Displaying items by tag: diriku permata berharga

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkongsi kebimbangan yang dinyatakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) baru-baru ini yang memandang serius berkenaan tiga (3) kes salah laku seksual melibatkan remaja yang dilaporkan di media massa kebelakangan ini. Berleluasanya salah laku seksual terhadap kanak-kanak ini menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan fabrik keutuhan masyarakat secara keseluruhan.

Atas rasa kesedaran yang tinggi, ABIM telah berpartisipasi sama membangun pengetahuan pendidikan reproduktif dalam kalangan remaja dan kanak-kanak melalui program pendidikan DERMAGA - Diriku Permata Berharga untuk membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif kepada kelompok sasaran.

*DERMAGA telah dijalankan di seluruh negara melalui pendekatan berperingkat kepada golongan sasaran dengan kerjasama erat pelbagai agensi tempatan*.

Alhamdulillah, pada 9hb November 2018, para jurulatih program Tunas Dermaga (Diriku Permata Berharga) bertemu dengan anak-anak dari SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SRI DAMANSARA 3.

Seramai lebih 80 anak-anak berusia 11-12 tahun mengikuti secara langsung program pendidikan reproduktif kanak-kanak ini.

Modul Tunas Dermaga diolah melalui konten dan pendekatannya sebagai usaha kecil bagi memberdaya cakna diri dan pendidikan kesihatan reproduktif, selain membina rasa tanggungjawab memelihara dan menjaga keselamatan kanak-kanak.

ABIM menawarkan latihan pemberdayaan kumpulan sokong bantu dan pendekatan kepada kelompok sasaran melalui modul DERMAGA (remaja) dan TD (kanak-kanak) selain modul pendekatan SToP (Sekeluarga Tolak Pornografi - ibu bapa) dan ResQ (remaja) yang dijalankan secara bersama Wadah Pencerdasan Umat dan PKPIM di seluruh negara.

Ketiga-tiga modul menekankan aspek pendidikan dan pemberdayaan peranan dan maklumat agar konsep "multiply effect" dapat dijalankan tidak hanya dalam kalangan peserta tetapi juga dalam kalangan guru-guru dan ibu bapa peserta terlibat.

Alhamdulillah, ABIM Melaka telah melaksanakan satu program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) di SMA Shamsuddiniah , Tangkak, Johor. Respon yang baik diberikan oleh pihak sekolah serta para peserta.     

  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 3