|
||||
| Kementerian Dalam Negeri fail permohonan tangguh laksana perintah Mahkamah Tinggi |
|
Kuala Lumpur 5 Januari 2009: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Aallah dalam penerbitannya. Mahkamah pada 31 Disember lalu yang membenarkan permohonan semakan kehakiman Titular Roman Archbishop Kuala Lumpur memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah bukan hak eksklusif orang Islam saja. Permohonan itu difailkan Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A Dadi di Pejabat Pendaftaran Rayuan Kuasa-kuasa Khas di sini, jam 12 tengah hari tadi. Sumber dipetik : http://www.bharian.com.my |

















