|
||||
| ABIM Akan Bantu Bangunkan Umat Islam Filipina |
|
Program ini akan menghimpunkan kepimpinan masyarakat Islam di peringkat akar umbi dan mereka akan dilatih bagi membangunkan institusi Islam di peringkat masing meliputi aspek pendidikan dan kebajikan sosial. Menerusi kerjasama ini, tiga aktivis ABIM yang akan menyertai program ini akan berkongsi pengalaman dan memberikan khidmat pakar dari aspek pembangunan belia, pembinaan masyarakat sivil berasaskan pendekatan dialog antara agama dan budaya serta pembangunan kepimpinan wanita menerusi pendidikan. Muhamad Razak berkata demikian selepas pertemuan dengan Amparo Preethika, Pengarah Program dari AIM di sini. Turut menyertai pertemuan ini ialah Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Abdul Rahim dan Pengerusi Islamic Outreach ABIM, Haji Azril Mohamad Amin. Pertemuan ini juga telah merapatkan hubungan antara ABIM dan AIM bagi menjayakan program jangka panjang bagi pembangunan masyarakat minoriti Islam terutama di Filipina pada masa akan datang. Pihak AIM juga merancang untuk membawa peserta program melakukan lawatan susulan ke institusi pendidikan ABIM sebagai langkah susulan kerjasama antara dua organisasi dalam masa terdekat. |




8 Mac, 













