|
||||
| Belasungkawa : Allahyarham Mohd Azmi Mat Amin |
|
Seluruh warga penggerak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Azmi Mat Amin, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2 hb Julai 2009 bersamaan dengan 9 Rejab 1430 Hijrah.
Ketika hayatnya, Allahyarham yang juga pernah berkhidmat sebagai staf sepenuh masa di Sekretariat ABIM Pusat (SAP) sekitar pertengahan 1980an. Sepanjang menyumbang bakti di SAP, Allahyarham telah memberi sumbangan yang tak ternilai dalam menjayakan gerak kerja ABIM menerusi pelbagai kapasiti yang berbeza. Bakti ini tetap diteruskan walaupun Allahyarham kemudiannya telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Segala amal baktinya tetap akan di kenang serta seluruh warga ABIM ingin mendoakan agar Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah. |

















