang adalah salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat banjir kerana paras air Sungai Golok melepasi paras bahaya. Keadaan diburukkan lagi dengan sistem pengaliran serta perparitan yang tidak sempurna. Mangsa di Rantau Panjang seramai 300 lebih manakala kawasan Tumpat seramai 400 lebih mangsa. Apabila paras air Empangan Pergau meningkat naik,air terpaksa dilepaskan dan mengakibatkan paras air di Sungai Kelantan naik serta banjir melanda kawasan Tumpat.Namun rawatan kesihatan dan kauseling tidak dapat dijalankan di pusat-pusat pemindahan kerana mangsa telah pulang ke rumah masing-masing kerana keadaan banjir telah mula surut.

Skuad Prihatin ABIM Di Bukit Antarabangsa

Ekoran daripada tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan 4 nyawa, Skuad Prihatin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang dianggotai oleh 18 orang sukarelawan diketuai oleh Dr Saifullah Al-Hany, turut sama di hadiri, menghulurkan bantuan bersama dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang lain. Bantuan yang dihulurkan meliputi bantuan makanan, perubatan, hygiene kit serta membantu operasi pengagihan barang-barang keperluan dari pihak berkuasa kepada mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat daripada bencana tersebut. Skuad Prihatin ABIM dimaklumkan bahawa mereka merupakan antara NGO yang terawal tiba untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kejadian. Sehingga kini, dimaklumkan bahawa jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut ialah 666 orang. Mewakili seluruh pimpinan dan anggota, Skuad Prihatin ABIM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban serta mereka yang kehilangan harta benda mereka    

Pertemuan Dengan Young Muslim Association Of Thailand Dan Muslim Attorney Centre.

Pada 2 Disember yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menerima kunjungan daripada dua persatuan yang digerakkan oleh masyarakat Islam di Thailand, iaitu Young Muslim Association of Thailand dan Muslim Attorney Centre.Kunjungan tersebut disambut telah oleh Timbalan Presiden ABIM, Dr Mohd Farid Shahran serta beberapa pimpinan ABIM. Sepanjang pertemuan tersebut, rombongan dari kedua-dua persatuan tersebut telah dipertontonkan dengan tayangan video yang menerangkan latar belakang ABIM di samping memperolehi kesempatan untuk menerangkan serba sedikit akan keadaan semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat Islam di Thailand.  

Bengkel Menilai, Memahami & Menyelesai Masalah Remaja (3M)

Pada 20 November yang lepas,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Bengkel Menilai, Memahami dan Menyelesai Masalah Remaja (3M). secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Slot-slot yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang bertauliah juga menarik minat para peserta yang terdiri dari 30 orang kaunselor sekolah, ketua belia dan agensi kerajaan. Slot 1 yang bertajuk ”Mengenali Identiti & Personaliti Remaja” disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Haslinda Abdullah, Pakar Psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam slot beliau selama 2 jam setengah itu, beliau telah mendedahkan secara terperinci identiti dan personaliti remaja terutama remaja Melayu yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat seperti budaya ’punk’, ’skinhead’, ’black metal’ dan lain-lain. Walaupun mereka mempamerkan kepelbagaian personaliti dan identiti, secara asasnya, mereka memperjuangkan satu budaya yang sama iaitu budaya hedonisme melampau. Mereka dilabelkan dengan pelbagai gelaran negatif berpunca dari tindakan mereka sendiri. Walaupun demikian, mereka masih lagi terus menerus memperjuangkan budaya tidak sihat itu. Dengan pendedahan itu, peserta diharap dapat mengenali secara terperinci pelbagai personaliti dan identiti remaja agar mudah memahami golongan tersebut. 

ISMA Kunjungi Sekretariat ABIM

Pada 21 November yang lalu, Beberapa orang pimpinan Ikatan Muslimin Masyarakat (ISMA) telah melakukan kunjungan ke SEKRETARIAT ABIM pusat, di Kompleks Anjung Rahmat. Rombongan  itu diketuai oleh Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman telah diraikan oleh Presiden  ABIM, Saudara Yusri Mohamad, serta beberapa orang pimpinan kanan serta exco ABIM.Sepanjang pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat dalam isu-isu semasa  terutama berkaitan dengan isu agama serta bangsa serta beberapa isu lain.   

Iklaneka & Pengumuman

Kashmir Black Day 2008 - Media Statement 22nd October 2008 / 22 Syawal 1429H PDF Print E-mail
Kashmir Black Day, the annual commemoration of the landing of Indian security forces in Srinagar on Oct. 27, 1947, is being observed to highlight the plight of Kashmiris caused by India’s deployment of 700,000 troops in the valley. Thousands of its inhabitants had been martyred. The Jammu and Kashmir dispute is one of the oldest unresolved issues of the world and one that has always remained a top priority for the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).
 
ABIM reaffirms full solidarity and support with the Kashmiri people in their legitimate struggle for self-determination through peaceful means and in accordance with the relevant UN resolutions. We appreciate the commitment made for an early, peaceful and negotiated settlement of this dispute by Pakistan and hope that India demonstrates the same determination in order to give the peace process a significant push.
India’s illegal occupation of Kashmir is a dark chapter in the history of human rights. A continued denial of the right to self-determination to the Kashmiri people is morally unacceptable, economically unsustainable and politically inadmissible with regard to any scheme aimed at ensuring global and regional peace, stability and security. Kashmir can never be resolved without the participation and consensus of the people of Kashmir. Contrary to prevailing mythology, Kashmir is not merely a border quarrel between India and Pakistan. Its central concern is the self-determination and human rights of the Kashmiri people that have been scorned, mocked, and trampled on for more than 60 years.

The chilling suffering and misery of the Kashmiri people continues every day a peaceful resolution is deferred. We believe that the way to a peaceful settlement of the Kashmir issue lies in tripartite negotiations between India, Pakistan and the accredited leadership of the people of Jammu & Kashmir from both sides of the Cease-fire Line.
 
ABIM, together with Global Peace Malaysia, friends and sympathizers of the Kashmir cause in Malaysia and the region will be organizing a “Kashmir Black Day” in solidarity with the oppressed of Jammu & Kashmir people. Their sufferings over the past six decades will be highlighted during mini exhibitions and speeches planned to mark the day. Come and join us along with your family and friends to express solidarity with the people of Kashmir on Saturday 25th October 2008, 3pm at the Cititel Express Hotel, 449, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. For more information, please contact: GPM at  Tel: 03-6188 8409;  Fax: 03-6188 8470; Shakir: 013-3877722 E-mail: gpmhq@yahoo. com
 
 
Azril Mohd Amin
Vice President (International)
Muslim Youth Movement of Malaysia


 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Ucapan Dasar Presiden

muat turun

PAUTAN ABIM

helwa My Islam Network Madani tv minda madani  Islamic Outreach ABIM
 

Projek Kewangan ABIM

 
PKA

JARINGAN AGENSI ABIM

wadah PKPIM KBI GPM Al-Islam Hospital IStech KDH
 

Kalendar ABIM

<<  January 2009  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
     1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online