ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

KSSB Ransang Semangat Kesukarelawanan Anak Muda

Jun 25, 2018 Hit: 187
KSSB Ransang Semangat Kesukarelawanan Anak Muda

KEMPEN Seorang Sekampit Beras (KSSB), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dimulakan sejak 12 tahun lalu mendapat sambutan masyarakat khususnya di Lembah Klang. Presiden Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini KSSB 2018 digerakkan dari rumah ke rumah di kawasan desa dan kampung serta di masjid-masjid.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya turut memberikan tumpuan mengadakan program berkenaan di kawasan projek perumahan rakyat (PPR), pangsapuri dan pangsa di sekitar daerah Lembah Klang. "Mengapa kita tumpukan di Lembah Klang, kerana berdasarkan statistik kajian dibuat Jabatan Perdana Menteri (ICU) tahun lalu, jumlah kemiskinan luar bandar berbanding bandar, berbeza berbanding beberapa tahun lalu.

"Tahun lalu jumlah kemiskinan bandar di seluruh negara berada pada tahap 52 peratus, berbanding kemiskinan luar bandar 48 peratus. Pendek kata, pada hari ini lebih ramai mereka di bandar besar dilanda kemiskinan. Jadi kita bersyukur Pertubuhan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim) turut dapat menghulurkan bantuan pada kelompok memerlukan ini," katanya.

Bia berkata demikian semasa penyampaian sumbangan KSSB dengan kerjasama Aibim dan Masjid Al-Bukhary diadakan di Masjid al-Bukhary, Kuala Lumpur, 22 Mei lalu. Dalam program tersebut, seramai 400 keluarga terdiri daripada penduduk PPR Seri Sarawak, PPR Seri Selangor, PPR Loke Yew, PPR Tun Razak dan PPR Cochrane menerima sumbangan yang disampaikan Presiden Aibim, Datuk Redza Shah Wahid dan Raimi, di samping beberapa wakil dari beberapa institusi perbankan Islam bernaung di bawah Aibim.

Dalam pada itu, Raimi berkata, satu lagi kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyatakan, orang Melayu Islam khususnya yang tinggal di bandar sering berdepan masalah pendapatan isi rumah rendah atau kecil, hutang tinggi, tiada simpanan mahupun aset, dan ini perlu diberi perhatian. "Program ini adalah manifestasi keprihatinan bank-bank kepada umat Islam di Lembah Klang. "Abim sebagai NGO belia menyampaikan amanah (sumbangan) ini dan memanfaatkan kekuatan kudrat anak-anak muda kita, menyumbang sama," katanya.

Alu-alukan sumbangan Raimi berkata, di samping menyampaikan hasrat penyumbang memberi bantuan pada yang memerlukan; menerusi KSSB juga diharapkan ia dapat merangsang semangat kesukarelawanan dengan membuka penglibatan kepada generasi muda menyertai KSSB serta program amal kemasyarakatan digerakkan sempena Ramadan.

Abim menerusi KSSB 2018 telah mengagihkan sumbangan kepada sejumlah 1,000 penerima sempena Ramadan ini. Sumbangan diterima disampaikan dalam bentuk beras, minyak masak, gula, tepung serta susu dan bahan-bahan keperluan asas lain. KSSB sudah memasuki tahun ke-12 penganjurannya menyasarkan menyampaikan sumbangan kepada sekurang-kurang 4,000 lagi penerima di seluruh negara menjelang akhir Ramadan.

Penerima-penerima tersebut terdiri daripada golongan miskin bandar iaitu keluarga berpendapatan rendah, warga emas tua, ibu tunggal, dan OKU. Untuk memenuhi permintaan sumbangan semakin meningkat, Abim mengalu-alukan sumbangan masyarakat untuk disampaikan kepada mereka memerlukan. Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Angkatan Belia Islam Malaysia (Bank Islam:- 1402 3010 0305 52) ataupun orang ramai boleh menyumbang langsung ke pautan sumbangan: www.billplz.com/kssb. Sumbangan dalam bentuk beras dan barangan keperluan harian boleh dihantar ke alamat Sekretariat ABIM Pusat, No.6 Jalan TC2A/2, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur dengan nombor perhubungan: 017-558 3251 (Farhan) atau +603-41084500 (Sekretariat Abim Pusat). Sumber:- Akhbar Sinar Harian

Read 187 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani
"Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani Cabaran Malaysia Baharu" Disampaikan oleh : Sdra. ...
Kemelut Nilai Politik Sejagat: Demokrasi vs
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM Dengan merudumnya amalan dan institusi demokrasi di ...
Karya Dr Hisham Al-Talib Jadi Rujukan Ramai Para
Alhamdulillah, bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ...
TPM Lancarkan Terjemahan Parent - Child Relation
7hb September 2018 (Jumaat) : Alhamdulillah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Wanita dan ...
Dermaga & Tunas Dermaga Manfaatkan Ramai
Tahun 2018 bermula 4 September 2018, akan disertai oleh 50 buah sekolah Menengah dan rendah di ...
ABIM Kecam Penghapusan Etnik Rohingya; Gesa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menegaskan pendirian serta ...
Mahasiswa dan Kepedulian Ummah dalam Malaysia
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
“Developing A Whole of Government Soft Power
1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah ...

#Akhbar #TV