Displaying items by tag: Dermaga

Pada 10hb hingga 12hb Ogos 2017 telah diadakan Training Of Trainer DERMAGA di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Bandar Baru Uda. Seramai 34 orang peserta telah hadir dari pelbagai peringkat umur. Mereka semua adalah trainer DERMAGA di peringkat negeri Johor yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah, masjid-masjid dan di program jemputan. Tujuan diadakan program ini bagi mendedahkan masyarakat tentang betapa pentingnya isu masalah seksual dikalangam remaja masa kini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan TOT DERMAGA ini. Semoga usaha ini diberkati Allah.

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah agenda pembangunan sosial dan keluarga, komited memberikan pendidikan keluarga dan masyarakat keseluruhannya, agar dapat menjadi benteng kepada kebejatan sosial; yang melanda ummah pada waktu ini. “Diriku Permata Berharga” (DERMAGA) merupakan program pendidikan remaja, khusus menjauhi gejala sosial dan lebih kepada pernghargaan diri sendiri.

Program yang dianjurkan oleh ABIM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak ini, akan menjelajah ke seluruh Perak; untuk memberi penerangan tentang cara hidup remaja yang sihat dan bersakhsiah. Program ini menekankan isu pergaulan bebas dan mengandung luar nikah pada umur remaja.

Hampir 4,000 pelajar beserta guru guru mendapat manfaat daripada perkongsian dan latihan ini. Apabila berada di lapangan, banyak kisah kisah remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah khususnya air ketum, syabu dan ganja yang merenggut masa hadapan anak muda kita. Diharapkan pihak kerajaan dapat melihat isu dadah dan remaja sekolah ini dengan lebih fokus terutama pengurusan kewangan yang perlu ditambahbaik. Hal ini berkait rapat dengan pembinaan generasi muda dan kepimpinan akan datang.

Page 3 of 4