ABIM @ #Akhbar (40)

Hudud: 'Maqsud', Kontekstualisasi, Tabiat manusiawi

Dalam politik tanah air, polemik pelaksanaan hudud masih berkumandang selagi mana wacana berkenaan undang-undang tersebut terus didominasi atas nama agama yang terlalu literal dan dieksklusifkan kepada golongan yang berfikiran simplistik semata-mata.

Sebagai orang yang beriman, tiada siapa menafikan hudud sebagai salah satu undang-undang kepercayaan agama dan sudah pasti tiada persoalan yang timbul dalam kita mengimani undang-undang dan peraturan yang diwahyukan.

Bagaimanapun, kerana namanya undang-undang, sudah pasti akan timbul pelbagai persoalan bila pelaksanaannya ada hubung kait dengan manusia yang berada dalam sistem bermasyarakat semasa. Rumusan kepercayaan secara tepat Persoalan besar dari segala persoalan adalah bagaimana kita merumuskan undang-undang kepercayaan itu dengan tepat?

Sudah pasti rumusan tersebut harus bersandarkan kepada maqsud serta tujuan sesuatu hukum, keutamaan, konteks realiti dan tabiat manusiawi yang melatari zaman.

Kita percaya mana-mana undang-undang dan peraturan dunia sifatnya adalah untuk melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dengan perwatakan “civic-minded’ dalam jangka panjang. Namun, realitinya tidak semua peraturan itu dapat mencapai tujuan asal bila mana pembuat dasar atau sesuatu peraturan itu hanya mengambil sisi jangka pendek.

Mungkin contoh mudah yang boleh diambil adalah lampu isyarat. Apabila berlaku kerosakan lampu isyarat, sudah pasti akan berlaku kesesakan kerana kegagalan undang-undang lampu isyarat itu untuk melahirkan individu yang hidup berperaturan dengan memberi laluan terlebih dahulu secara sistematik kepada pihak lain atas kesedaran “civic minded”.

Faktornya kerana pengguna jalan raya tidak didedahkan kesedaran akan tujuan yang lebih besar di sebalik wujudnya lampu isyarat tersebut.

Senario sama berlaku kepada golongan pelatih paderi yang menjalani seminari. Ketua Biskop Kuala Lumpur Most Reverend Julian Leow pernah menceritakan pengalaman dengan saya kelemahan “sistem loceng” untuk mendisiplinkan pelatih paderi dalam seminari.

Mereka dilatih untuk bangun seawal jam 4.30 pagi dengan loceng, menghadiri kelas dengan loceng, dan segalanya dengan loceng tetapi selepas tamat seminari, mereka gagal untuk bangun awal pagi dan mendisiplinkan diri kerana tiada loceng. Maka, pihak gereja telah mengubah peraturan tanpa lagi menggunakan loceng sebaliknya disiplin setiap bakal paderi itu bergantung kepada diri sendiri.

Read 11 times
Rate this item
(0 votes)
Discuss ‪‎Hudud‬ Bill In Depth With All, Including Non-Muslims

There needs to be more in-depth discussions of the 'Hudud Bill' brought forth by PAS president Abdul Hadi Awang, said Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), and this includes non-Muslims. “Abim calls for this motion to be discussed and debated in a thorough and open manner during the next Parliament proceedings,” Abim president Mohamad Raimi Ab Rahim. There also needs to be a genuine discussion of this issue with various stakeholders such as political parties and civil society, including those who are non-Muslims, he added. Islam belongs to all Muslims, he said, and not exclusively to certain parties with their own political agenda that changes seasonally. This hudud issue will have a great effect in Malaysia, across all religions and races, he explained, as the legal processes and technical details are still kept under wraps and have not been explained properly. “Hence, Abim stresses that the wish to implement this Islamic law has to be in line with the principle of maqasid al shari’ah by making sure it achieves what it was truly meant for, which is to ensure justice for the people,” he said. 'Don't politicise hudud' He reminded that the debates and discussions are important because if this issue is not handled seriously and is brought up occasionally based on the interests of political parties, it would be easy for people to react negatively and have a bad impression of Islam in general. The bill is officially named the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) (Amendment) Bill 2016. It has been popularly referred to as the 'Hudud Bill' as it would ultimately pave the way for the partial implementation of the Islamic penal code, specifically in PAS-ruled Kelantan, which had already passed an enactment to that effect. However, the Kelantan state's enactment cannot be implemented as long as restrictions exist in federal law that limit syariah court sentencing powers. Hadi’s bill seeks to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 or Act 355, which limits the syariah courts’ punishments to a maximum fine of RM5,000, three years' jail or six strokes of the rotan.(Malaysia Kini)

Read 459 times
Rate this item
(0 votes)
Kenapa #SarawakForNajib Akan Berjaya

Arus perubahan politik terbesar yang melanda negara pada tahun 2008, sehingga menafikan majoriti dua pertiga kerusi parlimen parti pemerintah, telah memberi nafas. Ini terutamanya buat rakyat yang mengharapkan agenda politik baharu merangkumi konteks pentadbiran yang baik serta kebebasan yang dijamin.

Bagaimanapun, arus yang dibawa menerusi pentas Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) masih gagal untuk membuka ikatan yang menyimpul gelanggang politik Sarawak. Kebenaran ini jelas dapat dilihat menerusi keputusan pilihan raya DUN Sarawak 2011 ketika BN bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mengekalkan kekuasaan dengan majoriti besar 55 daripada keseluruhan 71 kerusi. BN bagaimanapun mengalami kemerosotan tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2006 sebelum itu.

 

 

 

Malah, perbandingan majoriti undi yang dimenangi parti pemerintah antara pilihan raya DUN 2006 dan 2011 di kawasan selain majoriti Cina tidak jauh berbeza. Ia seolah-olah menggambarkan rakyat Sarawak memandang sepi angin perubahan yang ingin dibawa, melainkan di kalangan pengundi Cina di bandar-bandar yang dilihat bangkit menyambutnya.

Kerumitan dan kesulitan ini adalah satu tembok besar yang sentiasa menghalang Pakatan Rakyat untuk pergi lebih jauh dalam pentas politik Sarawak. Melihat kepada kedudukan politik semasa dengan penampilan ketua menteri baharu Tan Sri Adenan Satem, yang lebih berkarimastik tanpa “beban sejarah” seperti pendahulunya, ia jelas menjanjikan tamparan hebat buat pembangkang. Ini belum ditambah senario pertandingan tiga penjuru yang bakal wujud akibat kegagalan parti pembangkang mencapai kata sepakat.

Read 399 times
Rate this item
(0 votes)

Fostering Religious Tolerance

Jan 17, 2016
Hit: 674
Fostering Religious Tolerance

KUALA LUMPUR: For a group of youths, the answer to questions of unity was literally blowing in the wind. At a “Divine Wind” programme at an event themed “Blowing the wind of love and unity” yesterday, scores of youths and young adults visited five places of worship to better learn about other cultures and religions.

Organised by the Friendship Group for Inter-religious Service (FGIS) and supported by the National Unity and Integration Department, the half-day tour saw them touring Masjid Negara, the Sri Kandaswamy temple, Buddhist Maha Vihara in Brickfields, Orthodox Syrian Church and Gurdwara Sahib in Petaling Jaya. Accompanying them were youth interfaith leaders from the Council of Churches Malaysia (CCM) and Islamic Youth Movement of Malaysia.

 

 

Read 674 times
Rate this item
(0 votes)

Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan dua NGO lain untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak boleh mendengar kes itu kerana ia bukan di bawah bidang kuasanya. "Mahkamah tidak boleh membicarakan isu-isu perjanjian antarabangsa dan keputusan dasar," kata Shamsul. Hujahan lanjut mengenai isu ini akan dibuat oleh peguam Hanif Khatri Abdulla pada 12 Januari akan datang. Berikutan itu, beliau berkata, permohonan berkenaan akan didengar. Permohonan berkenaan dibuat supaya Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah melarang Najib, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kerajaan daripada meneruskan proses menandatangani TPPA sehingga semakan didengari dan diputukan mahkamah. Antara tuntutan dibuat ialah mewajibkan responden mededahkan teks perjanjian TTPA dan faedah yang bakal diperolehi kepada umum. Rundingan TPPA dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu di Atlanta, AS dan teks dokumen itu dijangka disiapkan penghujung bulan ini untuk dibentangkan di parlimen. Malaysia perlu membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu selewat-lewatnya pada dua minggu pertama 2016. Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005, membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam. Sumber:- Malaysia Kini

Read 522 times
Rate this item
(0 votes)

Belia adalah antara golongan yang paling terkesan dengan masalah kenaikan harga rumah. Masih ramai belia yang belum mampu memiliki rumah sendiri, khususnya mereka yang bekerja di bandar-bandar besar. Justeru, untuk mengatasi masalah tersebut, Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil segera, sama ada di pihak belia itu sendiri mahupun di pihak kerajaan. Di antaranya termasuklah:-

1. Belia disarankan membeli rumah lelong kerana adakalanya harga lelongan yang ditawarkan adalah di dalam kategori harga mampu milik.

2. Kerajaan diminta untuk mewujudkan skim pembelian rumah secara sewa beli khusus untuk golongan belia.

3. Bank-bank hendaklah mewujudkan skim pinjaman atau dana khas kepada golongan belia untuk membeli rumah dan mempermudahkan proses kelulusan pinjaman tersebut. Setakat ini Bank Simpanan Nasional mula mewujudkan skim sedemikian. Bank-bank lain juga harus turut serta berbuat demikian.

4. Belia disarankan untuk membeli rumah di tempat mana mereka ingin menetap selepas pencen. Contohnya, jika kampung halaman mereka di Kuala Lipis, mereka disarankan membeli rumah di Kuala Lipis pada masa ini dengan harga yang masih mampu milik dan sewakan rumah tersebut untuk jana pendapatan sampingan sebelum tiba waktu pencen.

5. Belia juga disarankan membeli tanah pertanian yang berpotensi secara berkongsi dengan rakan-rakan atau adik beradik dan menguruskan sendiri proses pecah lot tanah pertanian tersebut menjadi tanah lot banglo untuk didirikan rumah di atasnya kelak. Cara ini lebih murah dan menjimatkan berbanding beli tanah lot yang ada geran individu.

6. Kerajaan juga digesa supaya lebih telus dan efisyen mempromosikan Skim Perumahan Mampu Milik di kalangan belia dan mengurangkan karenah birokrasi dalam proses pemilihan untuk mempastikan lebih ramai belia yang layak memperolehi skim perumahan tersebut.

7. Kerajaan perlu bina rumah mampu milik untuk belia di kawasan yang mudah mendapat pengangkutan awam misalnya berdekatan dengan stesen LRT dan sebagainya. Ia membolehkan belia mampu berjimat dengan menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke mana-mana. - Sumber asal: http://www.themalaysianinsider.com

Read 580 times
Rate this item
(0 votes)
Education The Best Way To Curb Extremism:- Marwan Bukhari

Translator and writer Marwan Bukhari A. Hamid said the militants’ expert use of propaganda by portraying themselves as victims and justifying their actions through misinterpretations of Islamic texts have managed to garner the sympathy of many around the world. “Education is the solution as the militants have been using the Islamic texts wrongly to suit their political and economic goals,” said Marwan, another speaker at the event. Marwan added that discourse and personal freedom should also be encouraged as dictatorships have led to the birth of terrorism. “Dictatorial regimes where people can’t voice out anything has indirectly promoted terrorism, as those who feel oppressed (and can’t voice it out) will look to interpreting Islamic texts in their own way to justify their own actions (to rebel and to use violence),” he said.

Read 454 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Minta Syarikat Malaysia Terlibat Dalam Urusniaga Dengan Israel putus hubungan

SHAH ALAM, 16 OKT: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk serangan berterusan dilancarkan Israel ke atas bumi Palestin mengakibatkan kemusnahan dan pembunuhan rakyatnya. Presidennya, Mohamad Raimi Md Rahim, berkata siri pencerobohan itu adalah pencabulan hak asasi manusia yang sengaja dilakukan Israel ke atas Tebing Barat dan Jerusalem. Katanya, ABIM memandang serius perkara itu dan telah menyatakan bantahan dengan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerikat Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.

“ABIM mendesak kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan dilakukan Israel ke atas Palestin. “Kita meminta syarikat di negara ini yang mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan Israel agar memutuskan hubungan berkenaan,” katanya kepada Selangor Kini. Selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Raimi berkata ABIM senada dan menyertai kempen global, Boikot, Penjualan dan Sekatan (Boycott, Divestment and Sanctions (BDS)) yang meningkatkan tekanan ekonomi dan politik ke atas Israel.

BDS adalah kempen dimulakan pada 9 Julai 2005 membabitkan 171 NGO Palestin untuk menyokong perjuangan rakyatnya bagi memboikot, penjualan dan sekatan antarabangsa terhadap Israel. Kempen dijalankan juga supaya Israel mengakhiri pendudukan dan penjajahan ke atas bumi Palestin, memberikan kesaksamaan penuh untuk warga Arab-Palestin di Israel dan menghormati hak pelarian Palestin untuk kembali ke negaranya. Sumber;- Akhbar Selangor Kini.

Read 383 times
Rate this item
(0 votes)
Khutbah Bukan Pentas Politik:- Presiden ABIM

KUALA LUMPUR - Khutbah dan masjid tidak sewajarnya dijadikan sebagai pentas politik kepada mana-mana parti politik untuk berdebat dan bercakaran antara semasa mereka. Demikian kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang baharu, Mohammad Raimi Abd Rahim, melahirkan kebimbangan itu kerana ia boleh mengundang kepada isu agama yang lain.

"Kita tak nak jadikan khutbah dan masjid sebagai tempat untuk menyalahkan mana-mana parti politik walaupun Islam dan politik itu tak boleh dipisahkan. "

Khutbah untuk tujuan keharmonian agama, kemaslahatan masyarakat, kita harap isu-isu menyalahkan parti politik yang kemudiannya ada reaksi balas merupakan satu perkara yang tidak perlu berulang," katanya kepada Sinar Online. Beliau mengulas isu ancaman DAP Pahang pada 26 September lalu yang menggesa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha mendakwa mereka menentang Islam.

Pengerusinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari bermula hari itu untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang. Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha dikeluarkan JAIP, umat Islam dinasihati bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan di kalangan orang Melayu.

Dalam pada itu, Mohamad Raimi juga berkata, pemimpin parti politik sepatutnya memanfaatkan sepenuhnya platform untuk berdebat dan berpolitik sedia ada dan tidak mencampuri institusi agama. "Ya (jika dibiarkan), masing-masing akan menggunakan khutbah untuk berdebat, politik ada medan perdebatan masing-masing, ada Dewan Undangan Negeri, Parlimen atau di media.

"Saya fikir gunakan khutbah untuk perkara yang makruf kepada masyarakat..khususnya isu melibatkan kepentingan negara dan umat Islam seperti isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang dapat menyatupadukan daripada perbalahan," ujarnya. Sehubungan itu, beliau berkata lagi, kedua-dua pihak harus menangani isu tersebut dengan matang dan tidak tergesa-gesa.

"Kita menggesa DAP supaya tidak tergesa-gesa mengambil tindakan undang-undang sehingga memperoleh penjelasan. "Kita berharap agar isu-isu sebegini dan penyertaan mana-mana parti politik dalam khutbah yang akan datang dapat dielakkan," katanya. Sumber:- Sinar Harian

Read 423 times
Rate this item
(0 votes)
Interfaith Stage Production Builds Bridges, Tears Down Walls

17 May 2015, Serdang: Malaysia's challenges and its vibrant diversity were harmoniously presented in a stage production aptly titled Bridges and Walls. Bringing together a song sequence played using traditional instruments such as er hu, harmonium, rebana and dhool, and a drama which speaks of problems Malaysians face like water supply disruption, dengue, brain drain and migration, the show was well-received by the multi-cultural audience of young and old.

The one-hour drama, which included elements of empathy and humour, was presented by the Friendship Group for Inter-Religious Services (FGIS). Kurup (centre) and other religious leaders celebrating FGIS' 14th anniversary.

It was received with warm applause from the audience at the banquet hall in the Palace of the Golden Horses, including Minister in the Prime Minister's department Tan Sri Joseph Kurup.

"It was very meaningful, inspiring and memorable. The fact that it highlighted our problems was true but it carries a strong message of unity and that is what we want to convey to all Malaysians," Kurup said in his speech Sunday.

The production was so good that Kurup said he wanted to bring the production to other states in Malaysia. "We will look into establishing this in a few states. It is a down-to-earth program we hope to reach out to those on the grassroots level," he said.

Kurup also said such programs are important because he hoped to see Malaysians living together peacefully even with religion placed before them. United Nation resident coordinator to Malaysia Michelle Gyles-McDonnough was delighted with the performance, reiterating the importance of national unity.

"We will do our part to support such initiatives. We can solve this (unity problems) before we come to a crisis," said Michelle after watching the drama. FGIS is an informal gathering of major religious groups in Malaysia promoting faith, harmony and moral values.

They comprise of the Islamic Youth Movement of Malaysia (ABIM), Wilayah Persekutuan Council of Churches, Malaysia Gurdwaras Council, Malaysia Hindu Sanggam, Buddhist Maha Vihara and coordinated by the Sathya Sai Baba Central Council of Malaysia. The performance Sunday night involved 120 Malaysians from the religious groups, in celebration of FGIS' 14th anniversary.

Read 617 times
Rate this item
(0 votes)
Orang Melayu Terjejas Dengan GST

29 April 2015:- Orang Melayu Melayu terjejas dengan GST. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan, berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan terjadinya "tsunami Melayu" yang diutarakan menjelang PRU 14 kelak. Kemungkinan ini diutarakan oleh seorang mantan kabinet baru-baru ini. Menurut beliau, dari segi pelaksanaan GST, orang Melayu tergolong dalam kategori pengguna majoriti dan juga pengguna akhir, yang sebahagian besar tidak dapat menuntut kembali cukai yang dibayar seperti dilakukan sebahagian peniaga.

Pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL) itu berkata, GST memang memberi kesan kepada mahasiswa yang dipotong pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mereka bermula Januari tahun ini. Beban yang sama turut dirasai belia Melayu yang baru berumah tangga untuk memulakan kehidupan mereka. "Golongan muda ini merasakan pendekatan dibawa kerajaan Umno BN tidak memberikan kebaikan maksima buat mereka," tegas Amidi. Sumber: The Malaysian Insider

Read 729 times
Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR – Media tempatan disarankan bekerjasama dengan NGO yang berhubung secara langsung dengan rakyat Syria bagi mendapatkan laporan berita yang sebenar tanpa sebarang manipulasi oleh media asing.

Naib Pengerusi Syria Care Malaysia (SC), Kapten (b) Mohd Asri Abdul Khalek berkata, kerjasama itu penting bagi mengelakkan Syria terus dibayangkan sebagai negara yang dihuni pengganas.

“Sebab itu, keperluan media bekerjasama dengan NGO itu sangat penting. Kami ada sumber sendiri dan semuanya telah ditapis. Sumber itu memang dari sana dan sahih. Tujuan kita untuk beri kefahaman. Jadi, kita mahu media sentiasa bekerjasama dapatkan maklumat dari NGO.

“Apabila sebarang berita sampai ke media barat, sudah tentu mereka akan buat satu isu yang menguntungkan mereka dan merugikan Islam sendiri,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media Empat Tahun Tragedi Kemanusiaan Syria, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan bahawa NGO yang sering ke Syria dalam misi bantuan kemanusiaan telah menyedari militan IS sebagai kelompok yang ekstrem sebelum ia digembar-gemburkan pihak media barat dan tempatan lagi.

“NGO ini maklumatnya langsung dari Syria sendiri dan sebelum kewujudan ISIS ketika adanya ISIL lagi, kita dah kesan bahawa mereka ini kelompok yang ekstrem. Sebab apa NGO yang paling awal tahu kerana kita sering keluar masuk (Syria) dan kita ada hubungan dengan NGO di sana serta berhubung dengan para ulama di Syria.

“Begitu juga kalau kami menghantar misi bantuan di mana kami tidak boleh lari daripada kelompok yang ‘guide’ dan memberi perlindungan. Mereka ini kumpulan yang wujud dan memperjuangkan secara betul...menentang kezaliman,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memohon agar media tempatan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama di Syria bagi menyedarkan masyarakat apa yang berlaku di negara itu sebenarnya.

“Tiga perkara iaitu kezaliman Bashar (Presiden Syria, Bashar al-Assad) bukan terlalu fokus ISIS. Kita sedar ISIS memang pengganas namun kita minta supaya media fokus pada isu kezaliman Bashar.

“Kedua, perjuangan rakyat yang bangkit berhadapan dengan rejim yang zalim. Ini juga perlu difokuskan. Ketiga, apakah keperluan rakyat Syria? Sama ada yang berada di dalam atau di luar Syria,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut berpandangan bahawa IS telah dimenangkan oleh media dengan liputan meluas hingga mereka mendapat ruang yang besar untuk publisiti. Sumber: Akhbar Sinar Harian

Read 667 times
Rate this item
(0 votes)
  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 4

Siaran Media

Kemenangan Bantah TPPA Adalah Untuk Rakyat!
16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan ...
ABIM Reiterates Call To Reform OSA 1972
14th of November 2016 Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) refers to the case of Rafizi Ramli who ...
ABIM Vehemently Condemns Coup D'etat Attempt in
16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern ...
Kenaikan Harga Minyak Menjelang Aidilfitri
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ...
Isu Pembentangan RUU 355 Di Parlimen &
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian ...

#Akhbar #TV

Kemenangan Bantah TPPA Adalah Untuk Rakyat!
16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan ...
ABIM Reiterates Call To Reform OSA 1972
14th of November 2016 Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) refers to the case of Rafizi Ramli who ...
ABIM Vehemently Condemns Coup D'etat Attempt in
16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern ...
Kenaikan Harga Minyak Menjelang Aidilfitri
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ...
Isu Pembentangan RUU 355 Di Parlimen &
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian ...