Siaran Media

Published in Siaran Media

Kenaikan Harga Minyak Menjelang Aidilfitri Membebankan Rakyat!

Jul 01, 2016 Hit: 455
Kenaikan Harga Minyak Menjelang Aidilfitri Membebankan Rakyat!

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ketiga-tiga kategori yang ditawarkan di pasaran (RON 97, RON 95, dan Diesel) sebanyak 5 sen mulai 1 Julai ini. ABIM menegaskan bahawa kenaikan harga minyak ini hanya akan membebankan rakyat terutama sekali umat Islam yang sedang melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Kenaikan yang tidak kena pada masanya ini bakal meningkatkan kos persiapan, pengangkutan dan perbelanjaan Aidilfitri umat Islam. Selain tambahan perbelanjaan untuk pengangkutan jutaan rakyat yang pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta, kenaikan harga barangan keperluan dan persiapan perayaan adalah sesuatu yang dijangkakan.

Kenaikan harga barang - seperti yang acapkali berlaku - berhubung kait secara langsung dengan kenaikan kos minyak yang terpaksa ditanggung oleh pihak peniaga mahupun pengeluar. Dalam konteks inilah majoriti rakyat yang merupakan pengguna akhir akan menerima kesan terbesar, mengambil kira beban Cukai Perkhidmatan dan Perdagangan (GST) yang telah sedia ditanggung rakyat pada ketika ini.

Memandangkan kesan kenaikan harga minyak mencetuskan kesan berangkai dalam pelbagai sektor, ABIM menggesa mekanisme apungan harga minyak ini dikaji semula perlaksanaannya terutama sekali ketika musim perayaan mahupun cuti. Sekitanya dasar ini ingin diteruskan, satu mekanisme kawalan perlu ditetapkan untuk melindungi kepentingan rakyat keseluruhannya daripada terus terbeban.

Namun soalan dasar yang ingin ABIM pertanyakan ialah “ke manakah perginya subsidi-subsidi (yang dahulunya) diwujudkan melindungi kepentingan rakyat?” Mengapakah subsidi bagi kemaslahatan rakyat terbanyak ini tidak lagi mampu ditampung oleh kerajaan, walhal pada masa yang sama billion ringgit dari khazanah negara dibazirkan atas kelemahan urus tadbir kerajaan?

Semakin jelas tampak bahawa orientasi ekonomi negara yang semakin jauh dari gagasan Ekonomi Manusiawi meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat, dan bukannya pasaran serta elit penguasa sebagai penerima manfaat terbesar kemakmuran ekonomi.

Mohamad Raimi Ab.Rahim Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 455 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Kemenangan Bantah TPPA Adalah Untuk Rakyat!
16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan ...
ABIM Reiterates Call To Reform OSA 1972
14th of November 2016 Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) refers to the case of Rafizi Ramli who ...
ABIM Vehemently Condemns Coup D'etat Attempt in
16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern ...
Kenaikan Harga Minyak Menjelang Aidilfitri
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ...
Isu Pembentangan RUU 355 Di Parlimen &
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian ...

#Akhbar #TV