Siaran Media

Published in Siaran Media

ABIM Dukacita Isu Pindaan Akta 164 Dimanipulasi Sebagai Polemik

Aug 14, 2017 Hit: 422
ABIM Dukacita Isu Pindaan Akta 164 Dimanipulasi Sebagai Polemik

Sumber:- Arif Atan (Malaysia Dateline)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan perbahasan dalam menguruskan perbezaan agama harus bersifat menyeluruh serta praktikal dalam merungkai krisis antara agama di negara ini termasuk isu besar Rang Undang-Undang (RUU) 164 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, isu pindaan Akta 164 dilihat menjadi tembok yang membuntukan usaha perpaduan dan pembentukan bangsa Malaysia.

"Agak mendukacitakan apabila ramai yang melihat isu RUU 164 ini sebagai ancaman antara satu sama lain dan pandangan tersebut telah menutup mata kita untuk melihat peluang besar yang terhidang di hadapan iaitu mengangkat agama sebagai medium menyelesaikan krisis dan salah faham," ujarnya. Beliau berkata, sebelum ini banyak kes membabitkan akta tersebut berlarutan dan pastinya kes sedemikian akan timbul dari semasa ke semasa.

"Bermula apabila salah seorang pasangan suami isteri yang asalnya bukan Islam memeluk Islam dan seterusnya membawa kepada pertikaian hak jagaan anak, nafkah, dan status agama anak," jelasnya dalam satu kenyataan. Mengulas pihak yang membantah pindaan Akta 164 tanpa mengemukakan alternatif ke arah jalan penyelesaian, beliau berpendapat sikap tersebut bercanggah dengan pendirian bahawa Islam menyelesaikan pelbagai masalah.

"Ironinya, mereka sendiri yang sering melaungkan slogan 'Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah' tetapi dengan sengaja membiarkan isu ini berlanjutan malah menghalang usaha-usaha untuk mencari jalan penyelesaian," bidasnya.

Muhammad Faisal berkata, pindaan Akta 164 antara lain mencadangkan pindaan Seksyen 51 (1) untuk membuka pintu kepada pasangan yang memeluk Islam memfailkan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil. Hal ini memandangkan, sebelum ini seorang yang telah memeluk Islam tidak dibenarkan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Sivil.

Pada masa yang sama, jelasnya, Mahkamah Syariah di negara ini juga telah menutup pintu kepada pasangan bukan Islam untuk diadili di Mahkamah Syariah. "Akibatnya, salah seorang pasangan yang memeluk Islam tiada pilihan melainkan memfailkan petisyen perceraian di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Syariah dalam kes-kes sebelum ini telah membuat keputusan memihak kepada pasangan Muslim tanpa memberi hak kepada pasangan bukan Islam untuk didengari dan diadili.

"Adalah suatu yang tidak masuk akal apabila salah seorang pasangan yang memeluk Islam memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah, pasangan tersebut diberikan pelepasan seperti hak jagaan anak tanpa hak untuk seorang lagi pasangan yang bukan Islam didengari," ujarnya.

Menurutnya, keengganan Mahkamah Syariah memberi hak kepada pasangan bukan Islam atas alasan kekangan undang-undang sedia ada telah menambahkan lagi persepsi buruk dan fobia masyarakat bukan Islam ke atas Islam dan Mahkamah Syariah.

Sehubungan itu, Muhammad Faisal menyarankan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri dipinda bagi membolehkan Mahkamah Syariah menjadi medium terbaik untuk mengadili kedua-dua pihak. "Malah dalam tulisan saya sebelum ini, pintu sememangnya harus dibuka untuk bukan Islam diberikan hak oleh Mahkamah Syariah dalam kes seumpama ini. "Selain mencapai tujuan keadilan untuk kedua-dua pihak, platform untuk kedua-dua pihak didengari juga adalah perlu atas kewajaran melihat aspek kebajikan, pendidikan, dan kehidupan harian anak berdasarkan kebolehupayaan antara ibu atau bapa membesarkan anak tersebut," katanya. Walau bagaimanapun, beliau berpendapat peruntukan Subseksyen 51(1) Akta 164 setidak-tidaknya dapat menyelesaikan masalah buat masa ini sebagai membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk didengari atas satu platform yang sama

Read 422 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Nilai & Prinsip Hidup Asas Kepada Primary
15hb April 2018: “Mereka yang mencapai kepada kejayaan yang utama (primary greatness) adalah mereka ...
ABIM Akan Lancarkan Jelajah Daurah Usul Fiqh Ke
11 April - Pimpinan ABIM Sabah dan Pengurusan Home Tuaran bersama-sama mengadakan kunjungan hormat ...
ABIM Dilantik Sebagai Anggota Majlis Sukarelawan
4 hb April 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Setiausaha Kewangan ABIM, Sdr. Syahrir Azfar Saleh telah ...
Pembubaran Parlimen & 10 Perkara Penting
  Susulan pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April 2018 yang diumumkan Perdana Menteri setelah ...
Institusi Pendidikan ABIM Perlu Melahirkan
Alhamdulillah, telah berlangsung Ihtifal Majlis Ihtifal (Akademik) Kebangsaan Sekolah Rendah dan ...
Politik Perubahan Adalah Politik Pembebasan &
19hb Mac 2018 (Isnin): Alhamdulillah, dengan topik menarik, “Wanita dan Politik Perubahan”, wakil ...
Sumbangan ABIM dan FGIS Diiktiraf Jabatan
11hb Februari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM dan FGIS menerima Anugerah Khas daripada Jabatan ...
Wisma Darul Hikmah ABIM Jengka Dibuka
28hb Januari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, Ketua Biro Kesihatan ABIM, Dr. Zhafri Ismadi telah ...

#Akhbar #TV