Sekretariat ABIM Pusat

Jun 04, 2014 Hit: 5584

 

Sekretariat ABIM Pusat (SAP) merupakan nadi kepada pergerakan dan aktiviti ABIM di seluruh negara . Ia digerakkan oleh 18 orang staf sepenuh masa. Kini ia beroperasi di No 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.

Secara ringkas, SAP terdiri daripada menerusi enam bahagian yang mewakili teras-teras utama perkhidmatan ABIM:

 

Bahagian Urusan Gerakan dan Pemerkasaan Organisasi

Sekretariat ini ditadbir oleh Setiausaha Agung, berperanan menyelaras setiap program serta aktiviti yang digerakkan oleh SAP. Di samping itu, SAP merupakan pusat pertukaran serta penyaluran informasi kepada ahli-ahli selain menawarkan perkhidmatan komuniti kepada masyarakat. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi: 03-41084500

 

Bahagian Antarabangsa dan Alam Sekitar

Bahagian ini pula memainkan peranan strategik memberikan respon terhadap suasana konflik antarabangsa dengan tumpuan kepada rantau Asia Tenggara. Selain itu, ia menyalurkan bantuan kemanusiaan di samping meneruskan aktiviti bantuan ke negara-negara seperti Bosnia-Herzegovina, Uzbekistan, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Acheh dan Padang. 

 

Bahagian Hal Ehwal Wanita Islam (HELWA)

Bahagian ini diletakkan di bawah pimpinan Naib Presiden (Wanita). HELWA (Hal Ehwal Wanita) ABIM berperanan mengatur aktiviti kewanitaan, kekluargaan, kebajikan dan menjana penyertaan aktif ahli-ahli wanita dalam program ABIM termasuk memperjuangkan isu-isu kewanitaan yang memerlukan pembelaan di pelbagai peringkat. 

 

Bahagian Kewangan

Bahagian yang diketuai oleh Setiausaha Kewangan ini ditubuhkan bagi menyelaras dan memusatkan semua urusan kewangan dan penyaluran dana bagi pelaksanaan program-program dakwah ABIM.  

Laman web rasmi ABIM  (www.abim.org.my) merupakan ruang yang disediakan untuk setiap ahli serta setiap anggota masyarakat untuk mengetahui pendirian terkini dan pandangan ABIM dalam isu-isu semasa.  Di samping itu, ia juga bertindak sebagai medium penyebaran maklumat berkenaan dengan perkembangan ABIM serta setiap aktiviti dan program yang dijalankan.

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN:

Sekretariat ABIM Pusat 
No. 6, Jalan TC 2A/2 
Taman Cemerlang 
53100 Kuala Lumpur

Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Read 5584 times