Berita & Laporan Terkini

SUA Berangkat Ke United Kingdom

Pada 27 September 2008, SUA ABIM, Saudara Khairul Ariffin Mohd Munir telah berangkat ke Glasgow untuk melanjutkan pelajaran. Beliau akan berada di sana dalam tempoh 2 tahun bagi mengikuti pengajian sarjana ( masters in laws, LLM) dalam bidang undang-undang. Keberangkatan beliau telah diiringi oleh keluarga. Seluruh warga ABIM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat melanjutkan pelajaran di bumi perantauan. Mudah-mudahan beliau akan terus membantu menggerakkan dakwah Islam walau di mana beliau berada, dan akan kembali membantu memperkukuh perjuangan ABIM kelak.

Majlis Barbeque Untuk Meraikan Penghuni Rumah Titian Kasih

Pada 30 Ramadhan 1429, bersamaan 30 September 2009, ABIM dengan kerjasama FEDEC telah menganjurkan sebuah majlis ‘ Barbeque’ untuk meraikan para penghuni Rumah Titian Kasih. Majlis tersebut telah diadakan untuk menghiburkan dan meraikan para penghuni RTK menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.Acara telah dimulakan dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib secara berjemaah. Laungan Takbir Raya telah turut dilakukan secara beramai-ramai untuk menghidupkan suasana sambutan Aidil Fitri berteraskan prinsip Islam. Beberapa aktivis ABIM dan sukarelawan, seperti Saudara Rashdan Abu Hassan, Saudara Yusni Khusaini dan Faiezal Zainudin ( Jai) telah bertungkus lumus menyediakan hidangan BBQ pada malam tersebut.

Program Ihya Ramadhan

Sesungguhnya Ramadhan setiap tahun memberikan signifikan penting dalam diari setiap Muslim. Bertujuan memperbaiki diri kepada yang lebih baik dan menjadi insan yang bertaqwa dan berdiri teguh menyumbang kepada pembangunan umat. Pada 21 September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429H, ABIM dengan kerjasama Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat telah berjaya melaksanakan program pengahayatan ramadhan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Lembah Keramat. Program bermula pada jam 830 pagi dengan pendaftaran peserta dan pembahagian kumpulan dan juga sesi suai kenal sesama ahli kumpulan. semua fasilitator adalah terdiri dari sukarelawan ABIM. Slot pertama bertajuk Kesatria Melayu memerlukan peserta menjawab soalan berkaitan tugas hamba dan khalifah dan matlamat hidup,selepas menjawab semua soalan fasilitator telah menghuraikan dan mengaitkan dengan kehidupan peserta sekarang.

ABIM Bantu Keluarga Aktivis Yang Terkorban

TERAS JERNANG – 13 September 2008, ABIM Selangor telah menyerahkan sumbangan Tabung Prihatin yang telah dilancarkan selama sebulan dari 17 Julai – 17 Ogos yang lalu kepada balu al marhum Amin Nasir yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Puchong pada bulan Julai yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh YDP ABIM Selangor itu turut dihadiri Sdr Khairuddin Abbas ,PSU ABIM Selangor dan Sdr Azman SU ABIM Sepang. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil.Isterinya bertugas diUniten dibahagian pentadbiran dan mereka tinggal di Kampung Teras Jernang, Bangi. ABIM Bangi telah membantu isteri arwah menguruskan persekolahan anak dan urusan kebajikan yang diperlukan. Walaupun sumbangan yang diberi tidak seberapa, tetapi keprihatinan ini diharap dapat mengurangkan tekanan dan bebannya untuk seketika.Biarpun sumbangannya kepada gerakan dakwah tidak lama tetapi ia tetap pernah melakukan sesuatu untuk agamanya.  Hanya Allah yang dapat menghitung segala amal hamba-hambaNYa. HELWA Selangor diwakili oleh Azareka, Faizah dan Suhaila sedang menyampaikan sumabangan kepada isteri arwah dirumahnya

Smart Solat ABIM Mendapat Sambutan Hangat

JALAN KEBUN, 21 September ’08 – Seramai 160 orang remaja berusia 9 tahun hingga 16 tahun telah mengikuti Program ‘Smart Solat’ yang dianjurkan oleh ABIM Selangor dan PEPIAS di Masjid An Naim, Jalan Kebun ( Utara ) dan Masjid Al Falah, Jalan Kebun ( Selatan ). Seramai 20 orang pendakwah muda dari kalangan pimpinan dan ahli PEPIAS dari berbagai universiti telah turun padang membantu melancarkan program tersebut. Program kali ke tiga ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan menandakan kesedaran umat tentang perlunya pendidikan ibadah anak-anak diberi keutamaan semakin meningkat. Program ini telah telah mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak terutamanya pihak MAIS yang telah menyediakan dana dakwah, pihak masjid yang telah memberikan kebenaran dan jemputan kepada peserta, Blue T  Publication Sdn Bhd yang telah menyumbangkan majalah ANA MUSLIM untuk semua peserta dan semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut.

Pengagihan Barangan Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras

Rabu (24 September 2008) - Sebanyak 22 set beras dan barangan keperluan harian telah diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan bertempat di Dewan JKKK Kampung Selayang Baru. Majlis pemberian sumbangan dipengerusikan oleh Ketua Kampung Selayang Baru, Ustaz Azizan Ali dan dirasmikan oleh Penghulu Mukim Batu, Saudara Zamani Karulani. Majlis disusuli ucapan ringkas daripada Naib Presiden Kebangsaan ABIM, Saudara Fauwaz Hasbullah.Seterusnya pengagihan sumbangan dijalankan di perkarangan Dewan JKKK. Sumbangan diagihkan oleh Jawatankuasa JKKK Kampung Selayang Baru diketuai Ustaz Azizan Ali, Penghulu Zamani dan Saudara Fauwaz Hasbullah. Rata-rata penerima sumbangan terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan kurang upaya.

Iltizam Staf : Selamat Berangkat Buat SUA ABIM

Pada 22 September 2008, ABIM telah menganjurkan sesi Iltizam Staf khas bagi menyampaikan sumbangan kepada para staf ABIM dan agensi-agensinya. Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk menghargai sumbangan semua petugas dalam suasana menyambut ketibaan hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelma. Selain itu, sesi Iltizam kali ini juga diadakan khusus untuk memberi peluang kepada semua yang hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Setiausaha Agung ABIM, Saudara Khairul Ariffin Mohd Munir yang akan berlepas ke United Kingdom bagi melanjutkan pelajaran. Di dalam ucapan, Saudara Khairul Ariffin telah menyampaikan harapan agar semua petugas dan aktivis ABIM untuk meneruskan kerja-kerja da’wah ABIM dengan penuh komitmen.

Majlis Berbuka Puasa ( Iftar) HELWA

Pada 20 September 2008, HELWA telah menganjurkan majlis berbuka puasa di FEDEC, Ampang. Penganjuran majlis berbuka puasa ini antara lain adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli ABIM dan penggerak Helwa. Kira-kira 30 orang ahli-ahli ABIM dan penggerak Helwa beserta keluarga masing-masing telah memeriahkan majlis ini. Majlis berbuka puasa ini telah terlebih dahulu dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Saudara Asri Abdul. Selanjutnya, selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat sunat Isyak dan tarawikh secara berjemaah. Majlis ini ditutup dengan ucapan oleh Puan Azini Othman, Penyelaras Fedec.

Iftar Jamaie ABIM

Pada 13 September 2008, bersamaan 13 Ramadhan 1429H, ABIM bersama-sama dengan agensi-agensinya iaitu WADAH, PKPIM, Kolej Darul Hikmah, GPM, IKRAK, KBMC dan lain-lain lagi telah menganjurkan majlis Iftar Jamaie di Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramal, Kajang Selangor. Majlis tersebut telah dihadiri  oleh hampir 500 orang ahli-ahli ABIM. Majlis telah dimulakan dengan sesi berbuka puasa dengan juadah ringan. Selepas menunaikan solat Maghrib, semua yang hadir telah dijemput sekali lagi untuk menjamu selera dengan hidangan makan malam. Selepas itu, mantan Presiden ABIM, Dato’ Dr.Siddiq Fadhil telah menyampaikan tazkirah ringkas. Selanjutnya, majlis diteruskan dengan acara solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

Iklaneka & Pengumuman

Perkembangan Polisi Amerika Syarikat ke atas Malaysia PDF Print E-mail
Laporan agensi berita AFP pada 5 Jun 2007 telah menyentuh mengenai langkah yang telah diambil oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk merombak wakil duta besar mereka di Asia Tenggara. Rombakan ini akan melibatkan duta besar di Malaysia, Indonesia, Thailand, Timur Timor, Vietnam dan Loas berikutan tamat tempoh masa selama dua tahun duta yang sedia ada.

Sebagai sebuah negara yang miliki pengaruh, polisi dan sikap tertentu, tindakan kerajaan Amerika Syarikat begitu diperhalusi oleh negara-negara kecil samada sikap negara ini memberi kebaikan atau kesan sebaliknya kepada negara yang terlibat. Dalam laporan berita tersebut Amerika Syarikat sekali lagi menekankan rombakan ini akan memberi tumpuan kepada usaha mempekukuhkan agenda demokrasi dan hak asasi berasaskan tafsiran mereka kepada rantau asia tenggara.
Malaysia sebagai sebuah negara yang punyai ciri dan sejarahnya tersendiri sudah pasti berhadapan dengan polisi luar kerajaan Amerika Syarikat samada secara langsung atau tidak langsung. Peranan dan sikap dasar luar khususnya kepada Malaysia turut disentuh oleh James Keith, bakal duta besar Amerika Syarikat yang telah dinamakan oleh George W. Bush, Presiden Amerika Syarikat dalam sesi pengesahan untuk senator Amerika Syarikat. Kenyataannya ini telah dibaca untuk Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar.

Sebelum dipilih selaku duta Amerika Syarikat ke Malaysia, James R. Keith pernah bertugas di beberapa buah negara di sekitar Asia Timur serta Asia Tenggara seperti, Korea Selatan, China, Hong Kong, serta Indonesia. Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang jawatan selaku Pengarah Hal Ehwal Negara China di Jabatan Negara Amerika Syarikat di samping menjadi anggota Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat ketika era Presiden George Bush (1988-1992) dan Presiden Bill Clinton (1992-2000).

Berbekalkan pengalamannya bertugas di rantau sebelah sini, Keith yang juga mahir bertutur dalam Bahasa Indonesia, Mandarin serta Korea, Jabatan Amerika Syarikat (US State Department) telah mencalonkannya sebagai duta negara tersebut ke Malaysia mulai penghujung bulan ini. Ia sekaligus mengambarkan keinginan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan jaringan diplomatiknya dengan negara ini, sekaligus mencapai beberapa sasaran yang ingin dicapai melalui hubungan tersebut.

22 MEI 2007

Dalam ucapan yang dibuat di hadapan ahli Jawatankuasa Senat mengenai Hubungan Luar pada 22 Mei yang lalu, Keith telah menggariskan beberapa perkara penting yang ingin dicapai sepanjang tugasannya di negara ini. Yang paling utama ialah untuk mengukuhkan jaringan dua hala di antara kedua negara yang telah wujud semenjak tahun 1957, di samping mengadakan perbincangan terbuka dalam isu-isu yang membawa perbezaan pendapat di antara dua negara.

Di antara isu tersebut ialah tindakan Malaysia yang terus menjalankan hubungan diplomatik serta dagang dengan Iran, yang baginya bertentangan dengan hasrat A.S untuk memaksa Iran menghentikan program pembangunan nuklearnya. Untuk Keith, sokongan negara ini ke atas usaha ini adalah penting kerana Malaysia merupakan negara peneraju dalam beberapa pertubuhan antarabangsa seperti OIC, NAM, serta ASEAN.

Menerusi pertubuhan-pertubuhan tersebut, Malaysia telah menjadikannya sebagai platform untuk menyanggah setiap tindak-tanduk serta dasar luar Washington terutama sekali bila menyentuh isu pembangunan teknologi nuklear di Iran. Justeru, pembentukan serta perlaksanaan dasar luar yang selari dengan usul serta hasrat Presiden George W. Bush adalah amat penting sebagai salah satu cara untuk mengukuhkan tekanannya ke atas Iran.

Dalam ucapannya yang sama juga, Keith telah menggariskan beberapa langkah yang ingin diambil untuk memulihkan imej Amerika Syarikat di kalangan rakyat di negara ini. Antaranya ialah dengan meningkatkan program penerangan serta dialog di antara pihak kedutaan dengan pelbagai pihak di negara ini. Menilai daripada kenyataan ini, tidak hairan sekiranya Keith akan merujuk saranan yang dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal Demokrasi, Hak asasi manusia dan Tenaga Buruh di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan yang diterbitkan pada September 2006, ia memetik usaha yang dilakukan oleh warga kerja kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk mempromosikan kesedaran toleransi agama serta kebebasan hak asasi manusia di kalangan rakyat negara ini. Ia turut meliputi usaha pihak kedutaan untuk menjalinkan erat dengan kumpulan hak asasi manusia serta wakil setiap penganut agama yang ada di negara ini. Ia adalah ekoran pandangan yang dibuat terhadap kadar toleransi agama serta kebebasan bersuara di negara ini, yang pada pandangan mereka tidak berada dalam keadaan yang memuaskan.

Di samping itu juga, untuk merapatkan jurang di antara Amerika Syarikat serta rakyat negara ini, Keith menyatakan kepentingan untuk menggalakkan interaksi di antara rakyat kedua-dua negara tersebut. Proses ini turut meliputi para pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat, diharap dapat membentuk persepsi yang lebih positif di kalangan rakyat negara ini yang dinilainya banyak dipengaruhi oleh perbezaan pendapat yang sering berlaku di antara kedua-dua negara.

KESELAMATAN DAN EKONOMI

Dalam ucapannya, Keith menilai Malaysia sebagai calon utama untuk dijadikan sebagai rakan strategik utama Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara. Kenyataan ini mengejutkan memandangkan A.S telah membina hubungan akrab dengan Singapura dan Filipina. Bagi beliau, Malaysia mempunyai kemampuan untuk memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan kempen memerangi keganasan untuk rantau Asia Tenggara. Penilaian Keith ini berasaskan kepada beberapa faktor berikut.

Di antara faktor itu ialah, kedudukan Selat Melaka yang sebahagian besarnya berada di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia. Kepentingan selat itu sebagai jalur perdagangan perdagangan penting dunia membuatkan ia terdedah kepada ancaman pengganas antarabangsa. Selain berhadapan dengan risiko diserang serta dirampas oleh pengganas, A.S khuatir sekiranya kapal-kapal yang melalui selat itu digunakan untuk menyeludup senjata pemusnah.

Sebagai langkah untuk berhadapan dengan keadaan ini, Amerika Syarikat menerusi program Proliferation Security Initiative (PSI), perlu mencari rakan “sekerja” di kalangan negara yang mengawal Selat Melaka. Melalui PSI, tentera Amerika Syarikat bebas untuk menahan serta memeriksa kapal-kapal laut serta pesawat udara yang disyaki membawa senjata pemusnah yang berada dalam lingkungan sempadan udara dan laut negara yang menyertai program tersebut. Berikutan kegagalan A.S memujuk Indonesia yang turut berkongsi pengawasan ke atas selat itu, untuk menyertai program tersebut tahun lalu, membuatkan tumpuan A.S kini terarah kepada Malaysia, walaupun ia telah menolak untuk menyertai program tersebut.

Ini turut disokong dengan faktor betapa Malaysia telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi di dalam menjayakan kempen memerangi keganasan, yang meliputi tindakan menahan serta mendakwa beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan Jemaah Islamiyyah (JI) serta membasmi pergerakan kumpulan Abu Sayyaf. Ia turut diperkuatkan dengan faktor bahawa Malaysia merupakan Pusat Serantau untuk Latihan Memerangi Keganasan di Asia Tenggara (SEARCCT), yang mana ia digerakkan oleh Amerika Syarikat.

Selain menyentuh isu keselamatan, Keith juga telah menyatakan komitmennya untuk membantu mengembangkan kepentingan perdagangan Amerika Syarikat terutama sekali dalam sektor pertanian, alam sekitar, harta intelek serta tenaga kerja mahir. Ia memandangkan Malaysia merupakan antara rakan niaga utama A.S dengan nilai perdagangan dua hala yang mencecah 50 billion dollar.

Dengan jumlah pelaburan bernilai 10 billion dollar, Amerika Syarikat menduduki tangga teratas dalam jumlah keseluruhan pelaburan asing di negara ini. Justeru ia bukanlah suatu perkara yang janggal sekiranya James R. Keith akan cuba memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menjayakan hasrat A.S untuk menandatangi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang masih di dalam proses perundingan.

Menilai dari kenyataan yang dilakukannya, James R. Keith mempunyai peranan yang sangat besar yang perlu dimainkan selaku duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Sejauh mana berkesannya peranan yang akan dimainkannya kelak, akan hanya dinilai dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Dalam erti kata lain, beliau akan berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mengotakan janji yang telah dibuatnya.

Oleh itu polisi dan sikap kuasa besar ini perlu diperhalusi dan difahami oleh generasi muda khususnya dalam memahami isu hubungan antarabangsa dan bentuk pengaruh langsung dan tidak langsung kepada Malaysia. Dasar luar Amerika Syarikat khususnya terhadap Malaysia tidak boleh dipandang ringan dan ianya bergantung kepada bagaimana kita selaku rakyat Malaysia memahami perkara ini dan memberi respon langsung kepada kerajaan dan pihak luar sebagai "stakeholders" iaitu yang juga miliki tanggungjawab dalam memastikan survival dan masa depan Malaysia.


Disediakan oleh
Sdr. Mohd Firdaus Hamsin
JK Biro Penerangan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
 
 
helwa my Madani tv minda madani
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  October 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online