|
||||
| Belia Perlu Perkasa Jatidiri Hadapi Cabaran Masa Depan-Yusof Al-Qaradawi |
|
Putrajaya, 20 Disember 2009: Penerima anugerah tokoh Maal Hijrah 1431 Hijrah, Prof Dr Abdullah Yusof Al-Qaradawi, menyeru golongan belia memperkasa diri mereka dalam pelbagai aspek untuk menangani cabaran-cabaran yang bakal mendatang, di samping mengamati serta memahami persekitaran mereka dalam merangka sebarang tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi aspek spiritual, intelektual dan fizikal. Seruan ini dibuat ketika menerima kunjungan daripada para pimpinan ABIM pada hari Ahad yang lalu. Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi juga mengatakan,golongan belia merupakan tonggak utama yang menggerakkan kebangkitan Islam terutama sekali di zaman Rasullulah S.A.W.''Sebagai contoh, Usamah bin Zaid telah diberikan kepercayaan untuk memimpin angkatan tentera Islam walaupun dalam usia beliau yang sangat muda pada ketika itu,'' jelasnya lagi, yang mengenali ABIM semenjak era 70-an. Antara karya besar hasil tulisan beliau yang pernah diterjemahkan oleh ABIM ialah Fiqh Keutamaan (Fiqh Awlawiyyat). |




Oleh ABIM Pusat












