Siaran Media

Published in Siaran Media

Ramadhan Ruang Perkukuh Keharmonian Antara Kaum

Jun 03, 2017 Hit: 36
Ramadhan Ruang Perkukuh Keharmonian Antara Kaum

Berbeza agama bukan halangan berkongsi nikmat Ramadhan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS) menjadikan majlis berbuka puasa sebagai acara tahunan, yang bertujuan memupuk keharmonian, selain memberi kefahaman sebenar tentang keindahan, kemurnian serta kesyumulan Islam.

Objektif program ini ialah meraikan permintaan dan permohonan rakan agama lain agar diadakan majlis untuk mereka melihat sendiri umat Islam mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan. “Majlis Berbuka Puasa Muhibbah” ini dianjurkan dengan mematuhi nilai-nilai dan adab yang bersesuaian -- kebiasaanya dibuat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Masjid Besi, Presint 3, Putrajaya.

Dalam pada masa yang sama juga, program ini turut dijadikan wadah untuk menunjukkan sokongan rakyat Malaysia (tanpa mengira fahaman) kepada isu kezaliman melibatkan masyarakat Syria, Gaza dan Rohingya. Turut pernah dianjurkan, sesi memperingati kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Program penuh bermakna ini kebiasaannya turut dihadiri oleh Imam besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta wakil Masjid; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Exco; wakil komuniti Sai Baba; Council of Churches Malaysia (CCM); Buddhist Vihara, serta Hindu Sanggam Council. Sejelasnya, Ramadhan adalah peluang untuk merapatkan persefahaman dan berdakwah untuk keharmonian agama dan kaum. Sungguh, Al-Islam Rahmatun Lil ‘Alamin – Islam adalah Rahmah buat sekalian alam.

Read 36 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Memberdaya Manusia Dengan Puasa dan Hukum
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can We Rely on OIC 'Oh I See'?
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai Agama Rasai Pengalaman Buka
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...
Ramadhan Ruang Perkukuh Keharmonian Antara Kaum
Berbeza agama bukan halangan berkongsi nikmat Ramadhan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ...
Kehilangan Allahyarham Shahrul "Peshawar" Sangat
17hb April 2017 (Isnin): Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ingin merakamkan ucapan ...

#Akhbar #TV