FAQ ABIM PDF Print E-mail
 
Apa itu ABIM?

ABIM akronim kepada Angkatan Belia Islam Malaysia. ABIM adalah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

 
Apakah Objektif ABIM?

• Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyah berdasarkan Al Quran dan As Sunnah.

• Menjalankan da’wah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat.

• Mengembeling tenaga belia Islam seluruhnya untuk bersama-sama bekerjasama memberi sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan didalam semua lapangan termsuk sosial , ekonomi, pelajarana, kebudayaan, falsafah dan teknologi.

• Bekerjasama dan mempererat hubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan ABIM tanpa mengira kaum bagi mengujudkan rasa persahabatan dan harmoni diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

 
Ke arah mana ABIM berdakwah?

Dasar “a’mal ma’ruf nahi mungkar” serta “non-partisan” memudahkan ABIM mengambil pendekatan “berhikmah” dalam menjalankan aktiviti dakwahnya. Demi prinsip “keadilan dan kebenaran” , ABIM berusaha untuk menjadi jurubicara umat dalam mengutarakan aspirasi Islam dalam segala aspek kehidupan masyarakat seluruhnya seperti undang-undang, pemerintahan, sosial, ekonomi, teknolgi, pendidikan dan kebajikan. Disamping menyampaikan risalah kepada masyarakat, ABIM turut menyediakan alternatif dalam membina institusi seperti pendidikan (sekolah dan kolej), kebajikan (hospital), kooperasi (ekonomi) dan lain-lain lagi.

 
Adakah ABIM Agensi kerajaan?

ABIM bukan agensi kerajaan. ABIM adalah sebuah NGO yang berteraskan Islam. ABIM adalah sebuah gerakan Islam yang komprehensif yang mempunyai hubungan dengan gerakan Islam luar dan dalam negara.

 
Apakah visi dan misi ABIM?

Visi
Membina dan Memimpin Tamaddun Khayra Ummah abad ke 21.

Misi
Menjadi Gerakan Islam yang Komprehensif untuk Merealisasikan cita-cita Islamiyah.


Apakah bentuk perkhidmatan ABIM berikan?

• ABIM menyediakan banyak perkhidmatan seperti dalam pendidikan seperti TASKI (pra-sekolah), Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah Menengah Islam (SEMI) Tahfiz, dan Kolej Dar al Hikmah. Senarai alamat perhubungan seperti dalam laman web.

• Program keilmuan bagi membolehkan ahli menimba ilmu seperti Kuliah Tafsir Mauduiyy bimbingan Dato’ Dr.Siddiq Fadhil, Kuliah Ibnu Khaldun bimbingan Ust.Uthman Muhammady, Kuliah Halaqah Matla’ AL-Badryn bimbingan Datin Dr.Siti Zulaikha dan lain-lain lagi.

• Program membina pemikiran, ilmu dan shahsyiah seperti usrah (pertemuan mingguan untuk mengkaji isi kandungan AL-Quran, Hadis serta isu semasa) dan Tamrin (Latihan).

• Menyediakan talian hot-line kepada masyarakat untuk membantu permasalahan masyarakat.

• Perkhidmatan untuk “conversion” dan program asas Islam kepada saudara baru serta kursus dan bimbingan perkahwinan (Bahasa Inggeris).

• Bantuan kemanusian dalam dan luar negara.

 
Kalau saya menjadi ahli ABIM, apa saya boleh bantu?

• Saudara boleh mendaftar sebagai sukarelawan ABIM dalam membantu program-program yasng bersesuaian dengan kemampuan dan professionalism saudara.

• Saudara juga boleh mengikuti seminar serta berbagai program yang dianjurkan oleh ABIM diseluruh negara termasuk usrah dan tamrin. (sila rujuk kepada daerah dan negeri masing-masing).

• Saudara boleh memberi pandangan (e-mail, fax atau surat) serta maklumat berkaitan dengan perkembangan semasa yang dirasakan ianya penting untuk kepentingan ummah keseluruhannya.

Memberi bantuan kewangan bagi membolehkan petugas-petugas dakwah menjalankan program dengan lebih banyak lagi.

 
Apakah aktiviti ABIM ?

Aktiviti ABIM kepada masyarakat adalah seperti;

• Program kelimuan dan advokasi - ABIM menganjurkan seminar, bengkel bagi meningkatkan kefahaman serta membentuk pandangan mengikut perspektif Islam dalam sesuatu isu. (Sila layari laman web untuk ikuti jadual program ABIM.)

• Program perkhidmatan kepada masyarakat yang dikenali sebagai SEPSO– seperti program Pembinaan Komuniti, program bersama PDK, program mengimarahkan masjid, kerja-kerja kesukarelaan bersama masyarakat. Sila hubungi Sdr. Fauwaz 03-6188-0300.

• Helwa – Bahagian Hal Ehwal Wanita menyediakan program latihan serta pendidikan wanita agar lebih berterampilan dalam masyarakat.sila hubungi Naib Presiden (Helwa), Pn Nordiran Idris 03-61880300

• Program Latihan kepimpinan Muda, Latihan Pendakwah dan Latihan Kesukarelawan. Sila hubungi sdr. Khairul Ariffin – 8925-3211.

• Program Outreach – program membantu saudara baru dan program dakwah kepada Orang Asli, program Orang Buta dan Pekak serta lawatan kebajikan ke hospital. Sila hubungi Sdr.Aishah/Haider di – 03-4256-9822.

• Program Misi Keamanan Sejagat – program bantuan kemanusiaan yang melibatkan program bantuan kepada saudara kita di Palestin, Indonesia, Filipina, Iraq, Afghanistan, Uzbeskistan, Bosnia, Laos dll. Sila hubungi sdr.Sirajuddin – 03-61888409

 
Dimanakah cawangan dan agensi ABIM?

Sila lihat dalam halaman alamat perhubungan ABIM dan agensi (Profil ABIM).

 
Siapa boleh jadi ahli ABIM dan bagaimana ingin menjadi ahli ABIM?

Keanggotaan ABIM terbuka kepada semua belia Islam dan mestilah warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum dan umur dan permohonan menjadi anggota akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi ABIM. Yuran tahunan hanya RM5.00 setahun.(laman web – borang).

 
 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  August 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
      1  2  3
  4  5  6  7  8  910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online