Siaran Media (191)

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) oleh kerajaan.

Sehubungan itu, Ketua Biro Kesihatan, Dr Zafri Ismadi Mohd Anis, berkata ABIM akan bersama membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mempromosi sekali gus menggalakkan rakyat negara ini mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, vaksin diibaratkan 'senjata' ampuh yang penting untuk memerangi penularan pandemik kerana mempunyai keberkesanan yang tinggi.

"Vaksin adalah antara senjata ampuh yang penting dalam melawan pandemik COVID-19 bukan sahaja di negara ini, malah di seluruh dunia. Pencegahan penyakit berjangkit menggunakan vaksin adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dan berjaya dilaksanakan untuk pelbagai penyakit berjangkit lain seperti acar, campak dan polio.

"Keberkesanan vaksin yang sangat tinggi (kebanyakan melebihi 90 peratus) daripada pelbagai pembuat vaksin juga telah terbukti dengan ujian klinikal kepada puluhan ribu orang subjek ujian ini. Ini mengukuhkan keyakinan bahawa vaksin ini boleh menjadi alat utama dalam mencegah jangkitan COVID-19.

"Setiap daripada kalangan kita yang menerima imunisasi bukan sahaja melindungi diri malah melindungi mereka di sekeliling kita. ABIM sebagai sebuah gerakan ilmu dan bakti akan turut sama membantu dan mempromosikan usaha ini kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, program suntikan imunisasi COVID-19 adalah sesuai dengan prinsip Maqasid Syariah iaitu bermatlamat untuk melindungi nyawa ataupun hifzun-nafs.

"Sememangnya mudarat daripada jangkitan COVID-19 adalah jauh lebih besar dan berbahaya berbanding risiko vaksin. Dengan ini, ABIM meminta rakyat Malaysia daripada semua golongan khususnya mereka yang berisiko tinggi untuk mendaftarkan diri dalam PICK dan mengambil vaksin itu," katanya.

Sumber Berita Harian Online

Read 42 times
Rate this item
(0 votes)

THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always mindful of the ongoing climate crisis and problems of environmental degradation around the world.

This situation requires concrete actions by all parties that take the initiative to care for the environment.

Among the initiatives Abim is involved in at the grassroots level – using the Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN) platform – is the launch of the “Destroying the Environment is Against My Religion” campaign.

This campaign aims to inculcate the importance of environmental care among religious communities.

As part of this campaign, Abim calls upon the authorities in Malaysia, such as Jabatan Agama Islam, and accredited international bodies to include environmentally- friendly criteria as prerequisites for halal certification.

This action expands the definition of “halal and good” – also known as “halalan toyyiban” – by encouraging the public to become aware of the importance of environmentally-sustainable practices.

This initiative can guarantee environmentally-friendly food sources that are halal and good, where the earth and its produce can be cared for and guarded against irresponsible activities.

This will also be a starting point to educate the people – and Muslims in particular – to take climate change and environmental protection seriously, especially with regards to consumption patterns.

This proposal is in line with the 17th principle of the United Nations’ Sustainable Development Goals (SDGs), ie, to encourage the development of industries that support sustainable environmental practices. (SDGs are a collection of 17 interlinked global goals designed to be a “blueprint to achieve a better and more sustainable future for all” set in 2015 by the United Nations General Assembly.)

Abim is optimistic that Malaysia, as an international halal hub, can be a pioneer in bringing about better global halal standards with environmental protection.

Abim strongly believes that this initiative is a key item in fulfilling our responsibilities as stewards and caliphs on the earth who are responsible for caring for the world in an inclusive way for the good of all humanity.

MUHAMMAD FAISAL

ABDUL AZIZ

President, Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim) & Coordinator, Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN)

Sources: The Star Online. 

Read 39 times
Rate this item
(0 votes)

Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith Network (MCCIN) yang terdiri dari pertubuhan pelbagai agama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Friendship Group of Interreligious Services (FGIS) memandang berat isu bencana banjir yang melanda beberapa negeri di dalam negara.


Kami dengan tegas berpendirian bahawa isu bencana banjir yang sering berlaku berulang kali disebabkan beberapa faktor besar yang di mana seluruh pihak harus mengambil tanggungjawab:

1) Perubahan Iklim (Climate Change): Perubahan Iklim menyebabkan berlakunya 'unpredictable weather' seperti yang berlaku kini di mana tiada musim yang boleh dijangka berlaku mengikut masa seperti musim tengkujuh. Situasi ini mengakibatkan ketidaktentuan waktu hujan turun dan kadar taburan hujan pada sesuatu masa. Lantas, situasi ini menjadi penyebab berlaku banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat berfungsi. Justeru, pihak berkuasa dan masyarakat harus menitikberatkan isu perubahan iklim yang berlaku ini yang pasti menjadi faktor utama kepada masalah banjir.

2) Aktiviti pembalakan yang berleluasa tanpa kawalan: Aktiviti pembalakan berleluasa pasti akan mengakibatkan stok air di kawasan hutan simpan di hulu sungai terjejas dan mengakibatkan berlakunya banjir lumpur. Aktiviti pembalakan secara ‘land clearing’ atau ‘cuci mangkuk’ untuk juga akan memburukkan keadaan kerana jumlah larian air melebihi 'infiltration' (jumlah air yang meresap masuk dalam tanah untuk 'groundwater recharge' iaitu 'takungan simpanan' kita). Seharusnya aktiviti pembalakan dan sebagainya dikawal sebaiknya dan dilakukan secara ‘selective logging’ dan ‘land clearing’ bagi memastikan hutan yang berfungsi melindungi stok air dapat dipelihara.

3) Sungai: Sungai yang tidak diselenggara dengan kerap seperti dikorek dalam sesuatu masa untuk memastikan kedalamannya menepati sukatan tertentu serta bebas dari sampah sarap juga menjadi penyebab kepada berlakunya banjir. Justeru, pihak berkuasa harus meningkatkan aktiviti menyelenggara sungai dengan baik, termasuklah memelihara tebing sungai dari diceroboh.

4) Lembangan sungai: Lembangan sungai seperti kawah takungan banjir di kawasan hilir yang berfungsi untuk menakung limpahan air harus sentiasa dipelihara. Aktiviti pihak tidak bertanggungjawab yang menjejaskan lembangan sungai harus ditangani dan diambil tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa. Aktiviti memperbanyak kolam tebatan banjir harus diperbanyakkan oleh pihak berkuasa untuk menampung air yang berlebihan.

5) Aktiviti penanaman semula: Setiap kali penanaman semula di ladang-ladang, ia menjadi penyumbang tambahan kepada larian air permukaan. Maka, berkemungkinan aktiviti penanaman semula harus dikaji untuk dilakukan secara berperingkat. Selain itu, kekurangan pokok di kawasan bandar terutama di kawasan tengah dan hilir sungai juga menyumbang kepada banjir. Maka usaha menanam Dan memelihara pokok di kedua kawasan ini harus di pertingkatkan. Usaha ini boleh melibatkan komunit melalui konsep komuniti urban forests.

6) Perumahan: Kita juga harus maklum bahawa pertambahan perumahan akan mengurangkan lagi kawasan berpokok. Peranan pokok adalah sebagai penyerap air, maka semakin kurang pokok maka jumlah air akan bertambah. Justeru, pihak kami mencadangkan agar setiap perumahan baharu diwajibkan pemasangan sistem tuaian air hujan atau rainwater harvesting system (RWH) dan dikuatkuasakan kewajipannya dan di kawasan perumahan sedia ada diberi inisiatif untuk memasang sistem tersebut. Sistem RWH ini juga perlu diluaskan untuk kawasan luar bandar. Sistem ini boleh mengurangkan jumlah air yang masuk ke sistem peparitan dan sungai.

7) Pendidikan alam sekitar: Masyarakat harus ditekankan pendidikan alam sekitar secara menyeluruh yang meliputi isu perubahan iklim dan implikasi dari tingkah laku kita yang tidak beretika seperti membuang sampah di longkang yang menyebabkan berlakunya banjir. Pendidikan alam sekitar harus dirancang secara sistematik kepada masyarakat.

8) Perancangan bersepadu jangka panjang: Pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri merentasi semua kementerian, jabatan dan agensi harus duduk bersama untuk mengemukakan pelan jangka panjang yang lebih holistik dan bersepadu bagi menangani isu banjir. Ia memandangkan kesan perubahan iklim dan terjejasnya alam sekitar berlaku akibat dari segenap aktiviti yang berkait dengan pembangunan, pembalakan, etika masyarakat dan sebagainya. Sudah pasti ia melibatkan penguatkuasaan secara bersepadu untuk pihak berkuasa tangani sebaik-baiknya.

Kesimpulan daripada pernyataan di atas adalah ia menuntut suatu pelan jangka panjang meliputi rangka kerja bersepadu semua pihak meliputi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Kementerian, Jabatan dan Agensi.
Kegagalan pihak berkuasa untuk mengemukakan pelan yang lebih bersepadu pasti akan menyebabkan permasalahan banjir berulang kembali dan pasti akan menambahkan beban rakyat setiap kali berlakunya bencana ini.

Selain itu, kerosakan prasarana seperti lebuh raya, jalan, dan kemudahan awam akibat banjir pasti menelan belanja yang amat besar untuk dibaiki yang pasti ia suatu pembaziran terhadap wang hasil titik peluh rakyat.

Kami dengan tegas menggesa isu-isu yang dinyatakan ini, terutamanya perubahan iklim dan penebangan hutan ditangani secara lebih berkesan kerana tanpa penegasan ke atas isu seperti ini, negara kita akan sentiasa berhadapan dengan kesan malapetaka besar sama ada secara langsung atau tak langsung seperti banjir dan penularan wabak Covid-19. #BangsaMalaysiaLawanPerubahanIklim

#BangsaMalaysiaFightingClimateChange

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Penyelaras Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICC) merangkap Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 15hb Januari 2021.


Kenyataan ini disokong secara bersama oleh NGO-NGO:
1) Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN)
2) Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM)
3) Friendship Group of Inter Religious Services (FGIS)
4) Council of Churches of Malaysia (CCM)
5) SAVE Rivers 6) Orthodox Syrian Church, Malaysia
7) Malaysian Youth Council (MBM)
8) Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM)
9) Tibetan Buddhist Culture Centre Malaysia (TBCC)
10) Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)
11) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
12) Gerakan Belia Sikh Malaysia (GBSM)
13) Sathya Sai International Organisation Malaysia
14) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
15) Hindu Sevai Sangam
16) Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass Malaysia)
17) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
18) Projek Wawasan Rakyat (Powr)
19) Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)
20) Global Peace Mission Malaysia (GPM)
21) Community Action Network (CAN)
22) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)
23) LLG Cultural Centre
24) Malaysian Consultative Council for Islamic Organization (MAPIM)
25) Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
26) Pertubuhan Muafakat Sabah (MUAFAKAT SABAH)
27) Projek 57
28) The Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
29) Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
30) Persatuan Ilmu Murni Pulau Pinang
31) Kesatuan Generasi Madani Selangor (KGMS)
32) Interactive Muslimah Association (IMAN)
33) Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah (HSE Sabah)
34) Wanita Impian Negeri Sabah (WINS)
35) Treat Every Environment Special (TrEES)
36) Institut Kepimpinan Bitar

Read 287 times
Rate this item
(0 votes)
Muktamar ABIM Dalam Resam Baharu Tetap Berlangsung Dengan Meriah

 

26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak bertepi kepada semua pimpinan serta aktivis ABIM Negeri dan Daerah yang menyertai Muktamar Sanawi dari stesen masing-masing, yang julung kalinya dianjurkan secara ‘hybrid’ kali ini.

 norma baharu muktamar abim 1

 

norma baharu muktamar abim 2

 

ABIM telah mengetengahkan tema “Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa Malaysia: Memaknai Separuh Abad Perjuangan Gerakan Islam ABIM” sempena dengan penganjuran Muktamar Sanawi ABIM Ke-49.

norma baharu muktamar abim sidang online


Penganjuran muktamar ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kerana ia diadakan menjelang 50 tahun penubuhan ABIM.

norma baharu muktamar abim meriah

Bertemu lagi dalam program tradisi kita, Sesi Menghadam Ucapan Dasar Presiden ABIM (MUDA) pula nanti, insya-Allah!

Read 327 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Serah Dana RM10,000 Terbit Buku Bantu Pelajar OKU Penglihatan
 
 
3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menyerahkan sumbangan fasa pertama dana sebanyak RM10,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) untuk mencetak dan menerbitkan buku sejarah tingkatan lima di dalam bentuk braille yang akan memberi manfaat kepada para pelajar OKU penglihatan.
 
Sumbangan disampaikan Naib Presidennya, Sdr. Zairudin Hashim dan diterima oleh Sdr. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegwai Eksekutif (CEO) YOBM, di Pusat Rukun Tetangga Daerah Brickfields, Kuala Lumpur.
 
Pihak ABIM dan YOBM mensasarkan kutipan RM100,000 menerusi Kempen Tabung Dana Prihatin bagi projek mencetak dan menerbitkan buku teks sekolah dalam bentuk Braille.
 
Dengan tanda pagar #BukuUntukSemua, sumbangan seikhlas hati Tuan/Puan budiman boleh terus dimasukkan ke dalam:
 
Akaun BANK ISLAM ABIM: ????-????-????-??
tabung braille
 
 
Bersama cakna dengan isu OKU!
 
 
Read 3480 times
Rate this item
(1 Vote)

SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA.

Oct 10, 2020
Hit: 435
SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA.

 

10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan Selamat Hari Doktor Negara kepada seluruh warga perubatan yang telah berkhidmat menjaga keselamatan negara.
Terima kasih atas segala jasa kalian menjaga kami rakyat Malaysia terutama semasa pandemik COVID-19 ini.
Meskipun Hari Doktor Sedunia disambut pada 30hb Mac, Hari Doktor Negara diisytiharkan di Malaysia pada 10hb Oktober setiap tahun. Ianya mula disambut sejak tahun 2014 di Perak, hasil kerjasama Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) bersama Pertubuhan Pengamal Perubatan Perak (PMPS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Para aktivis serta sukarelawan ABIM dan agensi turut menyampaikan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas mencabar mereka dalam berhadapan dengan wabak COVID-19 ini.
Sesungguhnya, tiada harta mahupun wang ringgit mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian, yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.
Semoga Allah Subhanahu wa-ta’ala melindungi dan merahmati kalian serta keluarga kalian.
Kalian adalah wira negara!
#ABIMdiHatiku
Read 435 times
Rate this item
(0 votes)
Hormati Hak Orang Kurang Upaya (OKU)!

 

BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA

1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T sudah semestinya mempunyai kelainan dan keistimewaan yang berbeza-beza. Ini termasuklah berbeza dari segi warna kulit, bangsa, kaum, dan juga keupayaan dari segi fizikal dan mahupun mental.

2. Walau bagaimana pun, kelainan yang berbeza-beza ini tidak sedikit pun mengurangi darjat antara sesama manusia kerana bentuk perbezaan yang dilihat dan dinilai di sisi Allah S.W.T hanyalah tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang semata-mata. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “ Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa" (Al-Hujurat : 13).

3.Juga diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,)

4. Jesteru, Islam menuntut kita untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain serta melakukan kebajikan dan kebaikan kepada mereka, termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Hal ini kerana, Islam tidak pernah menyisihkan golongan-golongan tersebut, malah menggesa semua pihak untuk menyantuni mereka dengan adil dan baik. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maaidah: 2)

5. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat segelintir masyarakat kita yang masih kurang sensitif dan peka terhadap hak Orang Kurang Upaya di dalam negara ini. Oleh itu, sebagai mahasiswa yang bertanggungjawab menjadi agen perubahan dalam kalangan masyarakat, menjadi keperluan untuk kita memahami hak OKU dan mengajak masyarakat umum untuk menghormati hak golongan ini melalui tauladan dan contoh yang baik.

6. Adalah tidak wajar sekiranya mahasiswa tidak menghormati hak OKU, apatah lagi berkelakuan kurang sopan dan menyalahgunakan kemudahan golongan OKU untuk kepentingan diri sendiri. Tindakan-tindakan yang tidak enak ini sudah semestinya mencabuli hak mereka dan mengguris perasaan golongan ini.

7. Oleh itu, semua mahasiswa digesa untuk belajar memahami dan peka terhadap sensitiviti golongan OKU. Mahasiswa juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dalam menghormati hak golongan OKU supaya segala bentuk diskriminasi dapat dihapuskan.

Che Aidil Erfan
Aktivis PKPIM

Read 853 times
Rate this item
(0 votes)
The Dalai Lama Will Be Speaking On Malaysia’s Muslim Youth Movement Online Forum To Promote Religious Harmony

 

The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & Buddhism”

Kirat Kaur
BY KIRAT KAUR
In an increasingly rare display of respect and tolerance in Malaysia, an online Islam-Buddhist forum featuring the Dalai Lama – the Tibetan Buddhist spiritual leader – will be held this month to build inter-religious harmony.
His Holiness the 14th Dalai Lama, Tenzin Gyatso, and International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC)’s Professor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar will be discussing the topic “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & Buddhism” online on 28 September.
In an interview with Malaysiakini, organiser Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) explained that they believed different religious views should be discussed on a suitable platform that focuses on wisdom and truth.
Hence the idea to organise this interfaith dialogue.
Nowadays, we are often surrounded by elements of Islamophobia, triggered by irresponsible parties. We should engage in harmonious dialogue with various communities as a mechanism to explain Islam and the contribution of this religion towards peaceful coexistence.
 
ABIM believes that we need to look at a bigger perspective, which is how religious diversity can be an asset to harmony and unity, instead of a factor for conflict.
 
Muhammad Faisal Abdul Aziz, President of Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) via Malaysiakini.
 
The event is also organised by the Tibetan Buddhist Culture Centre, Malaysia (TBCC), whose president Casey Liu will be moderating alongside ABIM’s president Muhammad Faisal Abdul Aziz. Sources: The Rakyat Post.
 
Read 2882 times
Rate this item
(0 votes)

Muharam Untuk Keamanan

Aug 20, 2020
Hit: 429

 

Read 429 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Selar Perjanjian Damai UAE-Israel, Anggap Ia Satu Pengkhianatan.

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam perjanjian damai Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

 

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata tindakan ini adalah satu tamparan hebat terhadap seluruh umat Islam apabila Abu Dhabi mengiktiraf Israel dan seterusnya akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.

"Perjanjian ini membelakangkan sentimen dan harapan masyarakat antarabangsa untuk melihat hak Palestin menjadi sebuah negara merdeka di tanah yang dijajah rejim Zionis tercapai.

"Perjanjian yang mendapat restu dan sokongan kuat Trump yang bertanggungjawab mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan seterusnya menaja 'Deal of the Century' adalah satu pengkhianatan besar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Trump dalam satu pengumuman mengejut melalui Twitter berkata, Israel dan UAE berjaya mencapai perjanjian damai.

Katanya, hubungan yang kembali normal antara UAE dan Israel ini adalah satu pencapaian besar dan turut menyifatkan ia sebagai perjanjian damai bersejarah membabitkan dua rakan baik.

AS menganggap peristiwa itu sebagai hari bersejarah dan langkah signifikan ke arah mewujudkan keamanan di Asia Barat sekali gus mengakhiri ketegangan selama 72 tahun di rantau itu.

Muhammad Faisal turut menyeru masyarakat antarabangsa dan semua pihak yang cintakan keamanan untuk melipat gandakan usaha serta kempen bagi memboikot rejim Zionis.

"ABIM konsisten berpegang teguh kepada penubuhan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

"ABIM mendesak kepada semua negara untuk bertindak atas kepentingan kemanusiaan serta kesedaran, berbanding kepentingan ekonomi dan perdagangan dengan pihak Washington semata-mata," katanya.

Sumber: Berita Harian.

Read 3748 times
Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

14 JULAI 2020 / 22 Zulkaedah 1441 H

PEMBUKAAN HAGIA SOFIA UNTUK SOLAT PETUNJUK POSITIF UNTUK BEBASKAN AQSA

 

HHSSOIPRKB30FFJ

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakyat Turki, di atas pengumuman bangunan ikonik Hagia Sophia (Aya Sophia) yang akan dibuka kembali menjadi sebuah masjid oleh Mahkamah tertinggi Turki.

Pengumuman yang boleh dianggap sebagai satu kemenangan umat Islam dunia itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan, susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium.

ABIM ingin menegaskan berkenaan fakta sejarah masjid ini, di mana ia bukannya dirampas oleh Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al-Fatih), tetapi dibeli oleh Sultan Mehmed II daripada pihak Kristian Ortodoks pada waktu itu untuk diwaqafkan sebagai masjid, selepas kejatuhan Constantinople (kemudian dikenali sebagai Istanbul) pada 1453.

ABIM juga ingin menekankan bahawa meskipun ketika zaman itu Islam terlalu kuat di bawah pemerintahan Sultan Mehmed II serta Kerajaan Uthmaniah, dan agama lain dilihat secara mata kasar tiada hak untuk berunding, namun Sultan Mehmed II tetap mengambil pendekatan menghormati kelompok minoriti. Inilah keindahan akhlak serta hikmah pemimpin Islam yang sejati.

Pada 11hb Julai 2020 (Sabtu) selepas 85 tahun (sejak dijadikan muzium pada 1935 ketika era sekular Turki), akhirnya azan dikumandangkan sekali lagi di bangunan Hagia Sophia yang cukup indah.

ABIM mendoakan semoga pembukaan Hagia Sofia untuk solat ini menjadi petunjuk positif usaha bebaskan Al-Aqsa, insya-Allah.

Muhammad Faisal Abdul Aziz,

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Read 521 times
Rate this item
(0 votes)
Page 1 of 16

Siaran Media

Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi Wanita Serta Kanak-Kanak
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi.
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan Empat Hasrat Dan Tuntutan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...

#Akhbar #TV

Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi Wanita Serta Kanak-Kanak
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi.
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan Empat Hasrat Dan Tuntutan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd