Siaran Media

Published in Siaran Media

Polemik Negara Islam vs Negara Sekular YB Sibu Tidak Layak Memimpin Rakyat Malaysia

Jun 19, 2014 Hit: 738
Polemik Negara Islam vs Negara Sekular YB Sibu Tidak Layak Memimpin Rakyat Malaysia

Kenyataan Ahli Parlimen Sibu, YB Oscar Ling yang mahu agar YB Datuk Seri Jamil Khir agar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas dakwaan kononnya jawapan berkaitan status Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan sekular adalah amat dikesali.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan ia adalah satu kenyataan yang bersifat jahat dan keterlaluan. Apakah niat asal beliau apabila mengemukakan soalan berkenaan kepada YB Menteri tersebut? Adakah beliau mengisytiharkan bahawa beliau berpendirian menentang negara Islam? 

Selaku seorang ahli politik yang sepatutnya mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan politik peribadi, soalan tersebut menyerlahkan kedangkalan politik yang berupaya menjerat masyarakat ke dalam suasana gelisah dan penuh dengan prasangka. 

YB Oscar Ling telah hilang kelayakan sebagai seorang pemimpin rakyat Malaysia yang seharusnya berusaha mewujudkan suasana yang harmoni dan damai. Kritikan pimpinan Parti Tindakan Demokratik yang dianggotai beliau yang dengan lantang menyelar sesetengah pihak berkaitan faham perkauman yang sempit umpama meludah ke langit. Adakah selepas ini beliau akan berbangga dengan sanjungan dan pujian sebilangan kecil rakyat Malaysia dan menjadi cemuhan majoriti warga Malaysia yang beragama Islam? 

YB Oscar tidak sedar terdapat perbahasan secara ilmiah berkaitan status negara Malaysia berdasarkan perlembagaan yang sedia ada. Hasil dari perbahasan itu wujud beberapa pandangan yang berbeza. Seharusnya sebagai wakil rakyat yang matang beliau boleh menerima perbezaan pandangan ini dan bertindak secara bijaksana tanpa mengambil pendekatan yang provokatif dan popular bagi meraih undi dan populariti.

Agenda pembangunan negara, pembasmian kemiskinan, salah tadbir kewangan, kekeluargaan, perpaduan dan pelbagai lagi isu yang mendatangkan manfaat kepada semua rakyat Malaysia mestilah diutamakan berbanding dengan isu sebegini yang hanya menambah salah faham dan syak wasangka sesama warganegara.

Adalah menjadi harapan ABIM dan rakyat Malaysia agar setiap wakil rakyat dapat menghindari polemik yang sebegini dan memberi fokus ke arah mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih baik di masa hadapan.

Amidi Abd Manan
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia

Read 738 times
Rate this item
(2 votes)

Siaran Media

[Video} Ke Arah Reformasi Sistem Pilihanraya Dan
Video : Reformasi Sistem Pilihanraya dan Pengukuhan Demokrasi: Sudut Pandangan Indonesia dan ...
Taski ABIM: Perintis Kegemilangan Tamadun Khayra
Oleh: Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM) Aisyah R.A ketika ditanya bagaimana akhlak ...
Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau
Membentangkan makalah berjudul "Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam ...
Nasihatul Muluk Bina Adab Kenegaraan Dalam
Naṣīḥat al-Mulūk karya Imām al-Ghazālī adalah merupakan sebuah karya yang tergolong dalam genre ...
Berkomunikasi Dengan Al-Qur'an
What kind of relationship between you and Qur'an? Sesi "Transformational Teaching" dimulakan Dr ...
[Video] Maqasid Quraniyya on Ethics of
"Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia" oleh:- Dr. ...
ABIM Pandang Serius Kenyataan Sekolah Aliran
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat liputan media yang melaporkan kenyataan Yang ...
Video: Pengenalan Kepada Tadabbur Al-Qur'an
Kuliah bersiri ini berdasarkan kepada kitab Tadabbur al-Quran. Video ini adalah siri pertama ...

#Akhbar #TV