Displaying items by tag: kemasyarakatan

Alhamdulillah, ABIM Melaka telah melaksanakan satu program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) di SMA Shamsuddiniah , Tangkak, Johor. Respon yang baik diberikan oleh pihak sekolah serta para peserta.     

Tahun 2018 bermula 4 September 2018, akan disertai oleh 50 buah sekolah Menengah dan rendah di seluruh negeri Perak dan dilaksanakan oleh ABIM Negeri Perak. Kewaspadaan dalam keprihatinan dan kasih sayang kita terhadap generasi muda harus diolah dengan pendidikan adab dan RH yang terpandu secara langsung dan tidak langsung.

Semoga perkongsian dan kerjasama erat Abim Pusat bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak diangkat sebagai usaha kecil yang dilakukan dan semoga dipermudahkan oleh Allah juga. Demikianlah modul Diriku Permata Berharga - DERMAGA ( untuk remaja) dan TUNAS DERMAGA (untuk kanak-kanak) sebagai pendidikan tidak langsung; baca 'informal social control' - terhadap pendidikan reproduktif yang harus sentiasa berlangsung.

Keduanya dibentuk sedemikian rupa sebagai mengisi ruang pendidikan dan penyampaian pendidikan seksualiti terutama kepada remaja dan keselamatan kepada kanak-kanak. DERMAGA di Perak, 2016 - 2017 dengan penglibatan lebih 6,000 remaja serta 2,000 kanak-kanak beroleh manfaat perkongsian dan telah melalui proses pendidikan ini.

--------------- Fakta tentang DERMAGA - Diriku Permata Berharga.

¤ DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif remaja.

¤ DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri.

¤ DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membekalkan remaja dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri.

¤ DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan - 'informal social control' melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak.

¤ DERMAGA hadir dengan mempersiap kumpulan sokong- bantu dalam proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli dalam masyarakat.

Hari ini, 25 Januari 2018 (Khamis) Team DERMAGA Johor telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Fasilitator di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Peserta dari kalangan pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, MARSAH. Mereka dilatih dengan ilmu-ilmu Kesihatan Reproduktif bagi peringkat kanak-kanak. Bagaimana cara untuk mengetahui statistik terkini, tahu bahagian badan yang tidak selamat untuk disentuh, tip 3M bagaimana hendak larikan diri jika ada orang nak buat perkara tidak baik pada diri kita dan juga kenali siapa individu-individu yang kita percaya untuk kita laporkan tentang perbuatan-perbuatan yang tidak baik orang pada diri mereka. Semoga kursus ini dapat membantu peserta mendapat ilmu-ilmu baru dan diberkati Allah.