editor-media

editor-media

(Video) Hospital Chaiplancy From A Muslim Perspective by Ms. Rehanah Sadiq (Muslim Chaplain)

Madrasah Uthmaniah (ABIM) ditubuhkan pada tahun 2003 dan didaftar secara rasmi dengan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 2009 dengan nombor pendaftarannya JAIPP/PEND/02-TL- (R)015.

Ditubuhkan daripada hasil resolusi Bengkel Perancangan 10 Tahun Institusi Pendidikan ABIM Pulau Pinang pada 2002 dengan objektif memperkasakan agenda dakwah melalui bidang pendidikan yang bersepadu. Nama madrasah diambil bersempena nama pewakaf tanah iaitu Almarhum Tuan Haji Osman Omar seorang aktivis masyarakat yang sangat komited sehingga mendapat pengiktirafan oleh ABIM Pusat sebagai tokoh Abdul Rahman Al Auf pada tahun 2007.

Madrasah Uthmaniah bermula dengan menawarkan program Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) pada tahun 2003, Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (TAHFIZ) pada tahun 2004, Akademi Pengajian Islam (APIM) pada tahun 2005, Sekolah Rendah Islam (SERI) pada 2009 dan Weekend Islamic School (WISe) pada tahun 2011.

SERI ABIM Pulau Pinang merupakan SERI yang pertama melaksanakan program Tahfiz dan Akademik di peringkat rendah yang bermatlamat melahirkan para cendekiawan yang menghafaz Al Quran.

Madrasah Uthmaniah berbangga kerana berupaya menawarkan konsep pendidikan sepanjang hayat di mana semua peringkat umur berpeluang mendapat ilmu dari kewujudannya.

Selain itu memberi peluang kepada masyarakat Islam membuat amal jariah (wakaf, zakat, sedeqah dan lain-lain) melalui bidang pendidikan. Dahulu Madrasah beroperasi di Gelugor dan kini telah berkembang ke Kompleks Pendidikan Uthmaniah di Bayan Lepas.

Sumbangan Perbincangan Usrah ABIM Pulau Pinang Kepada Masyarakat

Dr. Misni (Mantan Setiausaha ABIM Pulau Pinang era Refomasi ), pernah berkongsi bahawa dalam usrah kita lahirkan idea-idea untuk kebaikan umat. Dua contoh yang diberikannya iaitu cadangan letak papan tanda masjid. [ 500 M -gambar masjid ]. Papan tanda yang mula-mula ABIM pasang di Tanjong Tokong sekitar pertengahan 70an. Pertama di Pulau Pinang. Yang kedua katanya, pinjaman tanpa feadah untuk beli kenderaan oleh staf USM hasil resolusi Persatuan Staf Islam USM yang diasas dan dipimpin oleh pensyarah aktivis ABIM. Kemudian baharulah skim itu diperluaskan dalam perkhidmatan awam.

“Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan hukum, bukan oleh nafsu manusia yang tidak menentu. Masyarakat di mana pertumbuhan institusi kemasyarakatan – lembaga yang menjadi pengantara antara keluarga dan negara – dipupuk dan bukannya dicantas, di mana kecemerlangan serta cita rasa harus pula menggantikan kelaihan dan kepicisan. Justeru itu, kita perlu menghidupkan semangat kebebasan, menyuburkan kemerdekaan diri, mengembalikan nilai keperimanusiaan dan menyegarkan sikap berlapang dada. Lantaran itu, prinsip musyawarah dan demokrasi didukung, ia tidak pula disogokkan dan dipaksakan, terutama menurut acuan dan pengalaman Barat.”

(Anwar Ibrahim, 1997)

Pemerkasaan institusi kerakyatan, reformasi institusi, perdebatan polisi dan wacana di ruang awam yang sememangnya menjadi antara medan gerak kerja masyarakat madani haruslah sentiasa berpaksikan prinsip, nilai, etika dan moral yang bukan sahaja universal, bahkan harus adil dan seimbang dengan turut mengambil kira faktor agama, budaya dan sensitiviti kemasyarakatan yang relatif sifatnya.

Arakian bukan hanya kerajaan atau konglomerat pasaran yang tertakluk dan dipertanggungjawabkan dalam segala tindak tanduknya kepada masyarakat, pergerakan civil society sebagai suara yang mewakili pelbagai kelompok rakyat terbanyak harus dengan penuh sedar bertanggungjawab dan memainkan peranan yang positif dalam agenda menjunjung nilai, moral, akhlak dan etika.

Gerakan masyarakat madani, atas nama kesejagatan dan kemodenan tidak harus membiarkan dirinya terjebak dan terperangkap dalam faham dan pejuangan yang berasaskan kenisbian nilai moral dan akhlak yang jelas bertentangan dengan ajaran agama, tatabudaya dan norma seperti aktiviti Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT).

Dalam konteks ABIM, kita tidak rela membiarkan Malaysia era baharu berubah menjadi masyarakat permisif yang merelakan kebejatan menerobos sempadan agama dan menjungkirbalikkan norma masyarakat berwenangan tanpa kawalan.

Pada masa yang sama, kita menolak sama sekali pendekatan yang radikal, ganas dan diskriminatif dalam menangani gejala yang telah mewabak dan membarah ke seantero dunia ini.

Di sinilah dakwah dan hikmah kebijaksanaan dituntut, bukan sahaja dari pihak pemerintah yang mendepani isu ini, tetapi juga oleh gerakan dakwah dan kemasyarakatan seperti ABIM yang terlibat langsung berdepan dengan sasaran segmen dakwah sebegini.

Sesungguhnya kewajipan kita para dai’e lebih banyak dari masa yang kita punyai – al-wajibat akthar min al-awqat. Ruang dakwah yang terbuka lebih luas menuntut peranan dan tanggungjawab yang lebih berat buat ABIM untuk dikerjakan.

Atas kesedaran terhadap amanah inilah, maka ABIM bertekad untuk memainkan peranan yang lebih instrusmental dan aktif dalam mencorakkan agenda, orientasi dan masa depan pergerakan masyarakat madani di era Malaysia Baharu.

 

“Pakcik ni kene strok sebelah badan, jantung pun lemah, sekarang ni isteri pakcik je yang bekerja, anak ada 4 orang dan semua masih sekolah” — ini antara luahan rasa dari salah seorang penerima bantuan Program Food for the Needy anjuran bersama ABIM Wilayah Persekutuan dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Ya, mungkin kita boleh mempersoalkan kenapa tiada simpanan kewangan sebelum sakit, bagaimana mungkin isteri yang menanggung beban kewangan keluarga dan bagaimana pula soal keperluan anak-anak yang masih kecil semasa ketiadaan ibunya kerana terpaksa bekerja untuk menampung keluarga. Mungkin banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran, namun persoalannya adakah kita mahu turut membantu atau hanya mahu mempersoal dan menghukum? Melihatkan keadaan keluarga ini, bukan mudah mahu mengatur kehidupan yang berubah sekelip mata bila Allah uji dengan ujian kesihatan. Pastinya perit jerih, tangis lebih dahulu dirasai sebelum datangnya kekuatan untuk bangkit mengatur kehidupan yang lebih baik. Sekalipun begitu, Allah uji tanda sayang pada hambaNya. Pasti hikmah besar menanti. InshaAllah. Ganjaran bagi sebuah kesabaran. Kami di Abim Wilayah Persekutuan berusaha sedaya kami untuk membantu meringankan sedikit beban keluarga melalui program food for the needy, usahasama gpm. Walaupun tidak banyak dapat disumbangkan, kami berharap dengan sedikit pemberian itu dapat memberi kelegaan dan kegembiran barang sebentar cuma untuk kita sama-sama merasai nikmat hidup bersama atas nama Insan di bumi Tuhan.

Page 8 of 273