Muktamar Online
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Muktamar ke 4
Pada 26 Jun 2008, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Muktamar ABIM ke 37 telah dijalankan di lokasi penganjuran muktamar pada tahun ini, iaitu Pusat Dakwah Islamiah di Paroi, Negeri Sembilan. Pada kali ini, ahli-ahli jawatankuasa penganjur daripada Sekretariat ABIM Pusat telah turun padang bagi meninjau dan mendapatkan gambaran secara lebih tepat berkenaan lokasi penganjuran muktamar ini. Penganjur bersama, ABIM Negeri Sembilan turut bersama-sama hadir bagi melancarkan mesyuarat ini dan menyelaraskan perancangan sambutan muktamar pada tahun ini. Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan , Ust. Shamsul Azhar Yahya telah mengetuai wakil-wakil daripada ABIM Negeri Sembilan di dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Induk Muktamar Sanawi Ke-37 Abim

Mesyuarat ini telah berlansung dengan lancar, walaupun masih banyak perkara-perkara penting masih perlu diputuskan. Jelas sekali perancangan teliti sedang dilakukan agar sambutan Muktamar Sanawi ke 37 pada tahun ini benar-benar berjaya, meriah dan mendatangkan kesan kepada ahli-ahli ABIM.















