News Show II

Program Tambahan

PROGRAM SEPANJANG MUKTAMAR SANAWI KE 38 ABIM :-  1. Forum Perdana (Pembinaan Generasi Baru Umat Islam : Mengambil Iktibar Dari Generasi Salahuddin Al Ayubi)Tarikh :31 Julai 2009 bersamaan 9 Syaaban 1430H...

Readmore

Makluman Umum

1.Makluman Yuran Penyertaana)Ahli ABIM:Seminar & Muktamar- RM 100.00Seminar sahaja- RM 60.00Muktamar sahaja- RM 50.00Program IKRAK- RM 60.00Nurseri- RM 20.00 seorang x sehari b)Bukan Ahli ABIM: Seminar:d)Individu- RM 100.00e)Organisasi(Lebih 3 Orang)-...

Readmore

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Muktamar ke 4

Pada 26 Jun 2008, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Muktamar ABIM ke 37 telah dijalankan di lokasi penganjuran muktamar pada tahun ini, iaitu Pusat Dakwah Islamiah di Paroi, Negeri Sembilan. Pada...

Readmore

More in:

100%
-
+
3
Show options
Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah PDF Print E-mail

Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah : Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.

Fenomena globalisasi kontemporari menawarkan peluang terbaik untuk generasi muda Islam dan gerakan dakwah untuk membuktikan kerelevanan Risalah Islam dalam menangani persoalan semasa. Globalisasi telah membangkitkan pelbagai kemelut sosio-politik umat manusia sejagat. Kemelut sosio-politik dan ekonomi global di samping kemelut semasa yang melanda sosio-politik ummah, telah berterusan menghambat kemajuan dan peningkatan pemikiran dan persaingan masyarakat negara ini ke tahap yang lebih tinggi di persada antarabangsa.

 

Konflik politik kepartian di kalangan umat Islam, jurang perbedaan keupayaan ekonomi yang semakin melebar antara golongan miskin dan kaya, permasalahan sosial umat yang semakin hari nampaknya semakin pesat; kesemuanya memerlukan satu penelitian yang rapi di samping kesungguhan yang padu demi menggarap persoalan-persoalan ini samada di peringkat lokal serta global. Generasi Islam dan gerakan dakwah abad ke-21 kini sebenarnya berdepan dengan realiti sosio-politik yang sangat rumit akibat dari globalisasi yang dipacu oleh liberalisasi modal dan komunikasi massa. 

 

Justeru, kefahaman yang jitu terhadap tasawwur atau worldview globalisasi mestilah dimiliki oleh generasi muda dan gerakan dakwah semasa untuk disaring,  dicerna dan diolah semula supaya menepati rujukan tasawwur Islam. Ini sekaligus memerlukan generasi dan gerakan dakwah abad ke-21 berupaya menggali, menghargai, memahami, menghayati serta memperjuangkan khazanah dan warisan tradisi ilmiah-ruhaniah Islam sebagai bekalan penting menghadapi ombak dan badai globalisasi.Menginsafi realiti sosio-politik ummah yang semakin hari semakin parah ini maka bersempena dengan Muktamar Sanawi Ke-38, ABIM akan menganjurkan SEMINAR TAJDID GENERASI DAN GERAKAN DAKWAH bertemakan “Menangani Kemelut Sosio - Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah”.

 

Objektif

1. Mengenalpasti dan memahami peranan generasi dan gerakan dakwah Abad ke-21 dengan memahami perubahan sosio-politik  kontemporari.
 
2. Mengenalpasti dan memahami khazanah dan warisan tradisi ilmiah - ruhaniah Islam yang terbukti berjaya membina kehidupan individu, tatacara bermasyarakat dan sistem peradaban Islam yang dihormati oleh tamadun - tamadun besar dunia.
 
3. Mengenalpasti dan memahami strategi - strategi berkesan untuk dimanfaatkan dari khazanah dan tradisi ilmiah  - ruhaniah Islam bagi menghuraikan sebahagian dari kemelut sosio-politik ummah dan juga cabaran-cabaran globalisasi.
 
 
Sesi 1 : Cabaran Globalisasi dan Sekularisme: PanduanTradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah
1. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Timb. Ketua Pengarah Eksekutif International Institute Of Advance Islamic Studies (IAIS)
2. Dr. Khalif Muammar, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA - UKM)
3. Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sesi 2 : Membina Asas Keruhanian Umat dalam Mendepani Cabaran Dunia Moden
1. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam, Ahli Majlis Syura ABIM Kedah
2. Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Uthman El Muhammady, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC - UIAM)

Sesi 3 : Islam dan Pembinaan Negara Bangsa : Di Manakah Kita?
1. YB Datuk Ir Hj Idris Hj Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka
2. YB Salahuddin Hj. Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian
3. Dr. Mohd. Nor Nawawi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah,Universiti Industri Selangor (UNISEL)
 
* Tertakluk pada sebarang perubahan.
 

Makluman

Pembayaran sebagai peserta Seminar boleh dibuat melalui Wang Pos / Cek / Tunai atau mendepositkan bayaran ke dalam akaun Angkatan Belia Islam Malaysia :

BIMB : 14023010011177

MAYBANK : 564221610116


(Sila faks slip pembayaran ke 03-4251 9311 U.P Sekretariat Seminar atau bawa bersama slip bukti semasa hari pendaftaran).

Alamat Perhubungan

Sekretariat Muktamar ABIM & Seminar Tajdid
No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur

Pendaftaran Seminar Online