PDF Print E-mail
Islam Bangkit Dari Celah Runtuhan Tembok Berlin
Catatan disediakan oleh Jufitri Joha
Saya telah mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menghadiri Persidangan Eropah Mengenai Nasib Rakyat Palestin kali ke-8. Ia merupakan acara tahunan terbesar di peringkat Eropah yang membicangkan isu Palestin. Saya juga dimaklumkan bahawa komuniti Palestin yang menetap di Jerman merupakan yang terbesar di luar Palestin. Angkanya hampir mencecah 100 000 orang yang mana mereka dulunya berpindah ke Jerman dari kem pelarian yang terletak di sekitar negara-negara Arab terutamanya Lubnan. Hampir satu perempat atau 25 000 orang daripada mereka menetap di Berlin, ibu kota yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler ini.

Persidangan julung-julung kali yang dianjurkan oleh Sekretariat Umum Persidangan Isu Palestin ini adalah untuk menuntut keadilan untuk rakyat Palestin dan membawa masyarakat Eropah agar mendapat maklumat sebenar berkenaan isu penindasan Zionis ke atas perjuangan rakyat Palestin. Justeru, selain membariskan tokoh-tokoh pejuang Palestin dan tokoh akademik, apa yang menarik ialah persidangan ini turut membariskan Evelyn Hecht-Galinski, aktivis keamanan yang anti Zionis dan Annette Groth iaitu Jurucakap Hak Asasi berhaluan kiri dalam Parlimen Jerman. Ini menggambarkan rakyat Palestin tidak berseorangan dalam perjuangan mereka bahkan mendapat simpati daripada tokoh-tokoh bukan Islam yang cintakan keamanan sejagat. Namun saya gagal mengambil intipati ucapan mereka berdua kerana mereka menggunakan bahasa Jerman manakala tokoh-tokoh lain menggunakan bahasa Arab. Bahasa Arab bolehlah faham sedikit hasil belajar di UIA dahulu.


Saya kagum dengan kehadiran yang luar biasa ke persidangan ini. Saya cuba mengira dan saya anggarkan lebih 10 000 orang yang hadir menggamatkan Stadium Tertutup Tempodrom tersebut. Sedang asyik mengira jumlah hadir, mata saya tiba-tiba tertumpu kepada seorang tokoh yang baru masuk ke dalam stadium dan kehadiran beliau mendapat sorakan semangat bergemuruh daripada hadirin yang hadir seolah-olah seperti seorang ‘bintang’.
Kebanyakan hadirin bangun memberikan tepukan, sorakan dan laungan bersemangat kepada Sheikh Raed Salah. Begitu juga ketika Sheikh Raed berucap, majoriti hadirin memberikan perhatian dan tumpuan umpama ucapan kemuncak yang amat dinanti-nantikan. Memang tidak dinafikan ucapan beliau penuh semangat dan keikhlasan namun saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang berjaya menaikkan bulu roma saya ini?

Bila saya balik semula ke United Kingdom, saya bertanya pada Ustaz Maszlee Malik yang agak jaguh dalam isu Palestin ini tentang siapakah Sheikh Raed ini. “Ooo Sheikh Raed ni merupakan Pengasas dan Ketua Gerakan Islam di Israel. Beliau ni pernah dipenjarakan kerana membongkar rahsia gerakan mengorek terowong bawah tanah Masjid al-Aqsa kononnya untuk mencari tapak Haikal Nabi Sulaiman”.
Kesan korekan ini mampu meruntuhkan struktur binaan Masjid al-Aqsa secara tidak langsung. Beliau ditawarkan untuk dibebaskan dengan syarat tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa, Pada awalnya beliau enggan menerima syarat tersebut. Namun setelah dipujuk rakan-rakan beliau dengan meyakinkan beliau bahawa lebih banyak usaha di luar sana yang beliau dapat lakukan jika beliau menerima tawaran tersebut dan dibebaskan. Akhirnya beliau menerima tawaran pembebasan bersyarat tersebut.

Hari kedua di Kota Berlin, saya dibawa oleh saudara Nazjimee menghadiri program ‘Satay Somay’ anjuran Masjid al-Falah dan Masyarakat Indonesia. Menurut Pak Dody Hardiman, AJK Masjid al-Falah, masyarakat Indonesia berjumlah hampir 2000 orang di sekitar Berlin. Ia merupakan program dwi-tahunan Masjid bagi mengumpul dana bagi membiayai perjalanan aktiviti Masjid dan dakwah. Banyak sajian Indonesia yang dijual dan ia mendapat sambutan yang baik berdasarkan kehadiran masyarakat Indonesia, Muslim Jerman dan masyarakat Jerman yang bukan beragama Islam.
Suasana amat meriah dan jualan mendapat keuntungan menggalakkan sehingga mencecah 4000 Euro! Saya sempat berbual bersama Kak Aminah al-Farabi dan Azizah Askandi yang mana kedua-duanya menerima hidayah Islam dan berkahwin dengan orang Indonesia serta menetap di Berlin. Saya rasa seronok apabila melihat kedua-dua rakyat Jerman ini menutup auratnya dengan baik. Saya membuat kesimpulan sendiri bahawa kedua-duanya amat komited beragama.

Islam merupakan agama ketiga terbesar di Jerman selepas Protestan dan Roman Katolik. Islam semakin berkembang pesat dan jumlah umat Islam mencecah 3 juta orang. Angka tersebut mewakili 3.2 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Jerman. 1.9 juta daripadanya berketurunan Turki. Umat Islam lebih banyak mendiami kawasan Barat Jerman. Kebanyakkan pasangan Jerman yang berkahwin tidak suka mempunyai anak dan jika ada anak pun hanyalah terhad kepada seorang sahaja. “Mereka lebih senang membela anjing daripada menjaga anak”, borak Nazjimee kepada saya. Sedangkan pada masa yang sama pasangan Muslim Jerman yang berkahwin mempunyai ramai anak. Ini menyumbang kepada peningkatan jumlah umat Islam di Jerman. Ramalan tentang Jerman bakal menjadi negara Umat Islam menjelang 2050 mungkin ada kebenarannya.

Mungkin peristiwa runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 akan berulang? Namun kali ini yang akan meruntukan tembok tersebut buat kali kedua ialah cahaya kerahmatan Islam yang bakal membawa kesejahteraan kepada keseluruhan penduduk Jerman khususnya dan penduduk Eropah amnya. Inilah suara hati yang saya bisikkan di sebalik sisa-sisa Tembok Berlin yang masih tinggal untuk tatapan generasi akan datang.
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.