Sinar Ramadhan 1438H

ABIM sasar bantu 6,000 keluarga tahun ini

PETALING JAYA, 18 Mei (Bernama) -- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyasarkan untuk membantu 6,000 keluarga yang terdiri daripada golongan asnaf sempena program ‘Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)’ tahun ini.

Presidennya Mohamad Raimi Ab Rahimi berkata program itu sudah dimulakan sejak 2006 lagi.  “Tahun ini ABIM mensasarkan untuk membantu 6,000 keluarga di seluruh negara sempena KSSB yang dimulakan sejak 2006.

“Secara keseluruhan KSSB pada tahun ini telah berjaya menyumbang kepada 5,812 penerima di seluruh negara,” katanya selepas program KSSB yang turut dihadiri Pemangku Pengarah Eksekutif AIBIM Ratna Sha'erah Kamaludin. Mohamad Raimi berkata pada hari ini sahaja, jumlah sumbangan daripada AIBIM kepada golongan miskin bandar di sini adalah sebanyak RM60,000 dan sumbangan sekampit beras dan juga barangan keperluan harian serta wang tunai juga disampaikan.

Seramai 200 buah keluarga daripada golongan asnaf di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8 Kota Damansara hari ini menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian menerusi program amjuran ABIM itu. Program dengan kerjasama Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) itu adalah usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan untuk menjalani ibadah puasa dan melakukan persiapan Aidilfitri kelak.

Mohamad Raimi berkata melalui program itu juga, pihaknya menziarahi beberapa rumah keluarga asnaf terpilih di kawasan perumahan tersebut bagi mendekati golongan ini selain memberi sumbangan.

Sementara itu, seorang penerima yang merupakan peniaga nasi lemak, Jalur Hassan, 72 melahirkan rasa terharu atas sumbangan yang diberikan kerana ia dapat membantu meringankan bebannya sepanjang bulan Ramadan. “Saya berterima kasih kepada ABIM dan AIBIM yang memberi sumbangan ini kerana keprihatinan mereka dan melalui pemberian ini sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan hidup kami yang serba kekurangan ini,” katanya. -- BERNAMA

Read 10 times
Rate this item
(0 votes)
“Membina Belia Bertaqwa : Merealisasi Misi Rahmatan Lil ‘Alamin”

18 Mei 2019, Lahad Datu - Alhamdulillah. Selesai Program Ihya' Ramadhan 1440H Siri 6 yang telah diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Kem Semulung Daerah Sepagaya, Lahad Datu melibatkan peserta dari kalangan remaja dan belia yang berjalan dengan lancar. . Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg Dr. Hj Suharpi Hj Lasuddong. Turut hadir Sdra. Jaafar Mahmud, YDP ABIM Sabah. . Program Ihya’ Ramadan merupakan program tahunan bersempena Bulan Famadan yang digerakkan oleh ABIM Sabah melalui portfolio sihat rohani dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N. Sabah (JHEAINS) dan Majlis Belia Sabah (MBS). . Tahun ini merupakan tahun ke-15 jelajah Program Ihya’ Ramadan di beberapa daerah terpilih. Tema Program Ihya’ Ramadhan tahun ini ialah “Membina Belia Bertaqwa : Merealisasi Misi Rahmatan Lil ‘Alamin” .

Read 9 times
Rate this item
(0 votes)

Badar:- Jihad Pertama di Bulan Ramadhan Featured

May 18, 2019
Hit: 65
Written by
Badar:- Jihad Pertama di Bulan Ramadhan

Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah-

Allah (Islam) merupakan agama yang benar, dan Allah-lah yang akan membantunya. Kebatilan sekalipun dilihat indah tetapi kebenaran akan membatalkannya. Kemenangan akan datang daripada Allah meskipun sebab-sebab kemenangan itu lambat laun munculnya. Wajib ke atas sang hamba untuk berpegang teguh dengan agama ini, sekiranya mereka membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu mereka, firman Allah,

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” (Ali Imran, 123)

Puasa diwajibkan kepada umat Islam pada Sya’ban tahun 2 Hijrah, seperti dinyatakan Imam an-Nawawi rahimahullah di dalam Majmuk.

Hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah merupakan hari yang agung dalam sejarah Islam. Allah menamakan hari tersebut sebagai Hari al-Furqan (pemisah antara kebenaran & kebatilan). Rasullullah sallAllahu alaihi wa sallam bersabda tentangnya, “(Baginda berdoa) : Wahai Allah, sekiranya jemaah muslimin ini dihancurkan, tidaklah Engkau disembah di muka bumi ini, (maka bantulah kami).” (HR Muslim) Imam alQurtubi berkata, “Pada hari itulah tertegaknya Islam.”

Nabi sendiri menghadiri peperangan ini, begitu juga turunnya seribu malaikat daripada langit yang dikepalai malaikat Jibril alaihissalam demi peperangan ini. Sesiapa saja daripada kaum mukminin yang menyertai peperangan ini dosanya kesemua diampunkan, diharamkan daripada api neraka, dan kedudukannya di Syurga yang tertinggi. Sesiapa saja daripada malaikat yang menyertainya dimuliakan daripada selain mereka. Peristiwa ini mengandungi teladan dan bukti kekuasaanNya, pelajaran dan mukjizatNya.

Perang Badar merupakan perang yang berlaku antara Muslimin dan Musyrikin Mekah ; perang yang menguji keimanan 313 ahli Badar, dan mengajar Musyrikin Mekah yang meskipun 1000 orang itu, akan kekuatan Allah ta’ala yang tanpa perinya. Tiada seorangpun daripada ahli Badar ini yang mundur daripada medan perang, meskipun dalam keadaan Ramadhan yang terik dan berpuasa, dan hanya berbuka ketika betul-betul di medan perang (HR Muslim). Kesemuanya samada ; pulang ke Madinah sebagai pemenang, atau pulang ke rahmatullah sebagai syahid.

Empat belas orang sahabat telah mati syahid dan ditempatkan di Syurga tertinggi. Ibu kepada Haritsah bin Suraqah (salah seorang sahabat yang mati syahid) mendatangi Nabi dan berkata, “Wahai Nabi Allah, ceritakanlah kepadaku tentang Haritsah!” Baginda menjawab, “Wahai Ibu Haritsah! Sesungguhnya terdapat pelbagai tingkatan Syurga, dan anakmu ditempatkan di Syurga Firdaus yang tertinggi!” (HR Bukhari) Ibn Katsir berkata, “Dalam hadis ini terdapat peringatan yang agung tentang kemuliaan Ahli Badar. Sesungguhnya Haritsah tidak masuk ke tengah medan perang, tetapi merupakan daripada pasukan pemantau daripada jauh. Beliau terkena panahan yang tajam dalam keadaan beliau meminum air daripada telaga, meskipun dalam hal demikian beliau tetap menempati Firdaus. Bagaimana pula dengan mereka yang berdepan dengan musuh (sudah tentulah lebih lagi)?!”

Islam telah sampai kepada kita dengan pengorbanan demi pengorbanan ; jiwa-jiwa dikorbankankan deminya, badan-badan menjadi luka deminya, dan para Rasul, para Siddiqin (mereka yang melazimi kebenaran), para Syuhada dan Malaikat berperang demi mengangkat agama ini dan mengekalkannya di muka bumi. Zaman bertukar ganti, namun agama ini tetap terpelihara secara sempurna hukum-hakamnya dan pensyariatannya, sesuai untuk setiap waktu dan tempat ; kewajipan setiap hamba ialah untuk menganuti dan menurutinya, dan bergembira dengan agama ini, dan menyebarkannya dan membantunya.

Kita memohon daripada Allah agar mengekalkan kita dalam agama ini, dan memberi kita petunjuk ke arah sebaik-baik jalan.

Read 65 times
Rate this item
(0 votes)
*Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi*

Guru adalah awan indah terbang rendah,

melimpahkan hujan pada musim gersang,

menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;

Petikan di atas adalah sebahagian daripada bait-bait dalam puisi A.Samad Said, sasterawan negara pada 1988 yang bertajuk ‘Obor hemah’. Begitulah semangat tema Hari Guru Kebangsaan yang diangkat pada tahun ini; “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Dalam puisi ini, Pak Samad menukilkan kepentingan tugas hakiki keguruan adalah untuk menyemai rasa cinta terhadap ilmu yang akhirnya mencerminkan hikmah dalam kehidupan setiap anak bangsa. Kehidupan yang dimaksudkan tersebut sudah tentunya kehidupan yang bermanfaat kepada kemenjadian seluruh bangsa itu sendiri.

Dalam manhaj pendidikan yang diajar baginda Rasulullah SAW, aspek dan prinsip pendidikan nilai adalah menjadi keutamaan. Prinsipnya adalah pembentukan akhlak yang terbaik. Ini dapat disokong dalam beberapa hadis yang mengukuhkan bahawa pembentukan budi pekerti itu adalah tujuan nabi diutuskan.

Dalam usaha mengangkat semula pendidikan hikmah dalam amalan pembelajaran dan pengalaman persekolahan, beberapa istilah yang seerti seperti Pendidikan Karakter, Pendidikan Moral dan Budi Pekerti, Pendidikan Sosial dan Emosional, dan sebagainya perlu diketengahkan diarusperdanakan.

Dalam Al-Baqarah, ayat 129 _“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (kebijaksanaan) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”_, dan daripada ayat ini juga menjelaskan tugas baginda sebagai seorang guru.

Jelas sekali, dalam pendidikan ummatik, bagi mengangkat suatu jiwa dan bangsa, memerlukan kekuatan guru bagi menghadamkan inti utama pendidikan itu sendiri, iaitu hikmah, yang merupakan kunci kepada pemberdayaan, dan kunci kepada keunggulan. Justeru, menjadikan pendidikan sebagai agenda utama negara, dan agenda utama organisasi dakwah seperti ABIM merupakan suatu yang terus relevan dalam menjayakan pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara.

Selamat Hari Guru #TerimaKasihCikgu

*Radin Muhd Imaduddin bin Radin Abdul Halim*

_Pengerusi_ _Yayasan Takmir Pendidikan_

Read 95 times
Rate this item
(0 votes)

Tak Apalah. Ayah Kami Masih Kuat Lagi. Featured

May 13, 2019
Hit: 108
Written by
Tak Apalah. Ayah Kami Masih Kuat Lagi.

"Tak apalah. Ayah kami masih kuat lagi. Beri pada orang lain ya." kata anak sulung, Aisyah kepada kami.

Tersenyum bersama kami mendengar jawapan Aisyah bila ditanya kenapa tak ikut sama membawa adik-adik dalam program beli baju raya pada hari sebelumnya

Aisyah dan adik-adiknya tinggal bersama ayah dan neneknya yang dipanggil Uwan. Ibu telah 7 tahun bertemu penciptaNya. Ayah bekerja menjaga dobi layan diri, sementara Uwan dengan kudrat yang ada menerima tempahan froozen food.

Bersemangat Aisyah bercerita tentang persekolahan dia dan adik-adiknya. Anak-anak yang punya akhlaq yang baik. Menyambut dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih atas kunjungan kami melalui program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB).

Sebelum balik, salam tangan Uwan, peluk Uwan dan doakan kesabaran serta kesihatan buat Uwan. Uwan sambung minta doa sentiasa kuat tuk dapat jaga cucu-cucu sampai mereka dewasa.

Pegang kuat tangan Uwan, sambil tersenyum tanyakan Uwan, mudah tidak menjaga anak-anak ini? Jawab Uwan pantas, "Sangat senang dan rezeki banyak masuk," penuh semangat.

Duhai Allah, makbulkan doa Uwan dan doa anak-anak ini, kurniakan sebanyaknya kebaikan buat mereka, ampunkan dosa mereka dan berkati mereka ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin.

Pengakhiran program KSSB Abim Pusat bersama AIBIM dan Abim Negeri Sembilan pada hari Sabtu lalu yang sangat membahagiakan hanya dengan melihat semangat dan kecerdasan anak-anak ini.

Sama-sama ya kita doakan mudah-mudahan Aisyah dan adik-adiknya serta seluruh keluarga penerima sumbangan dipermudahkan dalam segala urusan dan dibukakan jalan keluar dari setiap kesulitan yang dihadapi. Amin ya Allah.

Buat penyumbang budiman, terima kasih ya. Semoga Allah menggantikan dengan sebanyaknya kebaikan dan ganjaran kepada semua.

----------------------

Begitulah KSSB (Kempen Seorang Sekampit Beras) ABIM dianjurkan tidak hanya memenuhi keperluan mereka yang memerlukan, lebih dari itu mendekatkan golongan yang berkemampuan melunaskan keprihatinan kepada yang sebaliknya.

Kita percaya proses mendidik hati dan emosi serta islah diri dapat dibantu melalui medium usaha kecil ini sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun, dengan cara mendekati dan membantu golongan musthad'afin.

Tahun ke-13 KSSB digerakkan, kita tetap mendoakan agar asnaf dan keluarga berkeperluan yang menerima sumbangan pada tahun ini akan tergolong dalam kalangan yang mampu diberdaya kewangannya dan mampu memberikan sumbangan pada tahun berikutnya.

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk;

¤ Wang ringgit boleh disalurkan menerusi akaun : ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Bank Islam (1402 3010 0305 52)

¤ Atau tekan link billplz KSSB di bawah ini untuk langsung ke pautan sumbangan: www.billplz.com/kssb

Hubungi terus pihak sekretariat di talian; 017-558 3251 #AndaHulurkanKamiSampaikan #KSSB2019

 

Catatan Oleh Puan Maria Kamel, Penyelaras Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)

Read 108 times
Rate this item
(0 votes)
Jelajah KSSB Ramadhan 2019 Dekatkan Antara Penyumbang & Mereka Yang Memerlukan

Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah Rembau melaksanakan tugasan penyampaian bantuan Ramadhan 2019 hasil sumbangan dari The Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM).

Pada kali ini pihak AIBIM telah memilih Daerah Rembau sebagai tempat untuk agihan bantuan Ramadhan. Ini adalah usahasama pihak AIBIM dan Abim.

Seramai 200 asnaf telah kita santuni. Sempat melakukan kunjungan ke 5 rumah asnaf untuk menyampaikan bantuan.

Kempen seorang sekampit beras (KSSB) 2019. Catatan : Kamarul Arifin Wafa

-----------------------------

Begitulah KSSB (Kempen Seorang Sekampit Beras) Abim Pusat dianjurkan tidak hanya memenuhi keperluan mereka yang memerlukan, lebih dari itu mendekatkan golongan yang berkemampuan melunaskan keprihatinan kepada yang sebaliknya.

Kita percaya proses mendidik hati dan emosi serta islah diri dapat dibantu melalui medium usaha kecil ini sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun, dengan cara mendekati dan membantu golongan musthad'afin.

Tahun ke-13 KSSB digerakkan, kita tetap mendoakan agar asnaf dan keluarga berkeperluan yang menerima sumbangan pada tahun ini akan tergolong dalam kalangan yang mampu diberdaya kewangannya dan mampu memberikan sumbangan pada tahun berikutnya.

Teruskan memberi sumbangan ya. Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk;

¤ Wang ringgit boleh disalurkan menerusi akaun : ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Bank Islam (1402 3010 0305 52)

¤ Atau

tekan link billplz KSSB di bawah ini untuk langsung ke pautan sumbangan: www.billplz.com/kssb

Hubungi terus pihak sekretariat di talian; 017-558 3251

Read 100 times
Rate this item
(0 votes)
Kempen Seorang Sekampit Beras 2019 Sasar Bantu 6,000 Keluarga

Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka yang memerlukan. Jom sertai kami dalam Kempen KSSB tahun ke-13 sebagai tanda keprihatinan buat golongan asnaf, fakir dan mereka yang memerlukan.

Sumbangan dalam bentuk; ¤ Wang ringgit boleh disalurkan menerusi akaun :

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Bank Islam (1402 3010 0305 52) ¤

Atau tekan link billplz KSSB di bawah ini untuk langsung ke pautan sumbangan: www.billplz.com/kssb

Hubungi terus pihak sekretariat di talian; 017-558 3251

Read 210 times
Rate this item
(0 votes)
[Video] Pandangan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (TPM) Mengenai Keselamatan Wanita & Cabaran Global

Women Database - Databease To Address Women Security Issues Needed

Read 119 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Sarawak Terima Anugerah Perdana Belia Negeri Featured

May 08, 2019
Hit: 140
Written by
ABIM Sarawak Terima Anugerah Perdana Belia Negeri

27hb April 2019 (Sabtu) - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah dinobatkan sebagai Johan dalam Kategori Pertubuhan Belia dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sarawak 2019. Acara penyampaikan hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Perlancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Doakan ABIM Sarawak untuk menjuarai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan 2019 yang akan disampaikan pada 15 Mei 2019 nanti di Putra Jaya.

Read 140 times
Rate this item
(0 votes)

Buka Minda Si Cilik Featured

May 08, 2019
Hit: 134
Written by
Buka Minda Si Cilik

28hb April 2019: Alhamdulillah, telah berlangsung program University Community Engagement bertajuk “Buka Minda Si Cilik” daripada pelajar-pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seramai 40 kanak-kanak Garaj Belia MBSA (Adab Youth Garage) dan 25 Pelajar UITM telah terlibat dalam menjayakan program ini. Terima Kasih buat pihak UiTM atas usahasama program ini. Garaj Belia dan AYG komited dalam memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa menyertai sebarang program kesukarelawan.

Read 134 times
Rate this item
(0 votes)
Page 1 of 90