Print this page

ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

ABIM Ketengah Dermaga & Tunas Dermaga Bangun Pengetahuan Reproduktif Remaja & Kanak-Kanak

Dec 28, 2018 Hit: 388
ABIM Ketengah Dermaga & Tunas Dermaga Bangun Pengetahuan Reproduktif Remaja & Kanak-Kanak

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkongsi kebimbangan yang dinyatakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) baru-baru ini yang memandang serius berkenaan tiga (3) kes salah laku seksual melibatkan remaja yang dilaporkan di media massa kebelakangan ini. Berleluasanya salah laku seksual terhadap kanak-kanak ini menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan fabrik keutuhan masyarakat secara keseluruhan.

Atas rasa kesedaran yang tinggi, ABIM telah berpartisipasi sama membangun pengetahuan pendidikan reproduktif dalam kalangan remaja dan kanak-kanak melalui program pendidikan DERMAGA - Diriku Permata Berharga untuk membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif kepada kelompok sasaran.

*DERMAGA telah dijalankan di seluruh negara melalui pendekatan berperingkat kepada golongan sasaran dengan kerjasama erat pelbagai agensi tempatan*.

Menerusi DERMAGA serta Tunas DERMAGA yang dijalankan sejak 2016 di seluruh negara; seramai hampir 13,000 remaja serta hampir 4,000 kanak-kanak didedahkan dengan pendidikan, kemahiran dan tanggungjawab menjaga diri sendiri. DERMAGA serta Tunas Dermaga adalah pakej pendidikan pencegahan (abstinen) bagi membekalkan remaja dan kanak-kanak dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mengundang risiko keselamatan atau maruah diri.

Modul kedua-dua program tersebut meliputi pendidikan kesihatan reproduktif yang dirangka untuk turut meliputi keperluan pendidikan dan pencegahan - 'informal social control' melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dan sesuai dengan golongan remaja. Ini termasuklah keperluan mempersiap kumpulan sokong- bantu (support group) dalam kalangan masyarakat bagi proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli dalam masyarakat.

Dermaga serta Tunas Dermaga turut membantu proses pembentukan karakter dan jatidiri yang positif dalam kalangan remaja khususnya membina keyakinan diri yang merupakan antara aspek asas dalam kepimpinan. Dari semasa ke semasa ABIM telah melatih fasilitator untuk mengetengahkan modul Dermaga serta Tunas Dermaga kepada masyarakat di seluruh negara.

Program latihan serta pembangunan fasilitator telah diadakan di negeri Perak, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak serta Pahang. Kedua-dua modul tersebut akan terus diketengahkan serta dikemaskini untuk meratakan proses pendidikan ini agar masa hadapan dan hak remaja dan kanak-kanak dapat ditunaikan dan diberikan perhatian sewajarnya.

Untuk makluman lanjut mengenai Dermaga serta Tunas Dermaga boleh dibuat dengan menghubungi 03-4108 4500 serta emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Read 388 times
Rate this item
(0 votes)