Siaran Media

Published in Siaran Media

ABIM Gesa Kaji Potongan Gaji PTPTN

Nov 07, 2018 Hit: 278
ABIM Gesa Kaji Potongan Gaji PTPTN

[Kenyataan Media ABIM]

6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H

ISU PTPTN: ABIM GESA KERAJAAN BUAT KAJIAN MENDALAM, SEBELUM LAKSANA DASAR

Merujuk kepada Ucapan Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan Malaysia di Parlimen pada 2hb November 2018 yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dikejutkan dengan pengumuman sistem potongan gaji secara automatik, bagi peminjam PTPTN yang mempunyai gaji lebih daripada RM1000.00, sebanyak 2% hingga ke 15%.

ABIM menyeru pihak kerajaan agar lebih sensitif dalam menangani isu peminjaman PTPTN ini secara lebih cermat dan berhikmah, selaras dengan dasar mereformasikan institusi dalam era Malaysia Baharu.

ABIM berpandangan bahawa polisi ini adalah membebankan anak muda yang mahu memulakan kehidupan mereka pasca bergelar graduan.

Justeru, ABIM menyarankan agar kajian secara mendalam serta holistik dibuat bagi memahami punca sebenar kenapa masih ramai peminjam yang belum membuat bayaran kepada PTPTN.

Isu Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) juga seharusnya diambil kira. Kerajaan seharusnya memikirkan berkenaan penambahan dana untuk PTPK, selain menawarkan insentif kepada peminjam PTPK mahupun syarikat yang mahu membayar pinjaman tersebut, sebagaimana yang ditawarkan kepada para peminjam PTPTN.

Memandangkan gaji minimum yang berkuatkuasa pada 1hb Januari 2019 masih jauh daripada yang disarankan oleh Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) iaitu sepatutnya RM1500.00, ABIM menggesa agar soal kemiskinan bandar serta komitmen tinggi yang perlu dihadapi oleh anak muda dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kos sara hidup yang meningkat, diambil kira dalam menentukan kaedah pembayaran semula hutang PTPTN.

ABIM juga menyeru pihak Kerajaan Pakatan Harapan untuk menunaikan manifesto mereka yang telah dimumkan pada 8hb Mac 2018 di Shah Alam, di mana tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.

Soal peningkatan jumlah golongan muda yang bankrap dan muflis juga perlu diberi perhatian serius.

Bagi menggalakkan pembayaran hutang, ABIM menggesa pihak Kerajaan untuk menghapuskan sistem ujrah PTPTN, memandangkan ia dilihat menjadi beban hutang tambahan kepada para peminjam, di mana boleh mencecah ribuan ringgit.

Selain itu, sebagai satu lagi langkah ke arah sistem pendidikan percuma, pihak kerajaan boleh menyerap kos-kos tertentu yang ditanggung oleh mahasiswa di universiti dan kolej kediaman, sebagai langkah mengurangkan bebanan hutang PTPTN kepada mahasiswa, pada masa akan datang.

Subsidi makanan dan lain-lain akan membolehkan kos makan dan sara hidup golongan mahasiswa di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.

Sesungguhnya, selagi pihak Kerajaan masih belum menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak, gaji permulaan yang lebih baik dan masih belum mengenalpasti masalah sebenar para peminjam, pihak Kerajaan khususnya PTPTN tidak seharusnya secara mudah menghukum secara pukul rata terhadap semua peminjam.

Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM.

Read 278 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

[Video} Ke Arah Reformasi Sistem Pilihanraya Dan
Video : Reformasi Sistem Pilihanraya dan Pengukuhan Demokrasi: Sudut Pandangan Indonesia dan ...
Taski ABIM: Perintis Kegemilangan Tamadun Khayra
Oleh: Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM) Aisyah R.A ketika ditanya bagaimana akhlak ...
Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau
Membentangkan makalah berjudul "Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam ...
Nasihatul Muluk Bina Adab Kenegaraan Dalam
Naṣīḥat al-Mulūk karya Imām al-Ghazālī adalah merupakan sebuah karya yang tergolong dalam genre ...
Berkomunikasi Dengan Al-Qur'an
What kind of relationship between you and Qur'an? Sesi "Transformational Teaching" dimulakan Dr ...
[Video] Maqasid Quraniyya on Ethics of
"Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia" oleh:- Dr. ...
ABIM Pandang Serius Kenyataan Sekolah Aliran
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat liputan media yang melaporkan kenyataan Yang ...
Video: Pengenalan Kepada Tadabbur Al-Qur'an
Kuliah bersiri ini berdasarkan kepada kitab Tadabbur al-Quran. Video ini adalah siri pertama ...

#Akhbar #TV