Siaran Media

Published in Siaran Media

Isu Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Doktor : Kerajaan Jangan Tutup Mata Tentang DLP

Jul 06, 2017 Hit: 220
Isu Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Doktor : Kerajaan Jangan Tutup Mata Tentang DLP

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa Jemaah Menteri menarik balik kelonggaran terhadap syarat lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) untuk pegawai perubatan lantikan kontrak.

ABIM menyambut baik keputusan tersebut dan menegaskan bahawa tanggungjawab kerajaan untuk memelihara dan memartabat Bahasa Melayu adalah tuntutan Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 152. Merujuk kepada ketetapan, ABIM juga menuntut agar usaha mendaulat Bahasa Melayu oleh pihak kerajaan untuk tidak hanya terhad semata-mata untuk sektor perkhidmatan dan perjawatan semata-mata.

Paling utama; usaha mendaulatkan Bahasa Melayu perlu dimaknai dengan memastikan ia tidak dipinggirkan fungsinya dalam sistem pendidikan kebangsaa. Ini termasuk dengan memastikan Bahasa Melayu terus berfungsi sebagai bahasa pengantar utama untuk subjek-subjek di sekolah aliran kebangsaan.

Tuntutan ini ABIM usulkan dengan merujuk Perkara 152 (6) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa “maksud rasmi” adalah apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab utama kerajaan secara khususnya menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sentiasa mengangkat, memartabat serta memelihara Bahasa Melayu . Tanggungjawab tersebut termasuklah mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik di semua sekolah aliran kebangsaan.

ABIM berpandangan, sebarang usaha untuk menggantikan bahasa Melayu dengan Bahasa asing sebagai medium pembelajaran sekolah kebangsaan adalah satu pengkhianatan terhadap perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru sekiranya, pihak kerajaan mahu memperkenalkan dasar Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek tertentu seperti Dual Language Programe (DLP), ia harus dilaksanakan hanya sebagai subjek tambahan atau elektif sebagai pilihan tambahan tanpa perlu mengorbankan pembelajaran subjek-subjek utama yang dibuat menerusi medium Bahasa Melayu.

Keluhuran Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati semua pihak dengan memahami secara komprehensif peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia berasaskan falsafah dan tujuan serta maksud agar masyarakat dididik dan digerakkan berasaskan nilai-nilai yang termaktub di dalamnya.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 220 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Larangan Bertudung Dalam Industri Perhotelan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan ...
ABIM Dukacita Isu Pindaan Akta 164 Dimanipulasi
Sumber:- Arif Atan (Malaysia Dateline) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan ...
Isu Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Doktor :
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa Melayu :- Kementerian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia Dengan Puasa dan Hukum
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...

#Akhbar #TV