|
||||
| Futsal di Sport Planet Ampang |
|
Pada 27 (Rabu) Januari 2010, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan perlawanan persahabatan futsal di Sports Planet Ampang. Pasukan yang turut hadir adalah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Tujuan utama futsal ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi perhubungan silaturrahim antara organisasi disamping menjaga kesihatan dikalangan ahli-ahli. Saiful Islam, Mohd Raimi Ab. Rahim dan Mohd Faridh merupakan penjaring terbanyak bagi ABIM Pusat. Manakala Akmal Hisham dan Mohamad Nasir telah mempamerkan aksi yang memberangsangkan sebagai pertahanan dan berjaya mematahkan banyak serangan pihak lawan. Mohd Firdaus yang bertindak sebagai penjaga gol utama telah mempamerkan aksi yang hebat dengan menjaga pintu gawang dengan menempis beberapa rembatan padu. Akhir sekali, adalah diharapkan aktiviti sebegini mampu mengeratkan lagi persaudaraan dan menjaga kesihatan khususnya dikalangan belia dan pelajar. |




Oleh : Akmal Hisham











