Siaran Media

Published in Siaran Media

ABIM Kutuk Serangan Terhadap Umat Islam di Sri Lanka

Jun 18, 2014 Hit: 1069
ABIM Kutuk Serangan Terhadap Umat Islam di Sri Lanka

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serangan terhadap umat Islam di Sri Lanka. Serangan yang berlaku di pekan bahagian barat daya Sri Lanka seperti Alutgama dan Beruwala melibatkan kumpulan ekstrem kanan Buddha bernama Bodu Bala Sena menyebabkan 3 orang terbunuh dan 78 orang tercedera.

Beberapa buah rumah dan kedai juga terbakar akibat serangan yang berlaku pada hari ahad lepas. Masjid juga tidak terlepas dari menjadi sasaran. Insiden ini dikutuk hebat oleh komuniti Islam di Sri Lanka dan seluruh dunia kerana kerajaan Sri Lanka membiarkan kumpulan Bodu Bala Sena ini menganjurkan protes yang akhirnya memburuk menjadi pergaduhan antara agama. 

Beberapa pemimpin Islam dalam kerajaan seperti Rauf Hakeem, Menteri Kehakiman mengancam untuk meletak jawatan sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap pencetus kekecohan.

Menurut saksi orang tempatan, polis tidak berbuat apa-apa dalam melindungi mangsa dari serangan pengganas. Polis ada menembak gas pemedih mata dan mengumumkan darurat di beberapa kawasan sekitar 60 KM dari selatan ibu negara, Colombo, namun keganasan terus berlaku dalam beberapa jam. 

Kini situasi kembali tenang namun darurat terus berjalan sebagai langkah berjaga-jaga. Kawasan kejadian juga adalah tempat peranginan popular namun belum ada laporan pelancong terjejas. Perdana Menteri, Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa sudah membuat kenyataan melarang sesiapa daripada bertindak di luar undang-yundang dan sudah mengarahkan polis untuk membuat siasatan. 

Serangan ini adalah ulangan dari insiden yang berlaku pada Januari lalu dan tahun lepas apabila masjid diserang. Insiden keganasan terhadap minoriti agama telah berlaku beberapa kali di Sri Lanka melibatkan orang Kristian, Islam dan Hindu. Orang Islam di Sri Lanka berjumlah 10 peratus dari 20 juta rakyat.

Justeru, ABIM akan mengambil beberapa tindakan bagi menyebar luaskan kefahaman mengenai persefahaman agama melalui program-program seminar dan perbincangan meja bulat antara agama yang akan dianjurkan oleh Grup Pemuda Antara Agama ABIM (YIGA). 

Selain itu, ABIM juga akan mengaturkan beberapa perjumpaan dengan pihak-pihak yang berkenaan seperti Kedutaan Sri Lanka di Malaysia dan pemimpin dan persatuan agama Buddha di Malaysia bagi menyatakan keprihatinan ABIM berkaitan isu ini. 

ABIM juga berharap agar pihak yang berautoriti di Sri Lanka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar kecenderungan untuk menerima hakikat kepelbagaian agama ini dapat dikawal dan penduduk minoriti Sri Lanka yang pelbagai agama dapat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada warganegara tersebut.

Syahrir Azfar Saleh
Setiausaha, Biro Antarabangsa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 

Read 1069 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

*Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi*
Guru adalah awan indah terbang rendah, melimpahkan hujan pada musim gersang, menyegarkan benih ...
Hentikan Normalisasi Yang Meremehkan Penderitaan
Bersama hentikan normalisasi serta usaha meremehkan penderitaan umat Islam Uyghur! Mereka saudara ...
Heret Isu Rohingya ke ICC?
GOMBAK: Isu kemanusiaan dan pembersihan etnik didalangi Kerajaan Myanmar terhadap golongan Rohingya ...
ABIM Kecam Tragedi Tembakan Christchurch: Gesa
Mohamad Raimi Ab Rahim, 16 September 2019 ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk ...
ABIM Hails Malaysia’s Move To Accede To Rome
KUALA LUMPUR, March 5 — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) has welcomed Malaysia’s decision to ...

#Akhbar #TV