Berita & Laporan Terkini

SUA Berangkat Ke United Kingdom

Pada 27 September 2008, SUA ABIM, Saudara Khairul Ariffin Mohd Munir telah berangkat ke Glasgow untuk melanjutkan pelajaran. Beliau akan berada di sana dalam tempoh 2 tahun bagi mengikuti pengajian sarjana ( masters in laws, LLM) dalam bidang undang-undang. Keberangkatan beliau telah diiringi oleh keluarga. Seluruh warga ABIM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat melanjutkan pelajaran di bumi perantauan. Mudah-mudahan beliau akan terus membantu menggerakkan dakwah Islam walau di mana beliau berada, dan akan kembali membantu memperkukuh perjuangan ABIM kelak.

Majlis Barbeque Untuk Meraikan Penghuni Rumah Titian Kasih

Pada 30 Ramadhan 1429, bersamaan 30 September 2009, ABIM dengan kerjasama FEDEC telah menganjurkan sebuah majlis ‘ Barbeque’ untuk meraikan para penghuni Rumah Titian Kasih. Majlis tersebut telah diadakan untuk menghiburkan dan meraikan para penghuni RTK menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.Acara telah dimulakan dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib secara berjemaah. Laungan Takbir Raya telah turut dilakukan secara beramai-ramai untuk menghidupkan suasana sambutan Aidil Fitri berteraskan prinsip Islam. Beberapa aktivis ABIM dan sukarelawan, seperti Saudara Rashdan Abu Hassan, Saudara Yusni Khusaini dan Faiezal Zainudin ( Jai) telah bertungkus lumus menyediakan hidangan BBQ pada malam tersebut.

Program Ihya Ramadhan

Sesungguhnya Ramadhan setiap tahun memberikan signifikan penting dalam diari setiap Muslim. Bertujuan memperbaiki diri kepada yang lebih baik dan menjadi insan yang bertaqwa dan berdiri teguh menyumbang kepada pembangunan umat. Pada 21 September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429H, ABIM dengan kerjasama Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat telah berjaya melaksanakan program pengahayatan ramadhan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Lembah Keramat. Program bermula pada jam 830 pagi dengan pendaftaran peserta dan pembahagian kumpulan dan juga sesi suai kenal sesama ahli kumpulan. semua fasilitator adalah terdiri dari sukarelawan ABIM. Slot pertama bertajuk Kesatria Melayu memerlukan peserta menjawab soalan berkaitan tugas hamba dan khalifah dan matlamat hidup,selepas menjawab semua soalan fasilitator telah menghuraikan dan mengaitkan dengan kehidupan peserta sekarang.

ABIM Bantu Keluarga Aktivis Yang Terkorban

TERAS JERNANG – 13 September 2008, ABIM Selangor telah menyerahkan sumbangan Tabung Prihatin yang telah dilancarkan selama sebulan dari 17 Julai – 17 Ogos yang lalu kepada balu al marhum Amin Nasir yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Puchong pada bulan Julai yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh YDP ABIM Selangor itu turut dihadiri Sdr Khairuddin Abbas ,PSU ABIM Selangor dan Sdr Azman SU ABIM Sepang. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil.Isterinya bertugas diUniten dibahagian pentadbiran dan mereka tinggal di Kampung Teras Jernang, Bangi. ABIM Bangi telah membantu isteri arwah menguruskan persekolahan anak dan urusan kebajikan yang diperlukan. Walaupun sumbangan yang diberi tidak seberapa, tetapi keprihatinan ini diharap dapat mengurangkan tekanan dan bebannya untuk seketika.Biarpun sumbangannya kepada gerakan dakwah tidak lama tetapi ia tetap pernah melakukan sesuatu untuk agamanya.  Hanya Allah yang dapat menghitung segala amal hamba-hambaNYa. HELWA Selangor diwakili oleh Azareka, Faizah dan Suhaila sedang menyampaikan sumabangan kepada isteri arwah dirumahnya

Smart Solat ABIM Mendapat Sambutan Hangat

JALAN KEBUN, 21 September ’08 – Seramai 160 orang remaja berusia 9 tahun hingga 16 tahun telah mengikuti Program ‘Smart Solat’ yang dianjurkan oleh ABIM Selangor dan PEPIAS di Masjid An Naim, Jalan Kebun ( Utara ) dan Masjid Al Falah, Jalan Kebun ( Selatan ). Seramai 20 orang pendakwah muda dari kalangan pimpinan dan ahli PEPIAS dari berbagai universiti telah turun padang membantu melancarkan program tersebut. Program kali ke tiga ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan menandakan kesedaran umat tentang perlunya pendidikan ibadah anak-anak diberi keutamaan semakin meningkat. Program ini telah telah mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak terutamanya pihak MAIS yang telah menyediakan dana dakwah, pihak masjid yang telah memberikan kebenaran dan jemputan kepada peserta, Blue T  Publication Sdn Bhd yang telah menyumbangkan majalah ANA MUSLIM untuk semua peserta dan semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut.

Pengagihan Barangan Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras

Rabu (24 September 2008) - Sebanyak 22 set beras dan barangan keperluan harian telah diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan bertempat di Dewan JKKK Kampung Selayang Baru. Majlis pemberian sumbangan dipengerusikan oleh Ketua Kampung Selayang Baru, Ustaz Azizan Ali dan dirasmikan oleh Penghulu Mukim Batu, Saudara Zamani Karulani. Majlis disusuli ucapan ringkas daripada Naib Presiden Kebangsaan ABIM, Saudara Fauwaz Hasbullah.Seterusnya pengagihan sumbangan dijalankan di perkarangan Dewan JKKK. Sumbangan diagihkan oleh Jawatankuasa JKKK Kampung Selayang Baru diketuai Ustaz Azizan Ali, Penghulu Zamani dan Saudara Fauwaz Hasbullah. Rata-rata penerima sumbangan terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan kurang upaya.

Iltizam Staf : Selamat Berangkat Buat SUA ABIM

Pada 22 September 2008, ABIM telah menganjurkan sesi Iltizam Staf khas bagi menyampaikan sumbangan kepada para staf ABIM dan agensi-agensinya. Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk menghargai sumbangan semua petugas dalam suasana menyambut ketibaan hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelma. Selain itu, sesi Iltizam kali ini juga diadakan khusus untuk memberi peluang kepada semua yang hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Setiausaha Agung ABIM, Saudara Khairul Ariffin Mohd Munir yang akan berlepas ke United Kingdom bagi melanjutkan pelajaran. Di dalam ucapan, Saudara Khairul Ariffin telah menyampaikan harapan agar semua petugas dan aktivis ABIM untuk meneruskan kerja-kerja da’wah ABIM dengan penuh komitmen.

Majlis Berbuka Puasa ( Iftar) HELWA

Pada 20 September 2008, HELWA telah menganjurkan majlis berbuka puasa di FEDEC, Ampang. Penganjuran majlis berbuka puasa ini antara lain adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli ABIM dan penggerak Helwa. Kira-kira 30 orang ahli-ahli ABIM dan penggerak Helwa beserta keluarga masing-masing telah memeriahkan majlis ini. Majlis berbuka puasa ini telah terlebih dahulu dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Saudara Asri Abdul. Selanjutnya, selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat sunat Isyak dan tarawikh secara berjemaah. Majlis ini ditutup dengan ucapan oleh Puan Azini Othman, Penyelaras Fedec.

Iftar Jamaie ABIM

Pada 13 September 2008, bersamaan 13 Ramadhan 1429H, ABIM bersama-sama dengan agensi-agensinya iaitu WADAH, PKPIM, Kolej Darul Hikmah, GPM, IKRAK, KBMC dan lain-lain lagi telah menganjurkan majlis Iftar Jamaie di Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramal, Kajang Selangor. Majlis tersebut telah dihadiri  oleh hampir 500 orang ahli-ahli ABIM. Majlis telah dimulakan dengan sesi berbuka puasa dengan juadah ringan. Selepas menunaikan solat Maghrib, semua yang hadir telah dijemput sekali lagi untuk menjamu selera dengan hidangan makan malam. Selepas itu, mantan Presiden ABIM, Dato’ Dr.Siddiq Fadhil telah menyampaikan tazkirah ringkas. Selanjutnya, majlis diteruskan dengan acara solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

Iklaneka & Pengumuman

ABIM turut membantah Cadangan Penswastaan Sumber Air PDF Print E-mail
Kami, badan-badan NGO dan persatuan yang perihatin menggesa Kerajaan menghentikan penswastaan yang akan dilakukan terhadap pentadbiran pembekalan air di negara mi.

Penswastaan air yang melibatkan ‘kerjasama’ swasta-awam memerlukan sistem pembekalan air diatur mengikut peraturan pasaran bagi menjana keuntungan. Ternyata, air - sumber kehidupan, satu elemen yang kita miliki bersama - akan berubah menjadi satu komoditi yang menguntungkan. Perniagaan sektor air dianggarkan bernilai antara RM 52 dan RM 77 bilion.

Penswastaan air akan menyebabkan kenaikan tariff, berkecenderungan untuk memutuskan bekalan bagi menentukan bayaran bil, dan berlakunya pemindahan air dari komuniti miskin ke komuniti kaya dan dari kawasan luar Bandar ke Bandar . Kami khuatir sekiranya syarikat air tersebut akan memperkenalkan kad pra-bayar, dimana amalan pembayaran ini boleh memaksa kumpulan yang lemah untuk mencari sumber air yang tercemar.
Keluarga miskin akan terpaksa membuat pertimbangan atau pilihan antara air, makanan, pendidikan dan perubatan, hingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka. Kerana semuanya itu memerlukan kewangan yang tinggi. Secara keseluruhannya, orang miskinlah yang akan menerima kesan yang paling buruk dari penswastaan air ini.

Penswastaan air juga bermaksud bahawa keputusan yang diambil berkaitan dengan pembekalan air akan berdasar kepada memaksimakan keuntungan dan bukannya kepada kepentingan kesihatan umum, keadilan sosial dan ketahanan persekitaran alam. Oleh itu, pentadbiran pembekalan air di negara in mesti berada dalam tangan sektor awam, (iaitu kerajaan).

Kerajaan berkewajipan untuk melindungi, memaju dan merealisasikan hak asasi manusia terhadap air. Berdasarkan pada Komen Umum No. 15, Bangsa-bangsa Bersatu dengan jelas menyatakan bahawa akses kepada air adalah satu hak asasi manusia, hak yang diperlukan daripada keperluan yang lain. Akses kepada air adalah satu tanggungjawab yang ada unsur undang-undang yang harus dipikul oleh pihak kerajaan.

Dengan itu, pihak NGO mencadangkan bahawa kerajaan mesti menyusun pentadbiran pembekalan air melalui satu strategi alternatif, iaitu perkongsian awam-swasta. Ianya boleh disusun mengikut pengalaman dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang telah mencapai kejayaan. PBAPP ini adalah pembekal air yang amat efisyen dan menguntungkan pada kadar yang dapat diterima oleh awam.

‘Model’ PBAPP mi menentukan bahawa pentadbiran pembekalan air ini kekal dalam tangan sektor awam. Pada Januari 2005, kerajaan negeri Sarawak mengumumkan bahawa mereka akan mengikuti jejak langkah PBAPP, satu-satu inisiatif yang harus di ikuti oleh pembekal air dari negeri lain.

Kesimpulannya ialah kami yakin bahawa penswastaan air yang berlaku adalah berdasarkan keuntungan semata-mata bukanya kerana kepentingan masyarakat serta mengenepikan hak setiap rakyat mendapat sumber air. Ianya hanya akan memaksimakan kepentingan peniaga dan bukan rakyat. Oleh itu, kami menggesa pihak kerajaan menghentikan usaha penswastaan air.

Kenyataan bersama dengan NGO yang lain.

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung ABIM



Joint NGO Statement on Stop Water Privatization in Malaysia

We the undersigned Organisation want the government to stop the imminent privatization of the water supply management in the country.

We want the government to stop the imminent privatization of the water supply management in the country.

Water privatization involving private-public arrangements involves organizing the water supply system around the rules of the market to generate profits. Here, water - a source of life, a common good that belong to all - will be transformed into a profitable commodity. The water sector is estimated to be worth between RM 52 and RM 77 billion.

Water privatization will entail tariff hikes, an increasing tendency to resort to disconnections to ensure payment of bills, and the transfer of water from poor to rich communities and from rural to urban areas, We fear that water companies will introduce pre-paid cards, a payment practice that might force vulnerable groups to turn to contaminated water sources. Furthermore, poor families will be forced to make trade-offs between water, food, education and health care, jeopardizing their quality of life. Collectively, water privatization will hit the poor hardest.

Furthermore, water privatization will ensure that decisions relating to water provisioning will be based on profit maximization and not on public health, social equity and environmental sustainability.

The management of water supply in the country must remain in the hands of the public sector. The government needs to protect, promote and realize the fundamental human rights to water. The United Nations General Comment No 15 unambiguously states that access to water is a fundamental human right, a right that is a prerequisite to the realization of all other rights. In addition, access to water is a legally binding responsibility for which the state is held accountable.

We propose that the government organize the management of water supply on an alternative strategy, namely public-public partnerships. It can be organized around the experience of the highly successful Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). The PBAPP is a highly efficient, profitable water provider supplying affordable water to the public.

The PBAPP ‘model’ ensures that the management of water supply remains in the hands of the public sector. In January 2005, the Sarawak state government announced that it would emulate the Penang experience, an initiative that should be followed by other state water utilities.

In conclusion, we are convinced that water privatization is about making money and not ensuring that people and citizens have access to water. It promotes the interests of business and not the rakyat. Thus, we ask the federal government to abandon the water privatization exercise.
 
 
helwa my Madani tv minda madani
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  October 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online