Ucapan Alu - aluan

Muktamar Sanawi ABIM kali ke 37
Oleh : Pimpinan ABIM Pusat
 
muktamar
 
 

Brosur Seminar Islam Dan Cabaran Semasa

seminar

Program Menarik

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

PROGRAM SEPANJANG MUKTAMAR SANAWI KE 37 ABIM :-

1.Forum Perdana : Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa
Tarikh     :15 Ogos 2008 bersamaan 13 Syaaban 1429H (Jumaat)
Masa     : 7:00-10:30 malam
Tempat   :Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban Negeri Sembilan
Sasaran  :Terbuka kepada individu yang berminat

Sinopsis:

ABIM dalam usaha mendidik masyarakat tidak pernah ketinggalan untuk memberi pandangan dan sikap yang jelas mengenai sesuatu perkara agar umat Islam tidak ketinggalan dalam menghadapi isu-isu semasa. Pelbagai pendekatan dilakukan untuk menyampaikan seruan dakwah serta mendidik umat dan salah satu pendekatan tersebut adalah melalui ceramah atau forum yang bersifat umum. Ada kalanya kaedah seperti ini amat penting dan berguna untuk memastikan umat diberi pengetahuan yang setepatnya mengenai sesuatu isu.
Langkah mengadakan forum ini adalah wajar disambut dengan baik dari pelbagai lapisan masyarakat. Tambahan pula forum ini diadakan sempena Muktamar Sanawi ke-37 ABIM. Forum ini diharap akan dapat menjana ilmu kepada masyarakat setempat mengenai isu-isu semasa dan juga mengukuhkan persaudaraan sesama Islam.
Forum ini juga dapat mengeratkan masyarakat setempat dengan majlis ilmu dan juga menjadikan masjid sebagai pusat untuk menambahkan keupayaan umat Islam. Peranan masjid haruslah ditingkatkan agar ia tidak dilihat hanya sebagai pusat ibadah semata-mata tetapi juga tempat pertemuan dan perbincangan untuk masa depan umat Islam.


2.Seminar Islam & Cabaran Semasa- Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa
  (Sila Muat Turun Borang Penyertaan)
Tarikh    : 16 Ogos 2008 bersamaan 14 Syaaban 1429H  (Sabtu)
Masa      : 7:45 pagi – 5:30 petang
Tempat : Dewan Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan
Sasaran  :Terbuka kepada semua individu yang berminat
 
Sinopsis Seminar :

Sejurus berakhirnya pilihanraya umum ke 12, pelbagai isu berkait dengan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam telah hangat  didebatkan oleh pelbagai kelompok masyarakat di negara ini. Antara yang menjadi perbahasan ialah isu berkaitan takrif Melayu dan kepentingannya serta persoalan berkaitan hak ketuanan Melayu telah diketengahkan sebagai mauduk utama debat awam dan diskusi ilmiah. Walaupun keprihatinan utama perdebatan ini bermula di ruang siyasah,  namun ia juga menyangkut ke bidang-bidang lain seperti bahasa, budaya, ekonomi serta kelangsungan (survival) umat Melayu itu sendiri.

Menyedari kepentingan untuk memberi arah tuju yang jelas terutama mengenai hubungkait Islam dengan jaditidiri bangsa Melayu, serta kedudukannya dalam masyarakat dan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu seminar yang bakal mengamati isu tersebut secara lebih mendalam.

Seminar ini secara khusus akan menekankan peranan agama Islam yang telah sekian lama memberi makna dan jati diri yang ampuh kepada umat Islam di Alam Melayu. Bermula dari kekuatan akidah Islam yang telah merubah pandangan alam masyarakat Melayu terhadap hakikat-hakikat yang lebih tinggi seperti faham ketuhanan, kenabian, kebenaran, agama dan nilai-nilai akhlakiyah, kemudiannya kepada kekuatan bahasa Melayu yang telah menjadi salah satu lingua franca terpenting di rantau ini, sehinggalah kepada undang-undang Islam yang telah mewarnai kehidupan siyasah dan sosial masyarakat Islam di rantau ini, kesemua ini ternyata telah mengangkat kehidupan umat Islam di alam Melayu ke tahap yang tinggi.

Dengan tema ”Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa”, ABIM berharap agar seminar ini dapat memberikan gagasan-gagasan penting terhadap pengukuhan semula Islam sebagai teras kepada masyarakat dan negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Di samping itu, seminar ini juga bakal menyuburkan lagi peranan Islam sebagai agama Rahmatan li al-’Alamin dalam melahirkan tamadun umat terbaik (khayr ummah) di Alam Melayu.

Diantara tokoh-tokoh yang akan membentangkan kertas kerja adalah Y. Bhg. Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Y. Bhg. Datuk Dr. Hassan bin Ahmad, Y. Bhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Y. Bhg. Prof. Dr. Awang Sariyan, Y. Bhg. Prof. Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, YB Sdr. Saifuddin Nasution Ismail dan YB Dr. Mohd Puad Zarkashi.  
 
Topik-topik yang akan dibincangkan adalah :-
i.Islam, Negara dan Masyarakat Di  Alam Melayu Moden: Cabaran Kepelbagaian Budaya dan Demokrasi.
ii.Islam Sebagai Teras Ilmu Dan Bahasa Melayu.
iii.Mencorak Peta Politik Ummah Melayu Islam Pasca Pilihanraya Umum Ke-12


3.Ceramah Kesihatan : ” Kakiku, Dimanakanku Cari Ganti”
Tarikh    : 16 Ogos 2008 bersamaan 14 Syaaban 1429H (Sabtu)
Masa     : 5:30-6:30 petang
Tempat: Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan
Sasaran: Terbuka kepada semua individu yang berminat
Penceramah : Dr. Saifullah al-Hany Abd. Halim, Hospital Kuala Lumpur(HKL)

4.Malam Aspirasi Pejuang
Tarikh    : 16 Ogos 2008 bersamaan 14 Syaaban 1429H (Sabtu)
Masa     : 8:30 – 11:00 malam
Tempat: Dewan Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan
Sasaran: Ahli ABIM dan Jemputan

Sinopsis:

Sebagai sebuah gerakan dan organisasi yang telah berada dipesada dakwah lebih dari 30 tahun, ABIM telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran yang telah menjadikannya sebuah gerakan yang matang dan disegani. Kejayaan yang membolehkan ABIM untuk sampai ke tahap ini hasil dari usaha para ahli dan pimpinan ABIM yang lalu, justeru, Malam Aspirasi Pejuang yang diadakan besempena Muktamar kali ini akan memberi penganugerahan Ahli Seumur Hidup (ASUH) kepada ahli dan pimpinan lalu yang telah banyak memberi sumbangan kepada ABIM yang wajar dijadikan contoh generasi kini. Malam Aspirasi Pejuang ini juga akan diserikan dengan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan, Nasyid, Pidato, Deklamasi Puisi  dan lain-lain


5.Pameran dan Gerai Jualan (Sila muat turun borang)
Tarikh    : 15-17 Ogos 2008 (Jumaat-Ahad)
Masa     : 7:45 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Tempat  : Perkarangan Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan
Sasaran : Terbuka kepada Umum

6.UTLAH Ilmiyyah IKRAK 2008 (Ikatan Kreatif Anak-Anak ABIM PKPIM)
Akan diadakan sepanjang Muktamar berlangsung. Di antara Program-program yang akan diadakan adalah :-
a)Lawatan ke tempat bersejarah di Negeri Sembilan
b)LDK
c)Tayangan Video

* Sila muat turun borang

7.Kaunter Keahlian ABIM & PKA 25
Bersempena dengan Muktamar Sanawi Ke-37 ABIM kaunter keahlian ABIM akan dibuka bagi tujuan ahli-ahli mengemaskini maklumat keahlian dan pembayaran yuran tahunan.

Kaunter khas PKA-25 juga akan dibuka bagi memberi peluang kepada ahli-ahli mengemaskini sumbangan bulanan untuk Dana Tabung Kebajikan & Pendidikan ABIM.

8.Persidangan Selari (16 Ogos 2008,5:30-6:30 petang, Sabtu). Tertakluk kepada perubahan*

a)Persidangan MASURI - MASUDA
b)Persidangan MAJWA
c)Persidangan Kaderisasi Kebangsaan