|
||||
| Gerhana Bulan: ABIM seru Umat Islam Menunaikan Solat Sunat Gerhana |
Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula jam 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada jam 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada jam 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari jam 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.Sehubungan fenomena itu, ABIM ingin menyeru umat Islam agar bersama-sama mengimarahkan masjid-masjid setempat yang menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu. Manfaatkanlah kesempatan cuti Tahun Baru 2010 ini dengan memperbanyakkan amal ibadat dan mendekatkan diri dengan masjid. Selamat Tahun Baru...
|




Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula jam 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada jam 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada jam 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari jam 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.












