Siaran Media

Published in Siaran Media

Polemik Izwan Abdullah & Muhammad Ridzuan: Cadangan PM Satu Penghinaan Kepada Mahkamah Syariah

Jun 18, 2014 Hit: 15473
Polemik Izwan Abdullah & Muhammad Ridzuan:  Cadangan PM Satu Penghinaan Kepada Mahkamah Syariah

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mencadangkan agar kes perebutan hak jagaan anak dalam kes Izwan Abdullah dan Muhammad Ridzuan Abdullah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai jalan akhir bagi mengatasi kemelut tersebut. ABIM berpandangan cadangan tersebut dilihat tidak menghormati bidang kuasa dan legitimasi Mahkamah Syariah dalam negara serta menafikan keistimewaan Mahkamah Syariah dalam menjalankan kes-kes yang tidak boleh dicabar oleh Mahakamah Sivil. 

Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.

Namun, berdasarkan solusi yang dicadangkan menggambarkan seolah-oleh kerajaan tidak serius dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah di tempat yang sewajarnya yang dijamin oleh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Walaubagaimanapun, ABIM melihat perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkmah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya tidak ditajamkan. Sebaliknya satu lembaran baru untuk memastikan agar benar-benar kedua-dua sistem ini dapat diharmonikan perlu direalisasikan.

Senario hari ini menunjukkan beberapa peruntukan undang-undang yang wujud telah meletakkan status Mahkamah Syariah berada pada kedudukan yang janggal terutamanya apabila kes yang melibatkan hubungan antara Islam dan bukan Islam.

ABIM percaya bahawa konflik akan dapat diselesaikan sekiranya Mahkamah Syariah membenarkan salah seorang pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan. Kebenaran ini perlu kerana ia melibatkan hak seseorang yang merasakan diri mereka teraniaya. Dari sudut itu, ABIM melihat betapa peranan Mahkamah Syariah dapat dikembangkan hingga menjadi sandaran kepada bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.

Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, pasangan bukan Islam sudah tentu akan membawa kes mereka ke Mahkamah Sivil kerana ia satu-satunya medium yang membolehkan mereka untuk memperoleh keadilan dan hak. Maka, sudah tentu persoalan keistimewaan bidang kuasa Mahkamah Syariah akan timbul apabila perintah yang keluar dari Mahkamah Sivil bercanggah dengan ketetapan Mahkamah Syariah.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga melihat keperluan untuk hakim Mahkamah Syariah yang mengadili kes seumpama ini untuk dilatih dan didedahkan dengan sistem undang-undang sivil, yang meliputi prosedur dan “substantive” termasuk kes-kes yang menjadi “precedent” serta peruntukan undang-undang sedia ada seperti Law Reform Act (LRA) 1976.

Kerajaan khususnya Perdana Menteri mesti menunjukkan keikhlasan terhadap perundangan syariah samada yang sedang dilaksanakan dan yang belum dilaksanakan lagi. Persoalan maqasid syariah seperti yang diungkapkan oleh beliau apabila membicarakan persoalan undang-undang jenayah dalam Islam baru-baru ini memerlukan pembuktian yang jelas. ABIM memandang berat jika ia hanya sekadar alasan dibibir tanpa sebarang ikhtiar yang konkrit bagi memartabatkan perundangan syariah di bumi Malaysia.

Amidi Abdul Manan 
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

Read 15473 times
Rate this item
(1 Vote)

Siaran Media

Bunga Raya-Fern Leaf Symbol of Care, Love And
Ummu Noura Ummu Sofea It was not pre-arranged. It was a coincidence. My very intention ...
Hibiscus-Fern Leaf Strengthened Malaysia-New
At the solidarity event organized by Abim Pusat & FGIS - Friendship Group to express support to ...
New Zealand sangat sedih, kata Pesuruhjaya Tinggi
KUALA LUMPUR - “New Zealand sangat sedih,” kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Hunter Nottage ...
Masyarakat Madani & Malaysia Baharu: Apa
“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan ...
Kesaksamaan Fikiran dan Keseimbangan Peranan,
Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019 Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden ...
Wanita Bekerjaya Perlukan Sistem Sokongan
Disediakan oleh;- Raja Nurul Balqis bt Raja Md Arif Ketua Helwa, Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Generasi Muda Mahu Suara Mereka Didengari
Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, menegaskan generasi mahukan suara mereka didengari. Beliau ...
[Video]:-Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat
Reformasi Sistem Pilihanraya Manfaat Untuk Generasi Muda  Ucapan Perasmian & Pelancaran Buku ...

#Akhbar #TV