Sekretariat ABIM

Sekretariat ABIM Pusat (SAP) merupakan nadi kepada pergerakan dan aktiviti ABIM di seluruh negara . Ia digerakkan oleh 18 orang staf sepenuh masa. Kini ia beroperasi di No 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.

Secara ringkas, SAP terdiri daripada menerusi enam bahagian yang mewakili teras-teras utama perkhidmatan ABIM:

Bahagian Urusan Gerakan dan Pemerkasaan Organisasi

Sekretariat ini ditadbir oleh Setiausaha Agung, berperanan menyelaras setiap program serta aktiviti yang digerakkan oleh SAP. Di samping itu, SAP merupakan pusat pertukaran serta penyaluran informasi kepada ahli-ahli selain menawarkan perkhidmatan komuniti kepada masyarakat. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi: 019-2881300 atau 019-3836700

Bahagian Pembangunan Belia

Sekretariat ini diletakkan di bawah penyeliaan Timbalan Presiden dengan bantuan staf sepenuh masa yang terlatih untuk melaksanakan program tarbiyyah kepada ahli-ahli serta latihan kemahiran yang bersesuaian di samping menggerakkan kempen penerangan bagi menambah keahlian ABIM. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi: 019-33397000

Bahagian Intergrasi Belia dan Pembangunan Sosial

Bahagian ini diletakkan di bawah seliaan Naib Presiden (Kebangsaan) untuk membina jaringan dengan NGO-NGO belia serta setiap institusi berkaitan di peringkat kebangsaan di samping menggerakkan program-program membabitkan golongan belia.

Bahagian Antarabangsa dan Alam Sekitar

Bahagian ini pula memainkan peranan strategik memberikan respon terhadap suasana konflik antarabangsa dengan tumpuan kepada rantau Asia Tenggara. Selain itu, ia menyalurkan bantuan kemanusiaan di samping meneruskan aktiviti bantuan ke negara-negara seperti Bosnia-Herzegovina, Uzbekistan, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Acheh dan Padang. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi: 019-6225100

Bahagian Hal Ehwal Wanita Islam (HELWA)

Bahagian ini diletakkan di bawah pimpinan Naib Presiden (Wanita). HELWA (Hal Ehwal Wanita) ABIM berperanan mengatur aktiviti kewanitaan, kekluargaan, kebajikan dan menjana penyertaan aktif ahli-ahli wanita dalam program ABIM termasuk memperjuangkan isu-isu kewanitaan yang memerlukan pembelaan di pelbagai peringkat. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi: 019-2936300

Bahagian Kewangan

Bahagian yang diketuai oleh Setiausaha Kewangan ini ditubuhkan bagi menyelaras dan memusatkan semua urusan kewangan dan penyaluran dana bagi pelaksanaan program-program dakwah ABIM. Untuk sebarang maklumat sila hubungi 019-2641300


Laman web rasmi ABIM  (www.abim.org.my) merupakan ruang yang disediakan untuk setiap ahli serta setiap anggota masyarakat untuk mengetahui pendirian terkini dan pandangan ABIM dalam isu-isu semasa.  Di samping itu, ia juga bertindak sebagai medium penyebaran maklumat berkenaan dengan perkembangan ABIM serta setiap aktiviti dan program yang dijalankan.