Berita & Laporan Terkini

Seminar Celik Emosi Siri 2 P.Pinang

Seminar Celik Emosi di Pulau Pinang berjaya dilangsungkan pada 13 November 2008, hari khamis di Dewan Seminar, Masjid Negeri. Seminar anjuran Pusat Pembangunan Kecemerlangan Keluarga (FEDEC)-ABIM dan ABIM P.Pinang tersebut dijalankan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Seramai hampir 100 peserta yang terdiri daripada kaunselor sekolah sekitar Pulau Pinang telah hadir  dan memberikan komitmen yang begitu baik. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JPN P.Pinang, dan antara panel yang dijemput adalah Prof. Dr. Sidek Baba, Tn. Haji Hassan Ahmad, PM Dr. Mastura Badzis yang merupakan Naib Presiden (HELWA) ABIM, serta PM Dr. Zainal Ariffin Ahmad dari USM. Sesi bengkel juga telah diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berlegar di kalangan kaunselor sekolah. Seminar Celik Emosi pada kali ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila peserta yang hadir terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Bengkel Evolusi Pembangunan Keusahawan Belia

Pada 8 November 2008 yang lalu, ABIM Selangor dengan kerjasama ABIM Daerah Sabak Bernam dan Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Bengkel Evolusi Pembangunan Usahawan Belia di Kelab Resort Rekreasi Sabak Bernam. Program telah dihadiri seramai 102 peserta terdiri dari belia dan pemimpin masyarakat di Daerah Sabak Bernam dari pelbagai bangsa. Program dirasmikan YB Tuan Yaakob bin Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan. Antara penceramah yang telah dijemput ialah Puan Hajjah Nazeerah binti Mustapa pakar perunding Usahawan MARA yang berpengalaman dari Minutes Concept Sdn Bhd, Saudara Samsuddin Bin Zainal Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Belia Islam Malaysia, Saudara Mohd Zairi bin Mujahid pegawai dari Jabatan Pertanian daerah dan Puan Siti Norwina binti Nawari, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Oleh: Muhamad Muszaki bin Mohd ozir (Setiausaha ABIM Selangor).

Taklimat Pencegahan Aedes dan Denggi

Pada 14 November yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menjemput Dr Mohammad Idris Zamhuri, yang bertugas sebagai pegawai perubatan di unit kawalan penyakit berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, untuk memberikan taklimat khas berhubung dengan wabak aedes dan demam denggi di samping proses pencegahannya.   Sepanjang sessi tersebut, Dr Mohamad Idris yang juga merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah berkongsi pelbagai informasi serta tips berhubung dengan wabak aedes serta kaedah pencegahan dan beberapa informasi berkaitan isu-isu kesihatan lain. 

INSAP Kunjungi Sekretariat ABIM

Pada 6 November yang lalu, Institute of Strategic Analysis and Policy Resarch (INSAP), telah mengunjungi Sekretariat ABIM Pusat, di Kompleks Anjung Rahmat. Sepanjang pertemuan tersebut, kedua-kedua pihak berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai isu dengan Presiden, Saudara Yusri Mohamad, serta beberapa orang exco yang turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Wacana Memperingati Trajedi "KASHMIR BLACK DAY"

Pada 25 Oktober yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Global Peace Mission (GPM) telah mengadakan wacana memperingati peristiwa Kashmir Black Day yang berlaku pada 27 Oktober 1947.  Wacana ini telah diisi oleh Prof Madya Rohana Harun dari UKM serta Prof. Dr. Arif Zakaullah dari UIAM dan dipengerusikan oleh Saudara Noryzal Zainal Abidin.  Menerusi wacana ini, ahli panel yang dijemput telah berjaya mengupas pelbagai isu berkenaan dengan kemelut yang berlaku di Kashmir daripada perspektif yang berbeza bersama dengan para hadirin yang hadir.

Lawatan Delegasi Leaders of Influence, Bangladesh

Pada 23 Oktober 2008 yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),telah menerima kunjungan daripada orang tokoh agama yang berpengaruh dari Bangladesh. Tokoh-tokoh agama ini merupakan peserta program "Leaders of Influence" yang dianjurkan oleh Asian Foundation.Sepanjang pertemuan tersebut, ABIM yang diwakili oleh Saudara Azril Mohd Amin serta Noryzal Zainal Abidin, telah mengambil kesempatan untuk menerangkan latar belakang ABIM serta bertukar-tukar pandanganserta pengalaman dalam pelbagai perkara. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Saudara Mohd Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

ABIM Hantar Delegasi ke NIEW International Forum 2008

Pada 22 dan 23 Oktober 2008, ABIM telah menghantar delegasi untuk menyertai NIEW International Forum 2008 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dianjurkan bersama oleh NAM Institute for the Empowerment of Women ( NIEW), Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Pusat Antarabangsa UiTM. Delegasi ABIM telah diketuai oleh Penyelaras FEDEC, Puan Azini Othman, Saudara Mohd  Firdaus ‘Bob’ Hamsin, Saudara Yusni Mohd Yussof dan beberapa wakil ABIM daripada UIA. Persidangan ini antara lain telah mengetengahkan isu-isu gender dalam konteks  pengupayaan dan sektor pekerjaan. Di samping itu, para hadirin juga telah didedahkan dengan konsep ESQ yang kini semakin mendapat sambutan di Malaysia.

Rumah Terbuka & Sambutan Aidil Fitri ABIM 2008

Pada 17 Oktober 2008, Angkatan Belia Islam Malaysia, dengan kerjasama PKPIM, WADAH, KBI, Pusat Rawatan Al Islam dan beberapa agensi bersekutu telah bersama-sama menganjurkan rumah terbuka di Dewan Seminar, Kompleks Anjung Rahmat. Tujuan penganjuran rumah terbuka ini adalah untuk mengeratkan ukhuwwah dan tali silaturrahim antara kepimpinan tertinggi ABIM, para aktivis dan tetamu-tetamu daripada pelbagai pertubuhan dan institusi.  Majlis ini telah bermula pada pukul 3 petang dan berlanjutan sehingga 7 malam. Pelbagai hidangan dan juadah telah disediakan bagi meraikan tetamu-tetamu yang hadir. Kumpulan Usratika juga turut diundang untuk mengadakan persembahan jemputan dengan lagu-lagu puisi dan berkonsep da’wah.

Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani

Seperti sudah menjadi tradisi, Wacana Pemikiran menjadi program yang 'evergreen'. Wacana yang bertujuan mengupas idea, berkongsi sejarah hidup dan seterusnya mengakar umbikan personaliti atau tokoh dikalangan masyarakat. Tokoh yang ingin diperkenalkan kepada masyarakat lebih bermakna sekiranya beliau meninggalkan khazanah berharga kepada ummat, seperti kitab- kitab, anak murid yang berdedikasi, serta manhaj dakwah yang boleh dimanfaatkan oleh ummat Islam secara keseluruhan.Pada 12 Oktober yang lepas, Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Yayasan Sofa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menganjurkan Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani. Bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta, berjaya mengumpulkan hampir 1,200 peserta. Wacana dirasmikan oleh Dato' Hj Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan.

Iklaneka & Pengumuman

Seminar ABIM Di Paroi PDF Print E-mail

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Seramai 500 peserta dijangka menyertai Seminar Islam dan Cabaran Semasa: Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Paroi, Negeri Sembilan, esok.Setiausaha Agung ABIM, Khairul Arifin Mohd. Munir berkata, bilangan itu merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan. Katanya, segala persiapan untuk seminar berjalan lancar dan para pembentang kertas kerja juga nampak bersemangat berdasarkan kertas kerja masing-masing.

''Walaupun kita menjangkakan kehadiran 500 peserta, tetapi kita tidak ada masalah menerima lebih banyak penyertaan kerana dewan di Pusat Dakwah Islamiah itu boleh menampung 1,000 orang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.Seminar sehari itu diadakan bersempena Muktamar Sanawi Ke-37 ABIM. Ia akan membahaskan persoalan yang dapat mengelakkan kecelaruan berhubung hak keistimewaan Melayu dan bumiputera yang mula diperdebatkan sejak akhir-akhir ini.

Perasmian seminar akan dimulakan pada pukul 8.20 pagi diikuti ucapan dasar Presiden ABIM, Yusri Mohamad yang bertemakan Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa. Antara tokoh ilmuwan yang diundang bagi menyampaikan kertas kerja ialah Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr. Siddiq Fadzil; Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Pengarah Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia, Datuk Dr. Hassan Ahmad.

 

Sumber Dipetik : Utusan Malaysia

 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

LAMAN AGENSI ABIM & BERKAITAN

 

Kalendar ABIM

<<  November 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
       1  2
  3  4  6  7  8  9
101112131416
17181920212223
24252627282930

Program Terkini

Projek Kewangan ABIM

 
PKA

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online