Siaran Media

Published in Siaran Media

Muharam Untuk Keamanan

Aug 20, 2020 Hit: 319

 

maal hijrah

Dalam meniti 1441 Hijrah yang lalu, pelbagai cabaran dan dugaan berat ditempuhi oleh umat di seluruh pelusuk dunia. Persepsi retorik Islamophobia dan Xenophobia telah menjadi medan utama kepada perselisihan sesama kita yang mendiami bumi manusia ini.

Semangat untuk belajar dari orang lain, semangat berkongsi harapan dan aspirasi bersama seluruh masyarakat dunia, semangat kekitaan dan kebersamaan yang seharusnya menjadi jambatan penghubung perbezaan seolah telah diruntuhkan dan digantikan dengan tembok besar yang saling memisahkan kita.

Tanpa diragui keutamaan untuk menjaga kebajikan diri, apa lagi dikala kita masih terkesan dengan pandemic Covid-19 dan kegawatan kewangan masing-masing, namun ia tidaklah seharusnya menjadi faktor kepada penyebaran rasa benci yang disemai sesama manusia.

Mengambil iktibar besar dari peristiwa Hijrah, perjuangan membela mereka yang dianiaya dan dizalimi sudah cukup memberi gambaran bahawa “bela” dan “bantu” adalah jawapan tuntas untuk menyelamatkan warga dunia dari kesengsaraan, seterusnya membuahkan satu keamanan.

Nabi junjungan kita Muhammad Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam amat menyedari situasi ini. Maka empat perkara telah dititikberatkan oleh Baginda sebagai ucapan dasar pertama ketika mendirikan Negara Islam Madinah yang warganya terdiri dari warga Madinah dan warga yang berhijrah dari Mekah.

Dalam hadis masyhur riwayat Tirmizi, ucapan dasar Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam adalah: “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.”

Kata-kata Baginda dengan jelas membawa empat misi utama dalam pemerintahan di Madinah iaitu keselamatan rakyat, kebajikan ekonomi untuk membasmi kemiskinan, mengeratkan perpaduan rakyat, dan pembangunan spiritual masyarakat.

Keempat-empat agenda inilah yang menjadi faktor pengikat buat umat Islam waktu itu dalam memastikan semua kelompok merasai keadilan sama ada yang membela atau yang dibela. Semua golongan berkewajipan menunaikan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam memastikan keamanan hidup dapat dirasasi bersama dengan adil dan saksama.

Jejak langkah Nabi ini adalah menifestasi kebijaksanaan junjungan besar yang melihat ke hadapan dalam mencari rencah penyelesaian untuk membuahkan kemakmuran hidup, tidak mencanangkan keburukan dan kebencian antara satu sama lain.

Dalam menerokai lembaran baharu yang bermula hari ini, seharusnya kita menyepakati inisiatif Nabi ini dalam memandang jauh ke hadapan selari dengan asas perjuangan ABIM “Islam sebagai Penyelesaian Dalam Masyarakat Majmuk” dan tidak lagi terperangkap dalam satu rumah kaca dengan berterusan menggali permasalahan demi permasalahan yang menggagalkan usaha untuk menyatu-padukan anak semua bangsa.

Semoga 1442 Hijrah menjadi tahun yang lebih baik buat kita

Salam Awal Muharram 1442 Hijrah

"Muharram untuk Keamanan"

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 319 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa
Muktamar ABIM Dalam Resam Baharu Tetap
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...
ABIM Serah Dana RM10,000 Terbit Buku Bantu
    3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam ...
SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA.
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...

#Akhbar #TV

Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa
Muktamar ABIM Dalam Resam Baharu Tetap
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...
ABIM Serah Dana RM10,000 Terbit Buku Bantu
    3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam ...
SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA.
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Our website is protected by DMC Firewall!