Sekretariat ABIM PDF Print E-mail
ABIM telah menubuhkan beberapa sekretariat untuk melicinkan pelaksanaan program-program dakwah.

Sekretariat ABIM Pusat

 
Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Kompleks Anjung Rahmat mula beroperasi pada Jun 2002 merupakan nadi kepada segala pergerakan dan aktiviti ABIM di seluruh negara. Pejabat Presiden dan Pejabat Setiausaha Agung yang diupayakan 20 orang staf sepenuh berperanan untuk berbagai perkhidmatan kepada ahlinya seperti;

  • Perkhidmatan pendaftaran dan semakan keahlian,
  • Pengurusan kewangan,
  • Pembangunan Regenerasi ABIM,
  • Unit Pembangunan Sosial, Unit Muslim Minoriti,
  • Aktiviti pentadbiran seperti merancang, melaksana dan menyelaras segala urusan gerakan di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dan,
  • Menyediakan program latihan kemahiran dan kepimpinan dari masa kesemasa kepada ahli yang bersesuaian.

 ABIM telah menyediakan website abim yang membolehkan ahli serta masyarakat dapat mengetahui pendirian dan pandangan ABIM dalam isu semasa dalam dan luar negara. Disamping itu ahli juga boleh mengikuti perkembangan abim serta aktiviti-aktivitinya sepanjang tahun. Sila lihat www.abim.org.my Pejabat ABIM Pusat terletak di Kompleks Anjung Rahmat, Gombak, Kuala Lumpur.

 Kompleks Anjung Rahmat yang diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI) terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ia menawarkan pelbagai kemudahan penganjuran program untuk tempahan ahli dan orang ramai termasuklah Dewan Besar yang mampu memuatkan seramai 1000 orang, 3 bilik seminar yang mampu memuatkan 150-200 orang setiap satu, penginapan asrama selain kemudahan surau yang luas amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti berikut:-

 

  • Mesyuarat agung, seminar, persidangan, bengkel, wacana.
  • Hi-tea, majlis makan malam , majlis walimatul urus perkahwinan
  • Program motivasi, kuliah, kelas pengajian, majlis graduasi.

 

Untuk tempahan bilik seminar, dewan dan tempat penginapan , sila hubungi: KBI Tel: 03-61886131 Fax: 03-61888492

Sekretariat Dakwah dan Tarbiyyah

Sekretariat ini diletakkan di bawah penyeliaan Timbalan Presiden dengan bantuan staf sepenuh masa yang terlatih untuk melaksanakan program tarbiyyah ahli-ahli serta latihan kemahiran yang bersesuaian.

Sekretariat Pembangunan Belia

Sekretariat Pembangunan Belia diletakkan di bawah penyeliaan Naib Presiden (Kebangsaan) untuk memastikan kesinambungan dan pertambahan ahli-ahli ABIM yang cukup.

Sekretariat Antarabangsa

Menerusi Misi Keamanan Sejagat (MKS) (atau Global Peace Mission (GPM)), Sekretariat Antarabangsa ini membantu ABIM memainkan peranan menangani konflik dan menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan tumpuan kepada rantau Asia Tenggara di samping meneruskan aktiviti bantuan ke negara-negara seperti Bosnia-Herzegovina, Uzbekistan, Iraq, Afghanistan dan Chechnya. Misi Keamanan Sejagat (MKS) boleh dihubungi di talian 03-61888470.


Sekretariat HELWA

Sekretariat ini diletakkan di bawah pimpinan Naib Presiden (Wanita). HELWA (Hal Ehwal Wanita) ABIM berperanan mengatur aktiviti kewanitaan dan penyertaan aktif ahli-ahli wanita dalam program ABIM termasuk memperjuangkan isu-isu kewanitaan yang memerlukan pembelaan di pelbagai peringkat.

Sekretariat Dana dan Kewangan

Sekretariat yang diketuai oleh Setiausaha Kewangan ini ditubuhkan bagi menyelaras dan memusatkan semua urusan kewangan dan penyaluran dana bagi pelaksanaan program-program dakwah ABIM.

Sekretariat Pembangunan Sosial

Program Pembangunan Sosial ABIM mula digerakkan secara khusus pada tahun 1989 menerusi pelaksanaan Program Penyertaan dan Pembangunan Komuniti (PPPK-ABIM). Program pembangunan sosial ini kini diselenggarakan oleh Sekretariat Pembangunan Sosial di bawah penyeliaan Naib Presiden (Wanita) dengan menumpukan isu-isu dan masalah sosial yang semakin gawat khususnya di kalangan masyarakat bandar.

Sekretariat Wadah

Wadah Dar al-Hikmah (WADAH) telah ditubuhkan untuk melanjutkan usaha-usaha dakwah komprehensif secara bijaksana khususnya kepada generasi awal perintis dan aktivis ABIM. WADAH bertujuan membina idea-idea dakwah yang progresif sesuai dengan perubahan masa dan suasana, menggembleng tenaga dakwah bagi melaksanakan program-program dakwah, menyediakan tempat bagi melatih tenaga-tenaga dakwah yang kompeten bagi melaksanakan tugas-tugas dakwah dan menjadi wahana bagi melaksanakan program-program dakwah dan kesedaran sosial.

 
 

Alamat Perhubungan

 
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-6188 0300
Fax: 03-6189 6700

Email
sap@abim.org.my
atau
abimhq@gmail.com

Peta Lokasi

* Perhubungan Negeri

Kalendar ABIM

<<  July 2008  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   1  2  3  4  5  6
  7  8  910111213
141517181920
212223242527
28293031   

Program Terkini

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
who's online