Siaran Media

Published in Siaran Media

Kehilangan Allahyarham Shahrul "Peshawar" Sangat Dirasai

Apr 21, 2017 Hit: 547

17hb April 2017 (Isnin): Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamhu Sdr. Shahrul Azilan bin Said, yang telah pulang mengadap ILLAHI pada jam 1 tengah hari ini, di Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Jenazah Allahyarhamhu disembahyangkan di Masjid Kempadang Perdana, dan dikebumikan di Berjaya Permai, selepas waktu Asar. Allahyarhamhu terkenal dengan panggilan “Sharol Peshawar”, merupakan aktivis yang banyak menyumbang menerusi rangka kerja-kerja kemanusian dalam negara dan antarabangsa. Dilahirkan pada tahun 1972, beliau bersekolah di Sekolah Jalan Pasar 1 (Inggeris), Pudu dan Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Lulusan Institut Teknologi Mara (ITM) Jalan Othman ini aktif bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global peace Mission (GPM) Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA) dan lain-lain. Beliau mula berkhidmat dengan Jamaah sejak tamat pengajian di ITM (kini UiTM). Sepanjang perkhidmatan beliau dengan GPM, pernah ditugaskan ke Peshawar, Pakistan. Allahyarhamhu meninggalkan seorang balu yang berkhidmat sebagai suri rumah sepenuh masa. Beliau juga turut meninggalkan 3 orang anak yang masih bersekolah iaitu Shahruzaman Siddiq (14), Aleya Mashitah (12) dan Aleya Qaisarah (10). Moga Ruhnya ditempatkan bersama para Syuhada’. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. ----------------------------- SUMBANGAN BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMHU SHAHRUL PESHAWAR. Sebagai tanda ukhuwwah dan hubungan akrab yang berpanjangan dengan Allahyarham serta mengingatkan kembali jasa dan khidmat bakti Allahyarham dengan Jamaah, Yayasan Kebajikan Petugas Jamaah (YKPJ) ingin merayu kepada tuan/puan semua untuk sama-sama menyumbang bagi meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh keluarga yang ditinggalkan. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke akaun YKPJ seperti berikut : - ▶ No Akaun : 12029010067760 ▶ Bank : BIMB ▶ Remark : #shahrulazilan Bagi tujuan rekod, setiap sumbangan yg dibuat ini hendaklah dimaklumkan melalui sms atau whatsApp kepada Sdr Suhaili Hussin, Bendahari YKPJ di talian 013-3505403 atau Pn Junaidah Sairan, Pen. SU YKPJ di talian 016-2277544. Kutipan ini akan dibuka sehingga 30 April 2017. Keprihatinan dan perhatian tuan/puan terhadap mesej ini saya dahului dengan ucapan Jazakumullahu khayran kathira. Azman Mohd Salleh Setiausaha Yayasan Kebajikan Petugas Jamaah (YKPJ)

Read 547 times
Rate this item
(1 Vote)

Siaran Media

Mahasiswa dan Kepedulian Ummah dalam Malaysia
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
“Developing A Whole of Government Soft Power
1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah ...
Apa Hujah Bangsa Melayu Pendatang?
Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bahawa orang Hindu yang ...
Pinda Kurikulum UEC sebelum diiktiraf -
*Kenyataan media ABIM diterbitkan pada 9 Julai 2018 Sijil Peperiksaan Bersatu, atau Unified ...
Lindungi Kanak-Kanak Dengan Serius;- Naib
10hb Julai 2018 (Selasa): Alhamdulillah, hari ini HELWA ABIM tampil dalam Sesi Meja Bulat NGO ...
Pemikiran HAMKA : Fiqh Ta'ayush Dalam Pembinaan
28hb April 2018 (Sabtu): Alhamdulillah, telah dianjurkan Seminar Pemikiran HAMKA: Fiqh Ta’ayush ...
Perlantikan Peguam Negara; ABIM Junjung Titah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka ...
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tetap
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Kerajaan untuk menubuhkan kumpulan ...

#Akhbar #TV