PDF Print E-mail
ABIM Alu-alukan Penerbitan Buku, "Natrah: Cinta, Rusuhan, Airmata"

9 Mac, Kuala Lumpur :  Angkatan Belia Islam Malaysia  (ABIM) mengucapkan tahniah kepada pengkarya  “Natrah: Cinta, Rusuhan, Airmata”, Datin Seri Fatini Yaacob di atas pelancaran buku tersebut yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yasin di sini. Sebagai tanda sokongan, Muhamad Razak Idris, Presiden ABIM telah menghadiri majlis pelancaran tersebut yang berlangsung di Dewan Besar, UTM International Campus, Kuala Lumpur.

Sesungguhnya, usaha pengkaryaan buku-buku yang boleh membangkitkan kesedaran jiwa umat dan masyarakat menerusi peristiwa sejarah perlu sentiasa didokong dan digalakkan. Karya Natrah ini telah menelusuri secara keseluruhan kisah dan peristiwa bersejarah yang telah menyumbang kepada kebangkitan tentang jati diri dan harga diri umat Melayu di negara ini.

Kisah Natrah juga adalah antara pencetus penting perpaduan umat Melayu dan masyarakat Malaysia bagi mempertahankan kehormatan dan kemulian mereka sebagai sebuah Umat dari dipersendakan oleh penjajah. Pelancaran buku ini juga memberi makna bahawa tugas berdakwah adalah tanggungjawab semua termasuk para karyawan.

Fatini Yaacob, seorang karyawan, telah memainkan peranan penting menyampaikan dakwah menerusi tulisan. Bersempena dengan pelancaran ini, Fatini yang merupakan aktivis dakwah yang komited dan pernah menjawat Ketua Helwa ABIM, pihak kepimpinan ABIM mengucapkan tahniah dan selamat berkarya kepada beliau. Semoga segala sumbangan ilmu menerusi karyanya ini mendapat balasan dan gajaran tinggi dari Allah taala.

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.